Isnin, 13 Mei 2019
RAMADHAN INI
kebergantungan aku pada Allah.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa insecure dengan apa yg orang sekeliling fikir tentang aku.
Sedangkan satu-satunya benda yg patut aku kisahkan ialah pandangan Allah terhadap aku.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa tak cukup.
.
Rasa anak tak cukup hebat,
husband tak cukup romentik,
harta tak cukup banyak,
diri tak cukup cantik,
rumah tak cukup mewah.
.
Sedangkan apa yg Allah bagi selama ni, jauh lebih cukup dari segala apa yg aku angan-angankan.
Ibadah tak cukup, tak pernah pulak kau endahkan? 😑
.
Selama aku hidup --
selalu sangat solat terkejar-kejar.
Ada saje hal urgent yang buat solat jadi tergopoh-gapah.
.
Sedangkan aku lupa, SEMUA urusan yang aku "sibukkan" itu terletak dalam tangan Allah.
Tergamaknya aku, sedangkan Dia, tak pernah sekali pun "lambat" bagi aku nafas baru setiap pagi.
Tak pernah sekali pun "lupa" untuk jaga degupan jantung aku setiap hari tanpa henti.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa bangga bila dipuji,
bila dijadikan inspirasi,
bila diidolakan.
.
Sedangkan aku lupa --
itu semua lojik hanya kerana Allah tutup aib aku.
Baiknya Dia pelihara aku --
yg pasti dipandang jijik jika dibiar aib tertayangkan.
.
Selama aku hidup --
dah banyak kali sangat aku letak kebergantungan aku kepada benda lain dulu, sebelum Allah.
.
Semoga Ramadhan kali ni benar2 menjentik hati aku,
benar2 menundukkan ketaatan aku semula.
.
Macam mana pun kau pentingkan pandangan manusia,
nanti2 kau akan terhegehkan pandangan Allah juga.
Nanti2 kau pasti mengharapkan pertolongan Dia juga.
Nanti2 kau menagih syurga Dia juga.
.
Salam Ramadhan, semua.
Semoga Allah hidupkan semula jiwa2 kita yang dah lama mati.
by anonymous
ramadhan 8 2019
Isnin, 16 November 2009
Saat Aku Dengan Cinta Mu
Ya Allah..
saat kegelapan menyelubungi,
awan gelap berarak pantas membawa kepulan hitam pekat
dan kilat pun memancar bersama dentuman yang kuat
dalam pada itu, dunia ku jadi gelap, lantaran takut pada siksaanMu yg Maha keras dan dahsyat
saat aku mengigil itu, Kau hadiahkan secebis cahaya dari ufuk
walau sekecil mata cuma, namun ia buat ku sgt bahagia dan tenang
ya Allah, saat aku tersungkur di perdu derita
oleh akar2 besar yg meragut kemanusian ku
lantaran hujan lebat tumpah dari kedua mataku dan dadaku sakit ditikam sembilu,
Kau belai aku, memujuk diribaan kasih Mu
lalu terpana aku dengan cintaMu yg Maha Halus dan Lemah Lembut itu
ya Allah,
saat aku inginkan sesuatu, meminta tak sabar dengan nafsu dunia
lalu terhempas aku di batu harta dan nama yang tak berharga,
Kau bawa aku pada nikmat syurga yang mewah tiak terhingga
lalu ku kais sisa2 infaq dan taqwa di tepi kali duniawi sepi
ya Allah,
namun, bila aku bahagia, dibelai, disentuh dengan cnta Mu, aku jadi alpa
membiar diriku disaluti dosa meratah noda, membaluti hitam jiwa
mazmumah bersarang lebat dlm hati lalu ku terus lupa bahawa aku si pencinta
Tuhan yg Maha Sempurna
ya Allah,
mengapa sekejam ini cintaku padaMu?
membalas susu dengan tuba
tak kenal lagi dosa pahala
lalu terbaring dalam jiwa lara
ya Allah,
aku ingin pulang sekali lagi padaMu
merenungi cinta yg dulu
merasa belaian Mu dalam setiap gerak ku
menangis kerinduan untuk bersamaMu
serta ingin menatap wajah Mu yg Maha Suci dan Mulia itu
terima lah taubat ku..
serta tunjukilah aku jalan redho Mu..amin.. Ya Rabb..
Rabu, 11 November 2009
Renungilah jika....
