Memaparkan catatan dengan label PALESTIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PALESTIN. Papar semua catatan

Ahad, 23 Ogos 2009

40 tahun Al-AQSA


Assalamualaikum wmt wbt.
Salam Ramadhan,
from akh Ajil (myThullabi)
"Sebagai rakyat Malaysia kita sentiasa mengingati tarikh 31 Ogos
Sebagai Muslim kita hendaklah sentiasa mengingati tarikh 21 Ogos..."
21 Ogos - Hari Palestin Sedunia
digalakkan memakai baju/tshirt palestin atau baju hitam, muffler palestin (scarf corak serban), button badge, dan menampal sticker kereta pada hari tersebut.

1. Cuba kita bayangkan sekiranya Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita.

2.. Ramai yang lupa bahawa genap 40 tahun yang lalu (21 Ogos 1969) Masjidil Aqsa telah dibakar oleh pelampau yahudi bernama Micheal Denise Rohan

3. Aksi biadab tersebut telah memusnahkan lebih sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi. Antara warisan berharga yang musnah ialah Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang dibina sempena kemenangan Salahuddin al-Ayyubi dalam peperangan salib di Palestin ketika pemerintahan Sultan Nuruddin al-Zinki, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

4. Michael Rohan telah ditangkap tetapi telah dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa sebagai perintah dari tuhan. Mahkamah Israel memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke negara asalnya.

5. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

6. Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada hari itu dengan sengaja telah menutup saluran paip air menuju ke Masjid Al-Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancang dapat terus membakar keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

7. Pembakaran Al-Aqsa telah menundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari negara Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur. Para pemimpin negara-negara Islam telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan Organisation of Islamic Conference - OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid Al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya keputusan-keputusan itu semuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan..

8. Pejuang palestin menamakan 21 Ogos setiap tahun sebagai hari Palestin Sedunia

9. Pada 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.

10. 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis Israel dan di dalam Masjid Al-Aqsa mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi mereka.

11. pada September 2000, mantan PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang sangat ketat dari pasukan militari rejim Zionis Israel telah melakukan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Beliau telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa (kebangkitan rakyat Palestin).

USAHA KITA

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:

1. Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid Al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.

2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.

3. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid Al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.

4. Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari Al-Aqsa Sedunia pada 21 Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.

5. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid Al-Aqsa.

6. Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian Al-Aqsa.

7. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

8. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

9. Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan Al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

10. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid Al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

11. sebarkan maklumat ini..

saluran rasmi untuk derma palestin (dijamin sampai Palestin)
http://fast2fund. blogspot. com/ (derma Ramadhan Palestin)
rujukan:

Isnin, 2 Mac 2009

Palestina Tercinta Semangatmu Pemangkin Jihad kami

Bukan aku tidak tega mahukan takwa tertanam dijiwa
bukan aku tidak ingat tentang perjuangan sebagai seorang daie dan hamba Nya
bukan aku lemah terpaksa mengharungi sisa hidup ini di kaki seorang hamba
bukan aku tidak sedar kemurkaanNya tempias dosa kita
bukan aku tidak gagah melawan bahana nafsu durjana

tapi aku leka mewarnai dunia yg sementara
sengaja membina benteng2 ketidak resahan di sudut2 waktu yg masih tersisa
menggali lubuk2 hina di tepian lorong2 syaitan penderhaka
memalit luka di di bahu amanah yg akan ku bawa keneraka
memadam indah nya pahala yg pernah ku tempah
hanya kerana sebuah kesenokan sementara

aku dan Palestina
rindu ku padanya
perjuangan yang menerjah nafsuku tersadung di bata2 mainan mereka
membuah cinta merona merah dalam jiwa yg lara

aku dan Palestina
kini bukan lagi terhadap dunia
tetapi sebuah impian membina istana bahagia
di hujung sebuah kehidupan sepi milik Ilahi

" Di Gabal Golam, kehijauan tidak lagi
menjadi kehijauan
rumput hijau, tanah lembah, sumber air
tanah Al-Quds menjadi rebutan
bedilan di Hebron
saban malam terus berdentum dengan
bedilan. bandar Rabat diserkup kemusnahan

dunia semakin sakit. umat Islam mesti bangkit!"
(cerpen Esprit De Corps-Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)



