Isnin, 29 Disember 2008

CINTA VS DAKWAH


Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja.
Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.


Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.


“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.



Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
taken from : sister 'Abqariyyah on friendster buletin

HIJRAH titik perubahan diri seorang Muslim

bismillahirahmanirahim.....
segala puji bg Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang, yg menjadikan segala ketetapan itu berhikmah. yg Memiliki setiap jiwa dan rohani setiap makhlukNya, yg Maha Agung dengan setiap kejadian2Nya, yg Kaya Raya, yg sentiasa Menjaga dan Memelihara serta yg Maha Pengampun..

tersingkap sejarah agung, hijrah yg paling besar dalam sejarah manusia. ia adalah titik kepada sebuah kejayaan dan misi agung apabila Islam tersebar ke pelusuk benua. lalu terbinalah daulah islamiyah atau negara Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW.

Perjalanan hijrah ini banyak hikmahnya untuk kita umat Islam pelajari. kisahnya adalah refleksi persahabatan mulia apabila Abu Bakar As-sidiq rela utk bersama Baginda dlm mempertahankan kebenaran.pengorbanan sbg seorang sahabat yg ditunjukkan oleh beliau adlh untuk kita teladani.

pernahkah kita terfikir mengapa Allah yg Maha Kuasa tidak terus memberi sebuah negara kepada Rasulullah dan umat Islam ketika itu dengan menundukkan hati2 kaum Musyrikin Makkah agar semuanya masuk Islam? namun terbina Madinah sbg negara rasmi adlh setelah lahirnya jiwa2 suci hasil didikan dan tarbiyah madrasah Rasulullah. jiwa2 ini sanggup berkorban apa sahaja dan rela untuk mati demi pertahan kan agama Islam tercinta. dari seorg individu Muslim, mereka melebarkan sayap dakwah kepada keluarga masing2, seperti yg ditunjukkan oleh Rasulullah.

ketika sampai diMadinah, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin (yg berhijrah ke Madinah) dan kaum Ansar (penduduk asal Madinah). ketika itu Islam adalah segalanya. bukan perbezaan tempat atau bangsa yg diutamakan seperti kita sekarang. malah mereka sanggup berkongsi harta dan kasih sayang sesama mereka.

selepas itu Rasullah menyebabkan kaum Yahudi disana berdamai sesama mereka dan berbaik dengan penduduk madinah yg lain. terjadilah komuniti Islam iaitu masyarakat Islam yg berlandaskan syariat yg benar. Rasulullah pula dilantik untuk menjadi ketua negara serta agama dan segala pentadbiran di negara Madinah.

apabila negara Islam sudah tertegak, barulah Islam itu mudah dilaksanakan.keadilan tertegak dan segal pentadibiran negara dikuasai dengan hukum2 Islam. masyarakat ketika itu digambarkan sebagai sgt harmoni serta aman damai.

Allah sengaja memberi hikmah begitu. dengan kesusahan dan penderitaan umat Islam ketika di Mekah serta penghijrahan mereka ke Madinah. ia adalah sunnatullah atau ketetepan Allah bahawa jiwa2 manusia perlu dibersihkan dahulu barulah negara Islam itu tertegak dengan keadilan dan sistem syarak yg benar.

hijrah menyingkap terlalu banyak hikmah. sempena tahun baru islam ini, semoga segala peristiwa lalu menjadi pengajaran dan muhasabah untuk kita terus memperbaiki diri.
inilah titik peristiwa untuk melihat kembali diri kita yg masih belum tertanam cinta Agung Ilahi.

sebagai umat Islam, marilah bersihkan jiwa, dengan berzikir dan memperbaiki akhlak. ia dimulai dengan menambah amalan sunah serta menyempurnakan lagi ibadah wajib. tambahlah ilmu dan ajarkanlah kepada yg lain. marilah kita lebih merapatkan silaturahim seperti yg diajarkan Rasulullah serta berbuat baik kepada Ibu bapa dan saudara terdekat. segala ketetapan Allah, marilah kita selalu mensyukuri dan berdoa agar dibukakan hijab dalam melihat hikmah dan kebesaran setiap kejadian Tuhan yg Maha Sempurna.

Wallahualam..segalanya hanya kerana Allah yg Esa.

bukakan hati kami dengan sinar rahmat kasih sayangMu. tetapkan langkah kami bersama redho Mu. semoga kami diampuni serta ditambahkan iman. amin.......

