Memaparkan catatan dengan label SKETSA KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKETSA KEHIDUPAN. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2009

Sebuah Nukilan : Persoalan Hidup

Persoalan hidup...

Angin yang membisik dikamar kecil hatiku...
membuat aku bertanya persoalan hidupku..
.
Disaksikan hari demi hari yang mendakapku.
Dipanjikan siang dan malam dituruti cahaya lima waktu..
Dijanjikan jalan yang benar untuk umatmu ya..Rasulku..
Jasadku..Tubuhku..hanyal
Italicah pinjaman untukku menharungi
Perjalanan yang masih dipersinggahan Alam ujian Amalan'MU
Kepada sekelian Hambamu yang menunggu detik ajal maut
pasti akan datang menjemput..
Yakni waktu itu saat serahan pinjaman kepada DIA'
Maha Penciptaku..
Dosakah aku seumuru hidupku..jika sedetik waktu ku
terlupakan'MU..
Besarkah egoku..yang menyabit hati mencanang nafsu..
...Hingga aku terlupa akan usia mencecah dewasa..

Panorama Sanubari mengajakku kekancah kerdipan dinihari
Yang kusedari ianya berduri..tanpa peduli iman di hati dibasmi..
Aku sendiri tidak mengerti..Mengapa Hatiku berhenti
mengamati kebenaran jalan'MU yaTuhanku..
Sesungguhnya aku hanyalah hamba'MU yang lemah tiada daya
menahan rempuhan-rempuhan ujian'MU yaRabku...
Aku hanyut di telan arus era dunia yang sementara semata-mata..
Jagaku diteruskan walaupun ia penuh godaan..
Tidurku dibangkitkan dengan Laungan Kalimah Suci...tetapi..
Hatiku gelap tidak bercahaya membuat ku lebih senang tidur
bersama mimpi yang disanjungi..sehingga aku Seruan'MU
ku tidak endahkan lagi..

Sepi.....
Itulah yang tercatat didalam diari hatiku...
mengisi sejuta kerinduan tatkala jagaku..
Sunyi.....
Yang telah terpahat di kamus jiwaku...
mengisi sejuta kekosongan tatkala tidurku..

Aku masih tercari-cari....

Kini baru ku menyedari bahawa..
Hatiku sepi merindukan kembali tertulis
nama'MU dihati ini..
Dan Jagaku sepi kerna aku dan nafasku
merindukan detik kembali kesisimu..
Jiwaku sunyi kekosongan kerna tidak terukir
amalku kepada'MU
Dan dikala tidurku sunyi mengharapkan..
kekosongan ini diterangi kembali oleh
NUR Cahaya'MU menghadap titian
Siratal Mustaqim...Amin

Nukilan Irwan Zulhelmy
12/4/09 1:13 am

Isnin, 2 Mac 2009

Palestina Tercinta Semangatmu Pemangkin Jihad kami

Bukan aku tidak tega mahukan takwa tertanam dijiwa
bukan aku tidak ingat tentang perjuangan sebagai seorang daie dan hamba Nya
bukan aku lemah terpaksa mengharungi sisa hidup ini di kaki seorang hamba
bukan aku tidak sedar kemurkaanNya tempias dosa kita
bukan aku tidak gagah melawan bahana nafsu durjana

tapi aku leka mewarnai dunia yg sementara
sengaja membina benteng2 ketidak resahan di sudut2 waktu yg masih tersisa
menggali lubuk2 hina di tepian lorong2 syaitan penderhaka
memalit luka di di bahu amanah yg akan ku bawa keneraka
memadam indah nya pahala yg pernah ku tempah
hanya kerana sebuah kesenokan sementara

aku dan Palestina
rindu ku padanya
perjuangan yang menerjah nafsuku tersadung di bata2 mainan mereka
membuah cinta merona merah dalam jiwa yg lara

aku dan Palestina
kini bukan lagi terhadap dunia
tetapi sebuah impian membina istana bahagia
di hujung sebuah kehidupan sepi milik Ilahi

" Di Gabal Golam, kehijauan tidak lagi
menjadi kehijauan
rumput hijau, tanah lembah, sumber air
tanah Al-Quds menjadi rebutan
bedilan di Hebron
saban malam terus berdentum dengan
bedilan. bandar Rabat diserkup kemusnahan

dunia semakin sakit. umat Islam mesti bangkit!"
(cerpen Esprit De Corps-Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)