Buat serikandi perjuangan~~


"wahai isteriku, penyejuk mataku, yang aku kasihi kerana Allah,

apa khabar iman di hatimu? duhai isteriku, ingatlah saat hati diuji, diulit pilu, iman mu diduga, masalah datang bertimpa. bersyukurlah wahai kekasih hatiku kerana Allah sedang melihatmu dengan pandangan Rahmat-Nya, menguji cinta hambaNya, samada hambaNya yg terpilih itu ingin kembali semula kepada Rabb nya, mengadu pada Nya, atau memilih manusia sebaliknya untuk mengubat hati. Wahai zaujahku, jadikanlah Allah sbg tempat mengadu yg aula. kau tidak berseorangan isteriku. kembalilah padaN ya"

(cerpen: Mawar Itu- Biarkan Aku Jadi Orang Palestin)

Rabu, 18 Februari 2009

GAZA: sahabat dan saudara kita hidup melarat


assalamualaikum...semoga Allah terus membuka mata hati kita. seperti celiknya mentari pagi disiang hari..semoga..perasaan dan segala tingkah laku serta perbuatan kita adalah untukNya, TUHAN yg MAHA Agung. insyaalah.amin.

dalam kesibukan assignment, kerja, studi dan sebagainya, kita merasa apa yg berlaku di Palestinseperti sudah aman. tentera Israel telah berundur dari membedil saudara kita di Gaza. namun, hakikatnya, mereka hidup melarat. kehilangan tempat tinggal malah orang2 yg mereka sayangi. bayi baru lahir tidak sempat melihat ibu dan ayahnya. adik2 kita disana entah sudah boleh terima dengan takdir bahawa mereka telah kehilangan famili atau tidak.

sahabatku...buka lah mata, celikkan hati. perjuangan bukan sebentar cuma. ia ibarat hidup yg panjang tanpa noktah akhir bg sebuah kerehatan. dakwah dan islah mesti berterusan. mohon dengan sangat agar hati2 kita merasa sensitif dengan isu dunia Islam. sensitif dengan dosa.insyaallah..

berita pagi ni memuatkan bagaimana beribu-ribu penduduk Gaza hanya beratapkan khemah yg kecil. sempit dan tidak mampu untuk melindungi mereka dari kesejukan di waktu malam..ya Allah..betapa kami mementingkan diri. Islam apakah namanya andai tidak pernah terfikir untuk mengambil berat ttg saudara seagama. renungan buat diriku jua.

mereka tiada air bersih dan sisten tandas yg bersih. mereka terdedah pada penyakit yg berjangkit. teruskan doa2 mu sahabatku. teruskan usaha2 mu untuk membantu mereka. teruskan. jangan berhenti selagi diri masih gagah.

generasi kita generasi bermaruah. mendokong Islam agar terus terserlah. benarlah! tiada kerehatan didunia selain kita menemui Tuhan yg Satu di akhirat kelak..semoga kita terus tabah.terus celik mata hati dan fikiran..

ya Allah. bersihkan hati kami dari mazmumah dan dosa. berilah hidayah dan jangan kau balikkan hati kami setelah kami merasa bahagia bersama Islam..berilah kekuatan jiwa agar kami xmudah kalah pada nafsu dan bisikan syaitan. berilah Gaza dan Palestin kemenangan. berilah mereka kesenangan dan kebahagiaan..amin...

Rabu, 28 Januari 2009

Bebaskan dirimu dari belenggu mereka!!!


bismillahirahmanirahim..