Ahad, 23 Ogos 2009
AL-FATEH SUMBER KEMBARA JIWA KAUM MUDA

assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua. dlm meniti ramadhan ini, moga kita terus bercita2 untuk jadi yg terbaik, hamba terbaik, pelajar terbaik, sahabat dan jiran terbaik, dan pelbagai lagi role yg terbaik. dlm kesibukan study dan tarbiyah, sy terbaca ttg program yg mengetengahkan Al-FAteh sbg role model bg kaum muda di UIAM PJ baru2 ini.
kupasan yg sgt menarik dan pelancaran program yg sgt berjaya. andai ramadhan ini kita bercita2 untuk jadi individu terbaik, bagaimana pula jika selepas ini kita bercita2 untuk jadi pemimpin terbaik. seperti dua UMAR yg mencalit kemegahan sejarah kepimpinan Islam. harusnya begitu. menjadikan para sahabat dan org soleh dlm segenap ruang kehidupan kita sbg role modal.
so lepas ni sy bercita2 mahu mempunyai ciri2 wanita yg solehah sperti KHADIJAH, isteri Rasullullah yg penyayang dan memberi semangat. seperti NUSAIBAH yg xgentar dlm berjuang, seperti ASMA', anak yg solehah dan sebagainya. insyaallah (^_^)
kamu apa pula?
serba sedikit ttg AL-FATEH..
seorang raja yg soleh dan tegas. sejarah membuktikan pemerintahan baginda adalah kreatif, energetik dan sgt Isalamik. baginda telah memimpin tentera nya dlm " MISSION IMPOSSIBLE" apabila KONSTANTINOPEL yg sudah lebih 800 TAHUN cuba untuk diambil dari org KRISTIAN. tentera baginda dan baginda sendiri telah di 'claim' sbg pemimpin dan tentera yg terbaik dlm sebuah hadith Rasulullah SAW.
moga semangat kita kaum muda terus membara selepas mengupas peribadi baginda buat memimpin dunia...
syukran ustaz rijal82 for this article..
SILA CLICK DI TAJUK..
Gelombang "F.A.T.E.H Values" Melanda UIAPJ
Khamis, 28 Mei 2009
Tarbiyah Mendidik Manusia
untuk membina diri, kumulai dngan tarbiyah yg diajar oleh Rasulullah..buat sahabat handai dan diriku, tarbiyah lah diri mu dengan bersungguh2. bukan hanya sekadar di mulut, namun biarkan segala amalan fardi itu sebati sehingga begitu resahnya dirimu tatkala kau meninggalkannya...wahai diri..BERJIHAD LAH!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.
Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian :
*Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)
*Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)
*Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)
*Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)
*Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)
*Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)
*Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)
*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.
Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi bagi Allah ia bukan perkara baik.
Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.
Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :
1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.
2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.
3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitan agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati, penyakit dan rawatannya.
4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.
5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.
6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.
7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.
8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.
9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.
10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon keampunan daripada-Nya.
11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.
12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.
Agenda harian ‘Tarbiyah Ruhiyyah’
Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang alpa dari berzikir kepada-Nya.
Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya. Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita perhatikan konsep ‘Tarbiyah Ruhiyyah’ atau pendidikan jiwa untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati Allah SWT.
1- Memelihara solat-solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat.
2- Memelihara amalan-amalan sunnat qabliyyah dan ba’diyyah.
3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.
4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu “Astaghfirullah” sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap Allah.
5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta merenung dan bertadabbur (memerhati) isi-isi kandungannya.
6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat qiyamullail.
7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar hanya kepada Allah SWT.
8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada ditimpa bala Allah.
9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.
10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.
Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu ‘Alam.
source: VF
Ahad, 22 Mac 2009
Sebab Kepada Sebuah Perjuangan, Bukan Menurut Sahaja apa Orang Lain Kata
assalamualaikum sahabat semua. semoga hari2 yg berlalu menjadikan kita hamba Allah yg lebih baik. malah pegangan hidup dan sebab untuk teruskan hidup ini, semakin jelas bila usia semakin menginjak. jgn jadi seperti "pelompat-pelompat parti", atau "penagih2 hiburan". harga sebuah prinsip dan sebab untuk sebuah kehidupan, senang2 tergadai. belum berjuang, dah pun kalah. itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan TAQLID. percaya dan ikut membabi buta. kalau org lain sogokkan dengan perkara yang lebih 'best', mudah sgt berpaling. saya bercakap dalam konteks hidup. prinsip dan sebab untuk berpegang kepada sesuatu kepercayaan.
"Islam Pusaka"...bak kata org. kebanyakan dari kita org Melayu khususnya, mmg ambil Islam dari pusaka. jadi tidak hairanlah kalau orang yg baru memeluk Islam lebih baik dari orang Islam yg sudah berpuluh tahun. sebab apa? sebab mereka sudah jumpa SEBAB kukuh untuk sebuah pegangan. jadi kalau org lain sogokkan apa2 pun atau hentam mereka dengan idea2 yang leh lemahkan jiwa, mereka tidak mudah kalah dan tunduk.
teringat pulak pada adik saya, bila saya katakan padanya yang saya baru je masuk Islam tahun lepas.(sekadar mengambil analogi sebab dah nampak mengapa kita pilih Islam). terkejut dia. seolah2 selama ni saya bukan Islam je. tpi bukan lah sampai begitu. cuma itulah yang saya rasa bila sudah nmpak mengapa Islam tu unggul sampai ke hari ini.