Buat serikandi perjuangan~~


"wahai isteriku, penyejuk mataku, yang aku kasihi kerana Allah,

apa khabar iman di hatimu? duhai isteriku, ingatlah saat hati diuji, diulit pilu, iman mu diduga, masalah datang bertimpa. bersyukurlah wahai kekasih hatiku kerana Allah sedang melihatmu dengan pandangan Rahmat-Nya, menguji cinta hambaNya, samada hambaNya yg terpilih itu ingin kembali semula kepada Rabb nya, mengadu pada Nya, atau memilih manusia sebaliknya untuk mengubat hati. Wahai zaujahku, jadikanlah Allah sbg tempat mengadu yg aula. kau tidak berseorangan isteriku. kembalilah padaN ya"

(cerpen: Mawar Itu- Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)

Isnin, 23 Februari 2009

Aku Juga Insan Biasa...

malam ku disinari cahaya kasihMu
dalam keterpaksaan aku mengikis luka lalu agar terus terpadam dari diari hidupku
namun ku akui
aku juga insan biasa yang kadang2 rapuh meniti dunia yg sudah tidak seindah dahulu
rapuh mencari alasan dari peristiwa iu untuk kuberpaling dari hidayahMu
kuhulurkan tanganku padaMu
mudah sahaja Kau mendekatiku
tanpa sebarang syarat seperti yg mereka pinta padaku
aku juga insan biasa
yg ingin bersama dalam berkongsi suka dan duka laraku
cerita2 hebat dari sudut serpihan waktuku
aku juga insan biasa yg mengagumi hambaMu
yg tega dalam perjuangan nya
yg indah dalam khusyuk bertasbih memujiMu
yg leka dengan dakwah padaMu
aku juga insan biasa yg ingin jadi pilihan sang Sunan di tingkap keagunganMu
si dia yg meratib butir2 putih atas sejadah tahjudnya
namun, siapalah aku
yg masih disini
mengira batas waktu untuk ku berdiri
mengorak langkah setapak lagi
untuk melamar redhoMu
satu sahaja keyakinanku padaMu tuhan
redhoMu, perhatianMu serta keampunanMu sentiasa ada untukku
andai yg datang itu takdirku, berilah aku keyakinan
andai itu takdirku, berilah aku kekuatan
andai itu takdirku, semoga ia adalah terbaik daripadaMu
wahai Tuhan yg Maha Indah
kerana aku ini insan biasa....

Selasa, 17 Februari 2009

HATIKU MILIKMU-FATIMAH SYARHAH

Hatiku Milikmu

Selasa, 6 Januari 2009

NIKMATNYA KASIH SAYANGMU....

bismillahirahmanirahim..

sebagai hamba Allah yg MAha PErkasa..aku berserah diri padaMu. segala hidup dan mati ini hanya untuk Mu wahai kekasihku..
selawat dan salam keatas Rasulullah SAW. sunnguh aku menyintaimu rasulullah..andai kau masih disini, sudah tentu kau tangisi atas perihaL umat yg semakin tenat dengan cinta dunia dan takutkan mati.

segala Puji bg Allah yg Maha Sempurna..hari yg terlalu indah untuk kugambarkan pada hari ini setelah diri diulit derita batin dan sengsara nya ketandusan iman..
nikmat mana lagi harus ku syukuri selain perasaan syahdu dan indah bersamaMu tuhanku.

indahnya dan nikmatnya sapaan Mu. puasa yg membawaku berada puncak syukur yg tinggi.kemudahan dalam melakukan ibadah, merasa dekat dengan org2 yg menyintaiMu..setelah sekian lama, kutemui kembali rasa ini.

terima kasih sahabat sekalian, kerana sudi berada bersama ku dalam mengharungi mehnah dunia yg kejam dan tipu daya ini. sungguh aku benar2 menyintai kalian! kalian lah yg banyak mendorongku agar tetap tabah hadapi masa depan yg aku semakin kabur dengannya. bersama tarbiyah dan harapan untuk ummah yg tidak jemu2 kalian sogokkan. ya Allah. nikmat apa lagi yg kuimpikan? selain daripada kemanisan iman yg berpanjangan..

dalam keterpaksaan aku, aku melangkah setapak lagi menadah harapan agar Tuhan yg Maha agung menerima aku seadanya. dalam kecacatan iman dan sahsiah rendah milik aku yg hina.dosa lalu kutinggalkan jauh2 kedalam lautan gerhana. derita semalam ku kutip halus2 bersama titisan air mata yg sudah saban hari tumpah menyimbah jiwa yg lara.

peristiwa semalam ku ganti dengan kasih sayang ilahi dan ukhwah sahabat dan sahibah.andai ku masih punya semalam pasti kutidak kehilangan semua ini.hanya Dia yg mengerti hati milik aku yg semakin nipis ruang nya untuk Tuhan teragung. kugagahi menangkis nafsu yg memburu. kuamati ayat2 suci Nya. bersama segalah doa ku harap tidak pernah berputus asa..