YAHUDI


isu Gaza masih hangat diperkatakan. setelah 20 hari Gaza dirembat oleh puting beliung kekejaman Israel laknatullah, gencatan senjata dipersetujui. namun belum sejuk hati menanggung beban derita kelmarin, gencatan senjata dicabuli. Perdana Menteri Israel dengan angkuhnya berkata bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan segala kekuasaan dan kelengkapan yang mereka ada. katanya lagi, mana-mana pemimpin pun satu hari nanti akan melakukan perkara yang serupa. kononnya mahu mempertahankan negara dan rakyatnya. dasarnya, memang Israel lupa pada sejarah. dimana bangsa Yahudi dihalau oleh Allah daripada bumi Palestin atas kedegilan mereka. di bumi Kana'n, akhirnya bertukar jadi Palestin.

mengimbau sjarah mereka, Israel pernah diselamatkan oleh nabi Musa daripada perhambaan di Mesir. selepas berabad lamanya, mereka menjadi duri dalam daging kepada dunia. lalu, mereka dibunuh beramai-ramai dan dibenci oleh Kristian. ketika dizaman Turki Uthmaniyah, mereka sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan Islam. namun sekali lagi mereka membelot, jadi gunting dalam lipatan. maka, hancurlah kerajaan Islam dan jatuh sehingga sekarang.
KEMENANGAN

Allah telah janjikan kemenangan di pihak Islam. namun tidak kurang juga yang mengeluh, bilakah kemenangan yang dijanjikan kan tiba?...sabar, yakin sepenuh hati, dan teruskan perjuangan!..

di zaman Rasulullah, surah Al-Fath (kemenangan) diturunkan kerana termaterinya perjanjian Hudaybiyah yang keuntungannya ternyata berpihak pada kaum Muslimin. walaupun pada mulanya, ia nampak seperti berpihak pada musyrikin Mekah.

refleksinya surah ini adalah sekarang. Palestin kan tetap jadi hak kita umat Islam. bila? tunggu sahaja masanya. Allah telah menjanjikan bahawa akan rasa gerun dihati musuh terhadap tentera Muslimin. namun penghalangnya adalah cinta dunia dan takut mati (WAHAN). kita percaya dan yakin, andai seluruh umat Islam terselamat daripada penyakit "wahan" ini, ISlam pasti menang.

"ktika orang-orang kafir menanamkan kesombongan jahiliyah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya, dan orang-orang Mukmin, dan Allah mewajibkan kpd mereka TETAP TAAT menjalankan kalimat takwa (ketaatan kepada Allah) dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-FATH:26)

"sungguh, Allah akan membuktikan kpd rasulNya tentang kebenaran mimpinya bahawa kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki dalam keadaan aman, dengan menggundul rambut kepala dan memendekkannya, sedang kamu tidak merasa takut. maka Allah mengetahui apa yg kamu tidak ketahui, dan selain itu Dia telah memberikan kemenangan yang dekat" (AL-FATH:27)
BOIKOT

rata-rata daripada kita bersetuju untuk memboikot barangan dari Amerika dan Israel dan sekutunya. tapi ada jugak yang sengaja buat-buat tidak tahu apa-apa. ada jugak yang bertanya apakah relevannya boikot memboikot nih. saya percaya, semua orang pun dah tahu kenapa dia perlu memboikot dan kenapa dia xperlu. kita punya alasan masing-masing.

namun apa yang saya ingin tekankan disini adalah bukan setakat memboikot barang Israel dan zionis, tetapi mereka punya idea, pemikiran malah sikap jugak. sikap munafik seperti pembelot, menipu dalam perniagaan dan angkuh perlu kita hindari. pemikiran zionis seperti nationalism dan hedonism kita banteras habis-habisan. selepas ini, kita hanya akan mengaku bahawa kita org Islam, bukan setakat Melayu atau Cina atau India. malah mementingkan saudara seislam daripada melihat sesuatu perkara dari sudut ukur bangsa.

saya pelik ada golongan pemuda yang saya percaya mereka itu dari golongan agama yang kuat juga. tapi keras-keras berkata, kami xsuka pada Cina, mereka itu halal dibunuh! pelik, pelik. bukankah Rasul juga pernah hidup bersama Yahudi yang memang jahat, tapi Baginda masih sabar selagi yahudi itu tetap mengikut undang-undang Madinah. bukankah mereka (cina dan india atau selainnya) adalah kafir zimmi yang wajib kita pelihara? wallhualam..

tegakkan perjuangan dengan berhikmah, seperti yang Rasulullah tunjukkan. bukan dengan kekerasan dan kemarahan mengikut nafsu yang tidak rasional. marilah kita sama-sama muhasabah dan menanamkan akhlak yang mulia. walau siapa pun kita berhadapan, pastikan mereka akan berkata " inilah yang Islam ajarkan" " inilah Islam yang benar" " orang yang cintakan Islam itu baik" dan sebagainya. semoga istiqamah..