Dalam arus kemodenan kini, kita lihat juga arus Tajdid seiringan bergerak agar Islam tetap unggul. saya rasa, masih ramai yang belum faham, kenapalah sesetengah pakcik, makcik, ustaz, ustazah ni dok ceramah sana, gi kelas agama, siap buat majlis2 agama kat kampung dan pelbagai lagi agenda Islam dimana2. pastu bila masuk kampus, banyak pula program2 yang mendedahkan kepada Islam sebenar. ade seorang sahabat sy kata "alaaa...ko boleh la handle program2 macam tu dan masuk kelas2 agama begitu. ko kan baik. aku malas la" (lebih kurang la ayatnya). saya terfikir pulak. eh? bukankah itu tanggungjawab? seorang Daie(pengajak kepada kebenaran) dan amanah dari Allah?
apa yang kita boleh dapat dari ayat kat atas? sesetengah dari kita belum faham tujuan hidup. belum ada sebab kukuh untuk berpegang kepada Quran dan Sunnah. malah belum cukup tetap dalam merealisasikan setiap detik2 kehidupan dengan Islam sebenar yg dibawa oleh Rasulullah dan rasul2 terdahulu. bimbang2...risau2..takut kalau xnampak sebab, mudah sgt beralih arah.
kat sini, saya cuma cakap tentang mengapa seseorang mudah berpaling dari pegangan yang dia pegang. mgkn sahabat lain ada idea dan cara untuk selesaikan, sila lah kongsi disini. semoga bermanfaat pada orang lain juga..insyaallah.
saya akui, sejak masuk kampus beberapa tahun yang lalu, saya alhmdulilah faham mengapa perlu berdakwah. dan saya faham apa yang ingin pendakwah capai dalam misi dakwah ni. banyak ayat2 Al-Quran yang menerangkan mengapa perlu berdakwah. hukumnya adalah WAJIB. seperti tertera dalam surah An-Nahl:125.
"serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara hak dan batil) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yg lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk".ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)
Surah Ali Imran:110
"kamu (Umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah org2 yang fasik"كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)
surah Al-Baqarah: 143
" dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul (Nabi Muhammad SAW) menjadi saksi atas perbuatan kamu. .............."وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ ...........
Allah menjadikan kita umat pertengahan, yang sederhana agar layak untuk berdakwah pada yg lain. Allah menjadi saksi kepada dakwah Rasulullah dan Rasulullah menjadi saksi atas dakwah kita kepada ummah.
sudah terbukti bahawa, mengajak kepada kebenaran dan mencegah keburukan adalah wajib. namun, apa aim kita? apa target kita? objektif dalam berdakwah dan mengajak kepada kebenaran? semata2 TAAT pada perintah Allah sahajakah? tidak...kita memang DENGAR dan TAAT. tapi kita mahu Islam unggul, pesat, bersih dari anasir yg tidak Islam malah menjadi pujaan dan budaya semua makhluk dalam dunia ni.
saya percaya sahabat2 yg lain sudah maklum dengan ISK. INI SEJARAH KITA. kenapa kita kene belajar sejarah Islam? apa relevan nya? sebab sejarah itu akan berulang. cumenya watak dan masa yang berbeza. kalau kat sekolah dulu, kita belajar sejarah sikit2 je. xnampak seluruhnya dan kaitannya dengan Islam. tpi sebagai umat Islam, carilah sejarah kita yang semakin kita lupakan. kerana Islam pernah menjadi tamadun. kiranya mcm tamadun barat sekarang la. semua orang pun nak ikut budaya Islam pada masa tu. di zaman Abbasiyah, umat Islam adalah umat yg kaya raya. orang miskin tidak ada. ilmu pun orang barat pinjam dari kita. malah pakaian dan segala macam infrastruktur, kita yang menjadi idola. so....dakwah, dakwah juga. objektif dan aim, jgn lupa. target nya, dapat tamadun Islam. insyaallah. waktu tu, iman dan Islam menjadi penggerak ummmah dan rakyat. dah xde rasuah. dah xde rompakan dan pembunuhan. dah xde orang miskin hidup melarat sebab sedekah banyak sgt dan sebagainya. bayangkan, letakkan dalam hati dan masukkan impian ini dibawah minda sedar sahabat2 sekalian. mesti jadi realiti. insyaallah. haih..hidup pn aman je nak beribadah (^_^)
so? kesimpulannya apa? hehe..jika anda mahu percaya sesuatu, carilah sebabnya. sebab yang kukuh untuk sebuah kepercayaan. so, nanti kalau orang hentam kita, kita boleh la debat balik. silap2, dia pulak yang ikut kita. tapi biarlah kerana Allah sebabnya. dan kerana Islam tercinta.
nasihat buat saya juga..kalau buat sesuatu, fikirkan apa faedahnya. kalau ade sebab yang baik, buat lah, moga nya takkan sia2. tapi kalau mcm samar2 je kesannya, susah jugak nak berpegang pada amalan tuh.. semoga terus mencari dan istiqamah dalam Islam.
kalau ade kawan2 yang ade idea macam mana nak selesaikan masalah xde sebab dalam berpegang dengan sesuatu perkara nih, jgn lupa kongsikan tau! (^_^)V (peace!)