Ahad, 28 Disember 2008

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON

© Diane Ponzio

We all want to understand
When our life gets out of hand
So many things we can’t explain away
When our fate seems so unjust
We forget we have to trust
Life will unfold the way it’s meant to
Drop to our knees and begging please
Take this pain and trouble away
With every prayer demand and dare
How could this happen now?
But-
EVERYTHING HAPPENS AT JUST THE RIGHT TIME
WHEN YOU LOOK BACK YOU’LL AGREE
THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON
ESPECIALLY WHEN IT FEELS SO HARD
No one knows what to believe
We would rather stay naive
So many things are not what they seem to be
We all want some evidence
When we can’t make any sense
Out of things that occur that make us feel afraid
Explain to me so I can see
The logic that’s working here
Help me to name what I can blame
Why did this happen now?
But-
CHORUS
As if an explanation that we could get
Could make it easier to accept
That this is the path, sometimes you laugh, and sometimes you cry
Don’t be afraid to live, cause you’re afraid to die
With every turn a chance to learn
And look at what’s going on
All we can do is see it through
In the end we’ll all know why
CHORUS

Jumaat, 26 Disember 2008

BETAPA SUSAH UNTUK KE SYURGA






Menuju Ke Syurga Bukan Mudah
http://www.iluvislam/.



comeditor:everjihad






“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman.






Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.


Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.






Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan.






Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul.






Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.






Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam. .

Khamis, 25 Disember 2008

BUAT WANITA DAN RUMAHTANGGA







Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai teman hidup.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.


Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah: 1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah. Bersikap malu terhadap suami.
2. Berdiam diri ketika suami sedang berkata- kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
3. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
4. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
5. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
6. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
7. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
8. Sentiasa menghormati keluarga suami .
9. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
10. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada insan yang mencintaimu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu... AMIN"

Nahi Munkar... KUBUR LAIN2 LAH!!!

bismillahirahmanirahim...



hari ini terasa lelah sikit.
bahan assignment masih belum cukup. mgkin kene tanye kakak yang lain sama ada
mereka punya buku tentang ikhwanul muslimin atau biografi Hassan
Al-Banna..minggu depan dah nak hantar..


kepala terasa berat, perut pn
rasa lain macam..mgkin berbaring sebentar dapat melegakan kesakitan ni. sy capai
handphone. rasanya dah lama xdengar tazkirah. astaghfirullah.patutlah terasa
lemah saja sejak dua menjak ni. semuanya malas. nak menatap Quran lama2 pun
terasa berat. hati ini belum terisi dengan cukup..semoga Allah
ampunkan.


sy turn on IKIM.fm...terdengar
ustaz ZAhazan berbicara. hm...masih belum menangkap tentang apa bicaranya. dia
membacakan surah al-'Araf..tentang kewajipan berdakwah.atau menyeru kepada
kebaikan...




"JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG
LAH!!"....hm...rata2 kita sekarang sering mendengar ayat itu. " it's not ur
Business" atau "mind ur Business!"....


ustaz zahazan mula
menerangkan..ayat itu xsepatutnya keluar dari mulut setengah dari kita. kita
orang Islam yang perlu saling jaga menjagai. bukan nak concern sgt pun tentang
hal orang lain. tapi kalau dah tengok maksiat merata tempat, keburukan terhidang
berleluasa dan melibatkan orang2 yg kita sayangi, siapa tdak marah. mungkin ada
yang marah. mungkin ada jugak yang cakap, "ala....tak mampu la nak tegur..takut,
malas la nak pikir..nanti aku buat jugak camner plak..." macam-macam yang kita
dngar. itu semua alasan2 yang TIDAK MUNASABAH.


hal-hal maksiat dan keburukan
ini bukanlah hak individu. kalau kubur lain-lain pun, nanti kene seksa,
terdengar jgak jeritan orang sebelah yang Tak suka ditegur tu. bising
saja-sekadar berjenaka-


ustaz mengingatkan, ini bukanlah
hak individu. manusia itu hidup dalam kelompok. mereka saling memerlukan.
contohlah, kalau zina dibiarkan, sudah lah penyakit berleluasa...kalau
xberjangkit tidak mengapalah, ini tidak, habis budak xberdosa kene. tak padan
lagi tu, budak-budak sekolah pun mengikut. seolah2 apa yang ditonton, yang dah
selalu sangat terdedah itu jadi 'kebiasaan' atau 'kebolehan' untuk dilakukan.
ha! tengok! ini bukan kes individu kan? tapi hal masyarakat. kalau xtegur, takut
kene kat adik sendiri, atau kawan sendiri..dah kene, susah tu nak patah
balik...hm.....


