Isnin, 16 November 2009

Saat Aku Dengan Cinta Mu



Ya Allah..
saat kegelapan menyelubungi,
awan gelap berarak pantas membawa kepulan hitam pekat
dan kilat pun memancar bersama dentuman yang kuat
dalam pada itu, dunia ku jadi gelap, lantaran takut pada siksaanMu yg Maha keras dan dahsyat
saat aku mengigil itu, Kau hadiahkan secebis cahaya dari ufuk
walau sekecil mata cuma, namun ia buat ku sgt bahagia dan tenang

ya Allah, saat aku tersungkur di perdu derita
oleh akar2 besar yg meragut kemanusian ku
lantaran hujan lebat tumpah dari kedua mataku dan dadaku sakit ditikam sembilu,
Kau belai aku, memujuk diribaan kasih Mu
lalu terpana aku dengan cintaMu yg Maha Halus dan Lemah Lembut itu

ya Allah,
saat aku inginkan sesuatu, meminta tak sabar dengan nafsu dunia
lalu terhempas aku di batu harta dan nama yang tak berharga,
Kau bawa aku pada nikmat syurga yang mewah tiak terhingga
lalu ku kais sisa2 infaq dan taqwa di tepi kali duniawi sepi

ya Allah,
namun, bila aku bahagia, dibelai, disentuh dengan cnta Mu, aku jadi alpa
membiar diriku disaluti dosa meratah noda, membaluti hitam jiwa
mazmumah bersarang lebat dlm hati lalu ku terus lupa bahawa aku si pencinta
Tuhan yg Maha Sempurna

ya Allah,
mengapa sekejam ini cintaku padaMu?
membalas susu dengan tuba
tak kenal lagi dosa pahala
lalu terbaring dalam jiwa lara

ya Allah,
aku ingin pulang sekali lagi padaMu
merenungi cinta yg dulu
merasa belaian Mu dalam setiap gerak ku
menangis kerinduan untuk bersamaMu
serta ingin menatap wajah Mu yg Maha Suci dan Mulia itu
terima lah taubat ku..
serta tunjukilah aku jalan redho Mu..amin.. Ya Rabb..

2 nice comments:

Syabab Tajdid on 22 Disember 2009 pada 3:31 PG berkata...

Salam..

Manusia tiada bezanya daripada haiwan dari segi memiliki hajatul udhawiyah (hajat kp keperluan asas spt makan, perkumuhan, etc yang klw tak dibuat akan mati) dan juga gharizoh (naluri) termasuk didalamnya gharizoh tadayyun (naluri ketauhidan), gharizoh baqa' (naluri bersaing) dan gharizoh nau' (naluri seksual).

Yang memberikan manusia kemuliaan adalah akal. Ciptaan Allah yang paling unik dan luarbiasa..

Tidak hanya dengan itu, Allah utuskan Rasulnya untuk guide manusia menggunakan akalnya untuk mengurus hajatul udhawiyah dan gharizoh2nya agar tidak terpedaya dengan rasukan jahat syaitan, nafsu dan suasana sekeliling yang sentiasa mendorong kearah kesesatan..

Allah terlalu amat sayangkan hambanya.. Persoalnnya, adakah kita sayang pada diri sendiri dengan gunakan akal yang hebat ini beserta guideline yg Allah tunjukkan??

Manusia yang luar biasa, dia mampu mengikat dirinya untuk mengikut Islam secara kaffah (keseluruhan).

Rasulullah saw. ada bersabda, umat Islam diakhir zaman, jika mereka berpegang erat pada syariat Islam, mereka seolah2 menggenggam bara api..

Kerana mereka bukan sahaja menjaga akhlak dan ibadah, mereka juga tidak terlibat dengan apa jua transaksi riba' yang jelas mahupun tersembunyi, menjaga hubungan sosial, dan berdakwah dengan berani untuk mengembalikan kehidupan Islam walaupun diancam..

Semoga kita semua mampu menjadi manusia yang luar biasa ini..

shahadah on 22 Disember 2009 pada 3:15 PTG berkata...

salam..syabab tajdid..
syukran ala kulli hal..sememangnya itu lah manusia. namun untuk menjadi manusia luar biasa yg tidak tunduk pada kejahatan, amatlah sukar. padahal nafsu itu inginkan kerehatan dan kesenangan. moga2 Allah bantu dengan mujahadah selalu..

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template