Selasa, 10 Mac 2009
BOLEHKAH NAMA ALLAH DISEBUT OLEH ORG BUKAN ISLAM???
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.
Isnin, 2 Mac 2009
Palestina Tercinta Semangatmu Pemangkin Jihad kami
bukan aku tidak ingat tentang perjuangan sebagai seorang daie dan hamba Nya
bukan aku lemah terpaksa mengharungi sisa hidup ini di kaki seorang hamba
bukan aku tidak sedar kemurkaanNya tempias dosa kita
bukan aku tidak gagah melawan bahana nafsu durjana
tapi aku leka mewarnai dunia yg sementara
sengaja membina benteng2 ketidak resahan di sudut2 waktu yg masih tersisa
menggali lubuk2 hina di tepian lorong2 syaitan penderhaka
memalit luka di di bahu amanah yg akan ku bawa keneraka
memadam indah nya pahala yg pernah ku tempah
hanya kerana sebuah kesenokan sementara
aku dan Palestina
rindu ku padanya
perjuangan yang menerjah nafsuku tersadung di bata2 mainan mereka
membuah cinta merona merah dalam jiwa yg lara
aku dan Palestina
kini bukan lagi terhadap dunia
tetapi sebuah impian membina istana bahagia
di hujung sebuah kehidupan sepi milik Ilahi
" Di Gabal Golam, kehijauan tidak lagi
menjadi kehijauan
rumput hijau, tanah lembah, sumber air
tanah Al-Quds menjadi rebutan
bedilan di Hebron
saban malam terus berdentum dengan
bedilan. bandar Rabat diserkup kemusnahan
dunia semakin sakit. umat Islam mesti bangkit!"
(cerpen Esprit De Corps-Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)
Buat serikandi perjuangan~~
"wahai isteriku, penyejuk mataku, yang aku kasihi kerana Allah,
apa khabar iman di hatimu? duhai isteriku, ingatlah saat hati diuji, diulit pilu, iman mu diduga, masalah datang bertimpa. bersyukurlah wahai kekasih hatiku kerana Allah sedang melihatmu dengan pandangan Rahmat-Nya, menguji cinta hambaNya, samada hambaNya yg terpilih itu ingin kembali semula kepada Rabb nya, mengadu pada Nya, atau memilih manusia sebaliknya untuk mengubat hati. Wahai zaujahku, jadikanlah Allah sbg tempat mengadu yg aula. kau tidak berseorangan isteriku. kembalilah padaN ya"
(cerpen: Mawar Itu- Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)
Ahad, 22 Februari 2009
hish,,Betul ke Blogger macam tu???
....wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.
................................
Rabu, 18 Februari 2009
GAZA: sahabat dan saudara kita hidup melarat

assalamualaikum...semoga Allah terus membuka mata hati kita. seperti celiknya mentari pagi disiang hari..semoga..perasaan dan segala tingkah laku serta perbuatan kita adalah untukNya, TUHAN yg MAHA Agung. insyaalah.amin.
dalam kesibukan assignment, kerja, studi dan sebagainya, kita merasa apa yg berlaku di Palestinseperti sudah aman. tentera Israel telah berundur dari membedil saudara kita di Gaza. namun, hakikatnya, mereka hidup melarat. kehilangan tempat tinggal malah orang2 yg mereka sayangi. bayi baru lahir tidak sempat melihat ibu dan ayahnya. adik2 kita disana entah sudah boleh terima dengan takdir bahawa mereka telah kehilangan famili atau tidak.
sahabatku...buka lah mata, celikkan hati. perjuangan bukan sebentar cuma. ia ibarat hidup yg panjang tanpa noktah akhir bg sebuah kerehatan. dakwah dan islah mesti berterusan. mohon dengan sangat agar hati2 kita merasa sensitif dengan isu dunia Islam. sensitif dengan dosa.insyaallah..
berita pagi ni memuatkan bagaimana beribu-ribu penduduk Gaza hanya beratapkan khemah yg kecil. sempit dan tidak mampu untuk melindungi mereka dari kesejukan di waktu malam..ya Allah..betapa kami mementingkan diri. Islam apakah namanya andai tidak pernah terfikir untuk mengambil berat ttg saudara seagama. renungan buat diriku jua.
mereka tiada air bersih dan sisten tandas yg bersih. mereka terdedah pada penyakit yg berjangkit. teruskan doa2 mu sahabatku. teruskan usaha2 mu untuk membantu mereka. teruskan. jangan berhenti selagi diri masih gagah.
generasi kita generasi bermaruah. mendokong Islam agar terus terserlah. benarlah! tiada kerehatan didunia selain kita menemui Tuhan yg Satu di akhirat kelak..semoga kita terus tabah.terus celik mata hati dan fikiran..
ya Allah. bersihkan hati kami dari mazmumah dan dosa. berilah hidayah dan jangan kau balikkan hati kami setelah kami merasa bahagia bersama Islam..berilah kekuatan jiwa agar kami xmudah kalah pada nafsu dan bisikan syaitan. berilah Gaza dan Palestin kemenangan. berilah mereka kesenangan dan kebahagiaan..amin...