rasanya ada ramai yang pernah
dengar. hadith tentang menegur org yg dalam kesalahan. sy xingat ayatnya. tapi
terjemahannya lebih kurang cmni. "jika xmampu menegur dengan tangan, tegurlah
dengan lidah. jika tidak mampu dengan lidah, cukuplah rasa benci didalam
hati..dan itu adalah selemah-lemah iman...


tapi, sampai bila asyik nak
simpan dalam hati, dan sampai bila nak buang air liur menasihati...padahal
maksiat nya sgt2 berleluasa...hm..fikir2 kanlah..

semoga kita terpelihara dari
semua tuh..


apa yg penting, bukan membenci
org yg berbuat kesalahan..kerana manusia itu lemah..semua org buat
salah...maafkan dan bimbinglah..kat luar sana, ramai yg perlukan kita...jadi,
JOM BERDAKWAH! :)


nasihati
aku....selalu....

Rabu, 24 Disember 2008

Baca, renungkan dan bertindak!!!

Baca, renungkan dan bertindak!!!

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadamurid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantianmengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zinatidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanyasudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yangkuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan. ..""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanyamurid- murid."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akansedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takalaanak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiranmasing-masing di kepalanya...RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

IMPIKAN LELAKI SOLEH

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Ya Allah. Sesungguhnya dalam meniti kembara perjalanan hidup ini. Hambamu ini tidak betah untuk hidup sendiri. Aku memerlukan seorang insan yang boleh memimpinku menuju cahaya kebenaranMu. Untuk itu Ya Allah. Hambamu memohon kepadaMu.. Semoga dikurniakan suami soleh.. Yang jiwanya sentiasa penuh dengan penghayatan terhadap Islam Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga Yang mengamalkan hidup kesederhanaan kerana duanianya baginya dalah rumah sementara menuju ke akhirat... ." Dan selanjutnya..

Mungkin inilah bait-bait dalam doa kita seharian..terutama bagi gadis yang bakal mendirikan rumah tangga atau pun pengantin baru.begitu tulus dan luhur sekali doa yang kita panjatkan kepadaNya.

Kebanyakkan kita apabila diajukan persoalan mengenai "apakah cirri-ciri suami yang diidamkan kepada kita ?" Maka jawapan kita akan mengatakan.. "Semoga aku dikurniakan suami yang soleh.".

Tapi pernahkah kita terfikir.adakah suami soleh yang kita idamkan itu memenuhi keperluan hidup kita.? Sahabat seperjuangan Jangan salah faham.tak salah kalau kita berdoa sedemikian malah kita dituntut untuk memohon perkara kebaikan.Cuma yang menjadi persoalan adakah kita setanding dengan apa yang kita impikan..

Sahabat yang dirahmati ALLah.. Cuba kita lihat dalam konteks rumah tangga setelah doa si gadis mungkin telah dimakbulkan oleh Allah . Lelaki yang dinikahi adalah seorang suami yang soleh dan amat takut kepada Allah. Si Suami melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.Salah satunya adalah mengerjakan solat. Seorang suami yang bertanggung jawab akan menyuruh malah adakalanya memaksa si isteri mengerjakan solat. Tetapi adakalanya si isteri liat untuk mengerjakan solat sedangkan sebelum kahwin kita kata kita mahukan suami yang soleh.

Sebagai contoh yang lain pula ialah ketika suami mengejutkan kita untuk melakukan solat tahajjud di sepertiga malam.Si isteri yang tengah sedap-sedap tidur dikejutkan pula oleh si suami untuk sama-sama melakukan solat tahajjud. "Apalah abang nih.."rungut si isteri. Erm.sewaktu sebelum kahwin si gadis selalu berdoa untuk dikirniakan suami yang soleh.tetapi setelah dapat suami soleh dikejutkannya untuk solat tahajjud di marah-marahkan pula suaminya itu..

Alahai.. Sahabat yang ana kasihi.. Lelaki yang soleh seperti yang kita sedia maklum amat taat kepada Allah. Menjadi tanggungjawabnya untuk membimbing anak isterinya kearah jalan kebaikkan. Islam pula mewajibkan wanitanya menutup aurat . Oleh itu, suami yang soleh tentu sekali tidak membenarkan isterinya keluar rumah dengan mengenakan pakaian sesuka hati, atau berhias dan bermekap tebal. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini..wahai sahabatku.tidakkah dahulu kita telah berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan kita bantah pula cakapnya.