Jumaat, 9 Januari 2009

masihkah kau ingat.........

segala puji bg Allah tuhan yg Maha Kuat dan Maha Agung..hanya Dia yg mengetahui hikmah disebalik setiap kejadian yg diizinkanNya..

ngeri, takut, resah, gelisah melihat gambar2 saudara kita dipalestin. "Israel melampau!" kata kawan sy. sedikit hairan dan ajaib. dia dulu tidak pernah pula membicarakan tentang dunia luar dengan sy. tiba2 melihat gambar dan berita ttg palestin di surat kabar, merah padam mukanya, marah. alhamdulilah...merasa marah itu adalah perasaan yg patut. merasa cinta dan kasih kepada mereka di Palestin.ternyata Israel mmg sgt melampau. masakan sahabat sy tadi merasa mereka begitu.

solat, teringat Palestin, makan, teringat Palestin, bicara sahaja ttg Palestin. kesannya sungguh terasa..doa tidak putus2 untuk mereka..semoga mereka tetap dan semoga semangat mereka menjadi inspirasi buat kita dalam berjihad.dan hancurkan Israel!!

"ko tau, aku semalam kagum sekejap dengan Ukranian. diorg buat demo membantah kekejaman Israel di Kiev." sepupu sy di Ukraine meluahkan perasaannya di YM.

"mmg patut pn shu. kata pegang sgt "freedom of Religion". suka hati mereka sahaja nak bedil manusia. bayangkan org buat pada mereka begitu?"

"bagi aku semua nya Islam. xpayah nak bangsa2 ni. nationalism apa ntah. tpi org seagama sendiri pn nak dengki"...

dunia sekarang, zionism semakin menular dalam diri ummah. perancangannya bukan sekejap. dah berpuluh2 tahun. sejak dari zaman Salahuddin Al-Ayubi ketika perang Salib untuk mendapatkan Palestin juga.

"belajar dengan hati..hati penting. hati perlu bersih, yakin setiap yg berlaku ada hikmah. redho lah.belajar sejarah dan peristiwa pun dengan hati. bukan tengok dan amik tahu cmtu je.' kak Ida sengaja menekan suara agar kami tahu apa yg pentingnya halaqah kali ini.

umat Islam kini ingat lagikah pada asal usul kita? dari Nabi Adam sehingga kedatangan rasulullah penujuk kebenaran, Khalifah,Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sehingga Islam jatuh terus di tangan Kamal Atartuk?

ingat...belajar sejarah dengan hati. org2 Palestin mempertahan kan Palestin kerana sejarah.zionisme menular juga kerana sejarah.

dalam paper baru2 ni, Rusia bimbang remajanya semakin melupakan Tembok Berlin yg banyak memberi kesan pada org mereka terdahulu. kenapa? sebab lupa sejarah.dan itu lah yg disigokkan oleh zionis pada Umat Islam sekarang. kalau dulu "org Islam" sekarang, "org Malaysia". sehingga yg Islam datang minta bantuan pn, tidak dihiraukan kerana dia datang dari negara lain. itulah nationalism yg disogokkan zionis.semua tu dah bertahun dirancang supaya umat Islam jauh daripada Al-Quran dan hadith. jauh dari sejarah Islam. jauh dari syariah. semua tu sebab tidak baca dari hati. tpi dari mata dunia yg menipu.

carilah hati..ketika kita solat, ketika baca Quran dan mengingati mati.

mula dari harini, letakkan dalam hati untuk benar2 melihat dengan iman. buat apa pun fikir, adakah Allah suka semua ni?jika Allah suka, buatlah. jika tidak, jangan buat. xrugi pun.

andai datang ujian, lihat dengan hati. yakin Allah sahaja yg mengetahui. kalau xjadi cmni, mgkn kita xjadi lebih baik. Allah itu Pencipta yg Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu apa yg tidak mampu oleh hambaNya dan apa yg mampu.

