Rabu, 11 November 2009

Renungilah jika....

miszmy06: Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui...



nurul asraar: Renungi diri itu dalam cermin tafakur Bukankah tuhan itu Maha Sempurna Insafi diri itu dengan bersyukur Tanpa rahmat-Nya kita tiada Siapa kita untuk menderhaka? Sedangkan kita tiada saham untuknya Siapa kita untuk terus kufur? Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya Namun masih ada yang leka Seakan mencabar Yang Maha Kuasa Tidakkah kita gerun neraka? Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah Betapa beruntung orang yang bertaqwa Mari bersama mengenal diri Supaya dapat menginsafi Menjadi hamba yang berperibadi Mudah mudahan selamat di dunia akhirat Buat mereka yang mahu berfikir ~

2 nice comments:

faisal on 11 November 2009 pada 7:30 PTG berkata...

tq tok tazkirah...

shahadah on 15 November 2009 pada 9:52 PTG berkata...

salam..thnx juga kerana ziarah..sila amik yg baik2..

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template