Sahabatku.. Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid dan tempat pengajian adalah 'rumah keduanya.' Pada isteri yang tidak memahami tentunya akan merungut "asyik-asyik ke masjid aje.." Suami yang soleh juga amat taat pada kedua oranga ibubapanya.Malah tentunya khidmat dan baktinya sebagai anak kepada kedua ibubapanya melebihi dari isterinya.Keadaan ini adakalanya pada sesetengah isteri tidak senang dan cemburu jika suaminya sedemikian.Tapi kita juga yang inginkan suami yang soleh yang sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.tapi..bila kita dah dikurniakan suami soleh kita marah dan cemburu pula. Bagaimana dengan doa kita dulu.adakah doa kita itu sekadar doa sahaja..tidak disusuli dengan hati yang ikhlas?. Sahabatku yang dirahmati Allah Seorang suami yang soleh tentunya tidak akan hidup dengan bermewah-mewah. Cukup sekadar memenuhi keperluan. Wangnya banyak dihabiskan dalam perjuangan dakwah. Dia pun takut untuk menerima rasuah dan membuat atau menerima sumber yang haram.Oleh itu, tentunya si suami tidak dapat memberikan sepenuhnya kemewahan..rumah besar seperti istana..barang kemas yang menutupi tubuh.

Dalam perkara ini adakalanya kita tidak tahan dengan keadaan sebegini. Lebih-lebih lagi si gadis itu telah biasa hidup senang sebelum berkahwin. Jika dulu kita doa mahukan suami yang soleh, tapi sekarang kita tidak tahan dengan sikapnya pula.

Sahabatku seperjuagan.. Demikianlah banyak perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun dulunya doanya menginginkan suami yang soleh.

Abu Mohd Jibril Abdul Rahman dalam karnyanya "Lelaki Soleh-Martabat Dan Perwatakan serta Sifat-sifatnya". Terbitan Darul Nu'man-1995, menyenaraikan 17 kriteria seorang lelaki soleh.

1. Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW

2. Jihad fisabililah adalah program hidupnya

3. Mati Syahid adalah cita-citanya yang tertinggi

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah

5. Ikhlas dalam beramal

6. Akhirat menjadi tujuan untama hidupnya

7. Sangat takut kepada Allah dan ancamanNya

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya

9. Zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalkannya

10. Solat malam menjadi kebiasaanya

11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali pada Allah

12. Sellau berinfaq samada dala kelapangan atau sempit

13. Menerapkan nilai kasih sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya

15. Sangat kuat memegang amanah, janji, dan kerahsiaan

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapai kebodohan manusia sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawwadduk penuh kepada Allah

17. Kasih sayang dan penuh pengertian pada keluarga

Berdasarkan criteria di atas maka jelaslah bahawa suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si Isteri pula tidak perlulah mengeluh sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapat suami yang soleh mungkin sudah dimakbulkan Allah. Ingatlah, Isteri -isteri Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kesenangan dunia atau akhirat. Maka akhirnya isteri baginda memilih akhirat.

Sahabatku... Terlebih dahulu kita seharusnya juga bermuhasabah diri kita adakah kita ini layak untuk mengimpikan suami semulia Saidina Ali Karamullah Wajhah andai diri mu tidak setaat Saidatina Fatimah Az-Zahrah..? Kita perlu melihat kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah wanita-wanita yang baik dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yanga baik"..

Walaubagaimanapun ini tidaklah bermakna kita tidak boleh mendapt lelaki yang baik disebabkan kita merasakan diri kita ini tidak baik.Manusia yang dijadikan Allah adalah semuanya baik.yang penting adalah bagaimana usaha kita untuk menjadi yang terbaik dan mempersiapkan diri kita untuk menjadi wanita yang solehah.Andai kita menganggap diri kita ini kurang baik..maka jangan kita jadikan ia sebagai batu penghalang bagi kita untuk menjadi wanita yang solehah. Jadikan kekurangan yang kita ada itu sebagai semangat untuk kita menjadi wanita yang solehah seterusnya mengimpikan seorang suami yang soleh dalam pembentukkan keluarga impian kita..InsyaAllah.Semoga berjaya..!!!

Demikianlah sedikit coretan untuk tatapan sahabat-sahabat seperjuangan..apa yang cuba ana sampaikan adalah peringatan untuk diri ana juga.Sesungguhnya apabila kita berkata-kata anggota yang paling hampir dengan mulut kita adalah telinga kita. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan kepada diri kita terlebih dahulu disamping berkongsi peringatan ini kepada sahabat-sahabat yang lain.Moga Allah mempermudah jalan untuk kita.Amin. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan iman ana sendiri... maaf andai ana terkasar bahasa..Wassalam... .

DARI:SAHABAT

muhasabah cinta

Muhasabah Cinta - EdCoustic -
Wahai...Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari
MuKupasrahkan semua padaMuTuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama iniYa ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template