Selasa, 17 Februari 2009
HATIKU MILIKMU-FATIMAH SYARHAH
Khamis, 29 Januari 2009
SHIFT YOUR PARADIGM 1
assalamualaikum..PENYAKIT WAHAN yang menyerang umat ISlam kini semakin mengancam. malah semakin ramai yang nazak mencintai dunia. anda lihatlah bagaimana kita dan dunia sekarang..semoga semakin mantap iman untuk memarakkan keimanan pada Allah dan akhirat. sungguh! dunia ini hanya sementara. mgkn sekejap lagi kita sudah tiada. peringatan untuk diriku juga. wallhualam...
Rabu, 28 Januari 2009
Bebaskan dirimu dari belenggu mereka!!!

bismillahirahmanirahim..
YAHUDI
isu Gaza masih hangat diperkatakan. setelah 20 hari Gaza dirembat oleh puting beliung kekejaman Israel laknatullah, gencatan senjata dipersetujui. namun belum sejuk hati menanggung beban derita kelmarin, gencatan senjata dicabuli. Perdana Menteri Israel dengan angkuhnya berkata bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan segala kekuasaan dan kelengkapan yang mereka ada. katanya lagi, mana-mana pemimpin pun satu hari nanti akan melakukan perkara yang serupa. kononnya mahu mempertahankan negara dan rakyatnya. dasarnya, memang Israel lupa pada sejarah. dimana bangsa Yahudi dihalau oleh Allah daripada bumi Palestin atas kedegilan mereka. di bumi Kana'n, akhirnya bertukar jadi Palestin.
mengimbau sjarah mereka, Israel pernah diselamatkan oleh nabi Musa daripada perhambaan di Mesir. selepas berabad lamanya, mereka menjadi duri dalam daging kepada dunia. lalu, mereka dibunuh beramai-ramai dan dibenci oleh Kristian. ketika dizaman Turki Uthmaniyah, mereka sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan Islam. namun sekali lagi mereka membelot, jadi gunting dalam lipatan. maka, hancurlah kerajaan Islam dan jatuh sehingga sekarang.
KEMENANGAN
Allah telah janjikan kemenangan di pihak Islam. namun tidak kurang juga yang mengeluh, bilakah kemenangan yang dijanjikan kan tiba?...sabar, yakin sepenuh hati, dan teruskan perjuangan!..
di zaman Rasulullah, surah Al-Fath (kemenangan) diturunkan kerana termaterinya perjanjian Hudaybiyah yang keuntungannya ternyata berpihak pada kaum Muslimin. walaupun pada mulanya, ia nampak seperti berpihak pada musyrikin Mekah.
refleksinya surah ini adalah sekarang. Palestin kan tetap jadi hak kita umat Islam. bila? tunggu sahaja masanya. Allah telah menjanjikan bahawa akan rasa gerun dihati musuh terhadap tentera Muslimin. namun penghalangnya adalah cinta dunia dan takut mati (WAHAN). kita percaya dan yakin, andai seluruh umat Islam terselamat daripada penyakit "wahan" ini, ISlam pasti menang.
"ktika orang-orang kafir menanamkan kesombongan jahiliyah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya, dan orang-orang Mukmin, dan Allah mewajibkan kpd mereka TETAP TAAT menjalankan kalimat takwa (ketaatan kepada Allah) dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-FATH:26)
"sungguh, Allah akan membuktikan kpd rasulNya tentang kebenaran mimpinya bahawa kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki dalam keadaan aman, dengan menggundul rambut kepala dan memendekkannya, sedang kamu tidak merasa takut. maka Allah mengetahui apa yg kamu tidak ketahui, dan selain itu Dia telah memberikan kemenangan yang dekat" (AL-FATH:27)
BOIKOT
rata-rata daripada kita bersetuju untuk memboikot barangan dari Amerika dan Israel dan sekutunya. tapi ada jugak yang sengaja buat-buat tidak tahu apa-apa. ada jugak yang bertanya apakah relevannya boikot memboikot nih. saya percaya, semua orang pun dah tahu kenapa dia perlu memboikot dan kenapa dia xperlu. kita punya alasan masing-masing.