Ibu ayah, ku sering medoakan kalian agar syuga milik kita. kasih syg dan pengorbanan kalian xmampu kubalas. aku bukan anak kalian yg dahulu. aku semakin ghairah mengejar nafsu. doakan aku selalu.agar kembali padamu seperti dahulu..aku merindui kalian...

bonda, hari ini, ku tangisi dan sesali. air tangamu menyuap aku makanan.namun aku? tergamaknya aku menyerahkan diriku pada kecelakaan..ayahanda ku tercinta.tubuhmu mendakapku lantaran menghilangkan kesejukan dipagi hari. sapaan syahdu mu mengalunkan alunan merdu Al-Quran kitab mulia untuk aku dalami dalam hati..tpi ayah? bicaraku ini lah yg melontar aku dalam tipu daya dunia yg selalu ayah pesan untuk kujauhi..

hari ini, kumelangkah lagi. bertatih menuju Tuhanku. robek jiwaku menahan darah merah yg merona di jantung hadiah Mu. aku kembali lagi Tuhan...meratib tasbih senja yg kugalas semalam. untuk kupersembahkan sebagai titip2 keinsafan ku sebagai hamba yg berdosa..

terima kasih Tuhanku. secebis cahaya bahagia membias diwajah suram ku. membenih iman yg mekar dalam hati yg bersih..

ya Allah, bantulah aku dalam istiqamah terhadap tarbiyahMu. jadikan aku ini redho terhadap apa sahaja ketetapanMu padaku..sungguh aku berserah padaMu..aku lah hambaMu yg dulu pernah mngingkari janjiku...terimalah aku...........

Selasa, 4 November 2008

tulis, hilang nota, tulis lagi.

Terdetik difikiran tentang perasaan yg bakal ku tempuhi nanti. akan tiba rasa bosan atau tiada rasa keseronokan selepas berumah tangga. Sering juga terdengar orang berkata yang kemanisan perkahwinan itu akan mula tawar selepas 6 bulan. Datang lagi bahagia sementara ketika lahirnya cahaya mata yang jadi idaman semua pasangan suami isteri. Namun, risau kembali apabila aku mula 'berjinak' dengan beban yang semakin bertambah atau lebih tepat lagi, tanggungjawab yang harus kupikul.



Adapun takrif kahwin itu berkongsi hidup dan ia mendidikku supaya belajar bertanggungjawab, atau entahla... adakah aku terlalu mentah untuk menilai erti sebenar perkahwinan itu sendiri sungguhpun aku bakal menempuhnya satu saat nanti.. Aku harap jawapannya akan ku temui segera sebelum aku melabuhkan tirai remaja bujang yang penuh lara ini. Aku juga tahu, dihadapanku menanti bermacam lagi situasi susah, takut disamping bahagia yang biasanya kurang kusedari dek kerana kelemahanku yang tidak bersyukur nikmat tak berbayar dari Allah yang Maha Agung dan Maha Luas kerajaannya..



Tertanya aku pada diri, apa sebenarnya matlamat aku berkahwin? adakah tuntutan nafsu remaja semata-mata? "eh, taklah!" pantas aku menafikan persoalan sendiri yang sebenarnya telah punya jawapan itu.. apa aku dapat bertahan selamanya bersama isteriku? atau aku yang pergi meninggalkan dia atas rasa marah hasil pertelingkahan yang tiada penyelesaian? atau aku yang akan ditinggalkan untuk bertemankan 'kesepian'? ah... kenapa perlu aku negatif tentang perkara yang belum pasti? aku mesti bangun, mesti kuat. biar sekuat mana bah kebencian yang terjun dari gunung kemarahan, pastinya empangan kesabaran lah yang harus kupertahankan untuk mengekang perkara yang tak sanggup kulalui tatkala ku lemas dalam banjir kepiluan lantaran kelemahan diri.

Aku redha, aku telah lebihkan berserah kepada mu tuhan yang Maha Kaya dan Maha Penyayang.. ku akur dalam mendaki puncak cinta yang kau hamparkan dengan jalan berduri bagi hamba yang kau kasihi ya tuhan...jalan lebar yang licin pula bagi hamba yang kau murkai.. bukan pepatah 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' yang dimaksudkan tapi itulah hakikat betapa payah dalam mencari redha mu yang sering buat ku tertanya... " adakah aku hamba yang kau kasihi yang mensyukuri nikmatmu? atau hanya makhluk yang jijik kotor lagi belum puas menelan buah dosa...?'