namun apa yang saya ingin tekankan disini adalah bukan setakat memboikot barang Israel dan zionis, tetapi mereka punya idea, pemikiran malah sikap jugak. sikap munafik seperti pembelot, menipu dalam perniagaan dan angkuh perlu kita hindari. pemikiran zionis seperti nationalism dan hedonism kita banteras habis-habisan. selepas ini, kita hanya akan mengaku bahawa kita org Islam, bukan setakat Melayu atau Cina atau India. malah mementingkan saudara seislam daripada melihat sesuatu perkara dari sudut ukur bangsa.
saya pelik ada golongan pemuda yang saya percaya mereka itu dari golongan agama yang kuat juga. tapi keras-keras berkata, kami xsuka pada Cina, mereka itu halal dibunuh! pelik, pelik. bukankah Rasul juga pernah hidup bersama Yahudi yang memang jahat, tapi Baginda masih sabar selagi yahudi itu tetap mengikut undang-undang Madinah. bukankah mereka (cina dan india atau selainnya) adalah kafir zimmi yang wajib kita pelihara? wallhualam..
tegakkan perjuangan dengan berhikmah, seperti yang Rasulullah tunjukkan. bukan dengan kekerasan dan kemarahan mengikut nafsu yang tidak rasional. marilah kita sama-sama muhasabah dan menanamkan akhlak yang mulia. walau siapa pun kita berhadapan, pastikan mereka akan berkata " inilah yang Islam ajarkan" " inilah Islam yang benar" " orang yang cintakan Islam itu baik" dan sebagainya. semoga istiqamah..
Jumaat, 9 Januari 2009
masihkah kau ingat.........
ngeri, takut, resah, gelisah melihat gambar2 saudara kita dipalestin. "Israel melampau!" kata kawan sy. sedikit hairan dan ajaib. dia dulu tidak pernah pula membicarakan tentang dunia luar dengan sy. tiba2 melihat gambar dan berita ttg palestin di surat kabar, merah padam mukanya, marah. alhamdulilah...merasa marah itu adalah perasaan yg patut. merasa cinta dan kasih kepada mereka di Palestin.ternyata Israel mmg sgt melampau. masakan sahabat sy tadi merasa mereka begitu.
solat, teringat Palestin, makan, teringat Palestin, bicara sahaja ttg Palestin. kesannya sungguh terasa..doa tidak putus2 untuk mereka..semoga mereka tetap dan semoga semangat mereka menjadi inspirasi buat kita dalam berjihad.dan hancurkan Israel!!
"ko tau, aku semalam kagum sekejap dengan Ukranian. diorg buat demo membantah kekejaman Israel di Kiev." sepupu sy di Ukraine meluahkan perasaannya di YM.
"mmg patut pn shu. kata pegang sgt "freedom of Religion". suka hati mereka sahaja nak bedil manusia. bayangkan org buat pada mereka begitu?"
"bagi aku semua nya Islam. xpayah nak bangsa2 ni. nationalism apa ntah. tpi org seagama sendiri pn nak dengki"...
dunia sekarang, zionism semakin menular dalam diri ummah. perancangannya bukan sekejap. dah berpuluh2 tahun. sejak dari zaman Salahuddin Al-Ayubi ketika perang Salib untuk mendapatkan Palestin juga.
"belajar dengan hati..hati penting. hati perlu bersih, yakin setiap yg berlaku ada hikmah. redho lah.belajar sejarah dan peristiwa pun dengan hati. bukan tengok dan amik tahu cmtu je.' kak Ida sengaja menekan suara agar kami tahu apa yg pentingnya halaqah kali ini.
umat Islam kini ingat lagikah pada asal usul kita? dari Nabi Adam sehingga kedatangan rasulullah penujuk kebenaran, Khalifah,Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sehingga Islam jatuh terus di tangan Kamal Atartuk?
ingat...belajar sejarah dengan hati. org2 Palestin mempertahan kan Palestin kerana sejarah.zionisme menular juga kerana sejarah.
dalam paper baru2 ni, Rusia bimbang remajanya semakin melupakan Tembok Berlin yg banyak memberi kesan pada org mereka terdahulu. kenapa? sebab lupa sejarah.dan itu lah yg disigokkan oleh zionis pada Umat Islam sekarang. kalau dulu "org Islam" sekarang, "org Malaysia". sehingga yg Islam datang minta bantuan pn, tidak dihiraukan kerana dia datang dari negara lain. itulah nationalism yg disogokkan zionis.semua tu dah bertahun dirancang supaya umat Islam jauh daripada Al-Quran dan hadith. jauh dari sejarah Islam. jauh dari syariah. semua tu sebab tidak baca dari hati. tpi dari mata dunia yg menipu.
carilah hati..ketika kita solat, ketika baca Quran dan mengingati mati.
mula dari harini, letakkan dalam hati untuk benar2 melihat dengan iman. buat apa pun fikir, adakah Allah suka semua ni?jika Allah suka, buatlah. jika tidak, jangan buat. xrugi pun.
andai datang ujian, lihat dengan hati. yakin Allah sahaja yg mengetahui. kalau xjadi cmni, mgkn kita xjadi lebih baik. Allah itu Pencipta yg Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu apa yg tidak mampu oleh hambaNya dan apa yg mampu.
"mujahadah itu indah, tapi susah"..
"kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaanNya) kedalam (tubuh) nya dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" As-Sajadah:9
betapa Allah mengulang2 perkataan yg melambangkan betapa pentingnya hati, pendengaran dan penglihatan..namun kerana hati yg tertutup, kita jadi org yg tidak bersyukur..semoga yg terbaik di sisi Allah untuk kita...
Isnin, 29 Disember 2008
HIJRAH titik perubahan diri seorang Muslim
segala puji bg Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang, yg menjadikan segala ketetapan itu berhikmah. yg Memiliki setiap jiwa dan rohani setiap makhlukNya, yg Maha Agung dengan setiap kejadian2Nya, yg Kaya Raya, yg sentiasa Menjaga dan Memelihara serta yg Maha Pengampun..
tersingkap sejarah agung, hijrah yg paling besar dalam sejarah manusia. ia adalah titik kepada sebuah kejayaan dan misi agung apabila Islam tersebar ke pelusuk benua. lalu terbinalah daulah islamiyah atau negara Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW.
Perjalanan hijrah ini banyak hikmahnya untuk kita umat Islam pelajari. kisahnya adalah refleksi persahabatan mulia apabila Abu Bakar As-sidiq rela utk bersama Baginda dlm mempertahankan kebenaran.pengorbanan sbg seorang sahabat yg ditunjukkan oleh beliau adlh untuk kita teladani.
pernahkah kita terfikir mengapa Allah yg Maha Kuasa tidak terus memberi sebuah negara kepada Rasulullah dan umat Islam ketika itu dengan menundukkan hati2 kaum Musyrikin Makkah agar semuanya masuk Islam? namun terbina Madinah sbg negara rasmi adlh setelah lahirnya jiwa2 suci hasil didikan dan tarbiyah madrasah Rasulullah. jiwa2 ini sanggup berkorban apa sahaja dan rela untuk mati demi pertahan kan agama Islam tercinta. dari seorg individu Muslim, mereka melebarkan sayap dakwah kepada keluarga masing2, seperti yg ditunjukkan oleh Rasulullah.
ketika sampai diMadinah, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin (yg berhijrah ke Madinah) dan kaum Ansar (penduduk asal Madinah). ketika itu Islam adalah segalanya. bukan perbezaan tempat atau bangsa yg diutamakan seperti kita sekarang. malah mereka sanggup berkongsi harta dan kasih sayang sesama mereka.
selepas itu Rasullah menyebabkan kaum Yahudi disana berdamai sesama mereka dan berbaik dengan penduduk madinah yg lain. terjadilah komuniti Islam iaitu masyarakat Islam yg berlandaskan syariat yg benar. Rasulullah pula dilantik untuk menjadi ketua negara serta agama dan segala pentadbiran di negara Madinah.
apabila negara Islam sudah tertegak, barulah Islam itu mudah dilaksanakan.keadilan tertegak dan segal pentadibiran negara dikuasai dengan hukum2 Islam. masyarakat ketika itu digambarkan sebagai sgt harmoni serta aman damai.
Allah sengaja memberi hikmah begitu. dengan kesusahan dan penderitaan umat Islam ketika di Mekah serta penghijrahan mereka ke Madinah. ia adalah sunnatullah atau ketetepan Allah bahawa jiwa2 manusia perlu dibersihkan dahulu barulah negara Islam itu tertegak dengan keadilan dan sistem syarak yg benar.
hijrah menyingkap terlalu banyak hikmah. sempena tahun baru islam ini, semoga segala peristiwa lalu menjadi pengajaran dan muhasabah untuk kita terus memperbaiki diri.
inilah titik peristiwa untuk melihat kembali diri kita yg masih belum tertanam cinta Agung Ilahi.
sebagai umat Islam, marilah bersihkan jiwa, dengan berzikir dan memperbaiki akhlak. ia dimulai dengan menambah amalan sunah serta menyempurnakan lagi ibadah wajib. tambahlah ilmu dan ajarkanlah kepada yg lain. marilah kita lebih merapatkan silaturahim seperti yg diajarkan Rasulullah serta berbuat baik kepada Ibu bapa dan saudara terdekat. segala ketetapan Allah, marilah kita selalu mensyukuri dan berdoa agar dibukakan hijab dalam melihat hikmah dan kebesaran setiap kejadian Tuhan yg Maha Sempurna.
Wallahualam..segalanya hanya kerana Allah yg Esa.
bukakan hati kami dengan sinar rahmat kasih sayangMu. tetapkan langkah kami bersama redho Mu. semoga kami diampuni serta ditambahkan iman. amin.......