"Ya Allah, redhakanlah perhubungan ku bersama isteriku.. sekiranya aku tersilap pilihan, doaku padamu..ubahlah takdirmu untukku supaya dia benar-benar menjadi jodohku agar segala yang duka itu menjadi suka...dan peliharalah setiap umat islam dari dosa yang akhirnya menghancurkan diri mereka sendiri...sinarilah hati kami dengan cahaya iman, ampuni kami ya Allah, ampuni kami... ampunilah kami.... amin."

Khamis, 30 Oktober 2008

terima kasih hati...

terima kasih lah hati..kerana menemani aku dikala berduka..dikala aku goyah dengan peristiwa lalu..dikala terasa aku keseorangan..terima kasihlah hati kerana bila aku jatuh cinta, kau jadi pendamping ku..melayan perasaan yang berbunga seperti sakura yang mekar indah di musim salju..terima kasihlah hati kerana disaat dendam menjelma, kau pujuk aku agar belajar memaafkan..terima kasihlah hati kerana masih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan untuk ditangisi...sungguh! aku hanya punya hati untuk ku kongsi tentang ceritera cinta dan lara ku..terima kasih lah hati...semoga ALLAH beri mu cahaya yg akan menerangi seluruh kehidupanku..dan kita kan merasa kemanisan iman yg teragung buat RABB yg Maha Suci..
terima kasih lah hati...

Jumaat, 17 Oktober 2008

MASA SILAM?

assalamualaikum...
semoga harini lebih baik dari yg semalam...
semoga hari ini, Allah masih berkenan untuk pelihara kita daripada terbiar sepi tanpa bimbingan..
semoga hari ini juga kita masih diberi peluang untuk terus beramal..dan semoga juga, Allah kurniakan kita hati yg tetap dalam menyintaiNya, takut padaNya dan mengharap dengan tulus ikhlas...


masa silam...
sy percaya bahawa setiap insan itu mempunyai masa silam nya masing2. dosa dan noda serta kegagalan hari semalam adakalanya menghambat perasaan yg sudah tenang ketika ini. ada juga hari semalam adalah penganiyaan dari manusia yg kejam..lalu harga diri rebah ditangan insan yg tidak bertanggungjawab..

dalam meniti hari, perasaan dan hatinya sering tergugat..
tertekan, marah, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yg timbul..sememangnya hati itu adalah organ yg mempunyai memori..
bukan mudah nk lupa semua tu. bagi mereka yg kuat pegangan agamanya, mgkn akan kembali pada Allah. kerana Allah la sebaik2 tempat mengadu dan berharap. segala keperitan dicurahkan.
terasa ada embun dingin menitis tatkala Allah beri ketenangan. terasa tangan Allah membelai lembut lalu pergilah derita itu...namun mgkn sebentar..atau mgkn selamanya rasa itu pergi.
namun xkurang juga yg terus berserah pada nasib..
Ahh!! biarlah..
nak buat macam mana..dah nasib..
aku dah buat dosa..xde sape yg nak terima aku..aku dah pernah gagal..mana ada orang nak hormati aku lagi..biarlah..alang2 jadi jahat dan bodoh, baik teruskan...

sedih..mgkn ada yg begitu..

namun yakinlah..
Allah itu sempurna dan Dia tidak akan rugi apa2 hanya kerana masa silam kita yg sudah berlalu itu.
sy teringat pesanan seorg sahabat..
Allah tidak pernah melihat cerita semalam. tapi Dia melihat bagaimana kita bersungguh2 untuk keluar dari situ. tujuannya ada..iaitu menuju kebaikan..tapi sejauh mana kesungguhannya, Allah sahaja yg menilai..
ibarat memandu kereta..terus lihat kedepan..tapi jangan pula lupa untuk pandang cermin sisi dan belakangnya..
ibaratnya, hidup ini perlu diteruskan..tapi sekali sekala, pandang lah jg kebelakang, agar yg SILAM itu tidak berulang. dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk masa hadapan..

Allah, ALLAH, Allah........
itulah sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolngan..

"segala puji bagiMu Tuhan sekalian alam..

yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..


Tuhan yg Memiliki hari pembalasan...


hanya pada MU kami sembah..


dan hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan..


tunjukkanlah kami jalan yg lurus..


jalan yg Kau beri nikmat pada mereka..


bukan mereka yg Kau murkai..


dan bukan jua mereka yg sesat.."

AL-FATIHAH (1-7)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template