Jumaat, 26 Disember 2008
BETAPA SUSAH UNTUK KE SYURGA

http://www.iluvislam/.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Ahad, 9 November 2008
Setiap Kali
setiap kali itu hati dibiar berlumut, berhabuk tanpa zikir dan doa. KITA sering terlupa tatkala Allah perintahkan suruhanNya, setiap kali itu kita mengeluh, seakan terasa terlalu payah mengisi janji yg dibuat ketika di alam roh dulu. setiap kali musibah datang, kita seringkali menyalahkan takdir, terlupa pada Tuhan yg MAHA BIJAKSANA, penyelesai segala masalah.. Ya ALLAH, terlalu payah menagih cintaMu. terlalu sukar menangkis buruk sangka pada setiap dari ketetapan2 Mu..
jarang disedari..nikmat hidup yg diteguk dari rahmat kasih sayangNya bersyaratkan tanggungjawab yg besar..malah dipertikaikan lagi. inilah usaha dan penat lelah kita! masya Allah!
setiap kali sakit datang..merintih merayu agar dipanjangkan umur..meminta agar disembuhkan. dan setiap kali itu, Dia menunaikan permintaan. namun, setiap kali itu janji dimungkiri..astaghfirullah. buaknkah masalah itu medium untuk kita dekatkan diri padaNya serta tergugurnya satu nikmat yg amat ditakuti ttg kekufurannya. lalu hamba yg sepertimana kita?
Ya Allah, singkapkanlah hikmah yg kami tidak ketahui. kelemahan fizikal, kemunduran fikiran serta lemahnya iman..buat kami buta menilai kasih sayangMu Tuhan. kami kejam! kami zalimi diri kami sendiri.kami perlukan Mu setiap kali itu ya ALLAH. agar Engkau Tuham yg Agung redho dan didik kami..
sungguh! kami tidak terdaya menempuh dunia yg penuh dengan persepsi indah yg Engkau tidak redho..sungguh! kami tidak larat untuk mengadap karenah dunia yg penuh dengan angan2 palsu yg Engkau murkai. sungguh! kami tiada kuasa melainkan dgn izinMu.
Allah yg MAHA BESAR! Kau yg MAHA HEBAT! sinarilah ketabahan, hikmah segala ketentuan serta indahnya kesabaran sehingga hidup dan mati kami adalah untuk Mu. meraih cintaMu, merasa hidup bersamaMu.
Kau lah MAHA AGUNG! TIADA TUHAN SELAIN KAU YG MAHA KUAT! terimalah kami ya Tuhan..
"Dia (ALLAH) berfirman" berapa lamanya kamu tinggal dibumi?"
"mereka menjawab, "kami tinggal (dibumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yg menghitung"
"Dia (ALLAH) berfirman, "kamu tinggal (dibumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui"
"aka apakah kamu mengira KAmi menciptakan kamu main2 (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami?"
"maka MAHA TINGGI ALLAH, Raja yg sebenarnya. tiada tuhan (yg berhak disembah)selain Dia, Tuhan (yg memiliki) 'Arsy yg Mulia"
(AL-MUKMINUN : 112-116)
YA ALLAH..hanya padaMu sahaja tempat kami kembali. tujuan hidup ini tidak jelas andai Kau tidak beri hidayah..berilah petunjukMu..
dan buat diriku yg selalu mengeluh tatkala setiap kali dilanda derita, mohonlah ampunanNya. Bersyukurlah wahai diri..sungguh dunia ini sungguh hina untuk ditangisi. panjangkanlah syukur mu setiap kali kau diberi nikmat agar ia jadi pengukur pertemuanmu dengan RABB yg MAHA HEBAT!! YA ALLAH..aku kembali padaMu...
Khamis, 16 Oktober 2008
Orang Mukmin itu bersih hatinya..
Assalamualaikum...
manusia itu lemah hatinya..ujian menimpanya berbentuk penderitaan dan keseronokan nafsu...saat penyesalan menyelubungi jiwa, hatinya merintih sesal, melirih halus meminta kekuatan..lalu air mata xterbendung lagi..kali ini, hatinya sesak. hari semalam seakan baru berlaku..dia sujud pada yg Esa. tuhan yg maha Sempurna.."tuhan, aku datang padaMu, tatkala aku tiada lagi daya menanggung semua ini. tatkala aku sendiri menanggung rasa..tuhan, aku lemah. izinkan aku baring diribaan kasih sayangMu, agar aku merasa tanganMu membelaiku penuh keampunanMu..sungguh aku xterdaya"...
namun, org mukmin itu akan jadi mukmin sejati jika dia kuat mengharungi segala ujian..buat saudaraku, mintalah agar dibersihkan hatimu..agar engkau menjadi org yg merasa hikmah ujian buatmu..semoga aku, engkau dan mereka diberi hidayahNya...
Bersihkan jiwamu dan tersenyumlah dengan nikmat Allah yang ada disisimu...
Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…
Orang yang bersih hatinya
sentiada rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan
hatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang
Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan
Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan…
Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…
Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..
P/s: diambil dr blog shbt cahayaiman