"mujahadah itu indah, tapi susah"..


"kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaanNya) kedalam (tubuh) nya dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" As-Sajadah:9

betapa Allah mengulang2 perkataan yg melambangkan betapa pentingnya hati, pendengaran dan penglihatan..namun kerana hati yg tertutup, kita jadi org yg tidak bersyukur..semoga yg terbaik di sisi Allah untuk kita...

Sabtu, 3 Januari 2009

BOYCOTT PRODUCT OF ISRAEL AND AMERICA

bismillahirahmanirahim..
segala puji bg Allah yg masih memberi rasa dihati ini untuk merenung masalah umat dan merasa ia sebagai tanggungjawab pada kita umat Islam yg sejati insyaallah..

isu boikot telah lama berada 'dipasaran'. sejak kartun Nabi kita yg tercinta di layarkan dengan hina, ia telah menjadi salah satu jihad bgi umat Islam untuk terus merasa 'tidak suka' dengan perbuatan terkutuk kaum musyrikin. mengapa mereka begitu dengki pada kita umat Islam? adakah hanya kerana Rasulullah dilahirkan dalam golongan Arab, lalu mereka membenci seluruh umat Islam. Yahudi dan Nasara tidak akan melepaskan Islam walau sehingga kelubang cacing. itu adalah fakta.

lalu bagaimana mana pula respon kita terhadap perbuatan mereka.

sy terbaca(sengaja mencari fatwa) ttg perihal boikot ini. dulu sememangnya hanya berpegang kepada: boikot pun sama jugak. mereka itu kaya:

namun, melihat kenyataan ini atau fatwa dari Yusuf Al=Qradawi, baru sy tahu. link nya disini:

http://www.mail-archive.com/portal@ikapens.org/msg01230.html

atau sahabat sekalian leh gi ke Islamic Thinkers yg di link kan di blog ini.

antara nya adalah:
Menurut Qardhawi, salah satu bentuk dukungan konkret bagi perjuangan rakyat
Palestina adalah dengan mengembargo/memboikot total produk Israel dan AS. Ia
berfatwa, "Satu real (mata uang Arab-red) yang Anda keluarkan untuk membeli
produk Israel dan AS, sama dengan satu peluru yang akan merobek tubuh
saudara Anda di Palestina." Selanjutnya, Qardhawi menyatakan keterkejutannya
terhadap sebagian umat Islam yang merasa tidak dapat hidup tanpa produk
Amerika. "Saya terkejut ketika ada sebagian umat Islam mengatakan tidak
mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan modern
produk Amerika," kata Qardhawi seperti dikutip eramuslim.com.
Qardhawi menjelaskan, siapa saja di antara kita yang menganggap enteng
masalah pemboikotan produk AS, dan membayar walaupun cuma satu real untuk
produk tersebut, itu sama saja dengan memberi mereka satu peluru untuk
dipergunakan menembak saudara-saudara kita di Palestina. Qardhawi
mendasarkan fatwanya itu pada kenyataan, betapa besarnya bantuan dana AS
untuk Zionis Israel, belum lagi Kongres AS yang jelas-jelas mendukung Israel
dalam masalah Palestina.
Dalam kaitannya dengan jihad untuk Palestina, kata Qardhawi, Al-Qur'an
menegaskan bahwa jihad yang dimaksud adalah dengan harta dan jiwa. Jika
tidak bisa berjihad dengan jiwa, pilihannya adalah dengan harta. Nah, salah
satu bentuk jihad dengan harta, seru Qardhawi, adalah dengan melakukan
pemboikotan total terhadap semua produk AS dan Israel.


sudah jelas bahawa, andai kita xmampu pun, sekurang2 nya, tindakan ini jangan diremehkan...
sedikit wang yg kita boikot mgkn akan dikira oleh Allah..

wallhualam..



Jumaat, 2 Januari 2009

MASIH PALESTIN

bismillahirahmanirahim..
segala puji bg Allah, Tuhan yg Maha sempurna. yg Maha Pengampun, Yg Maha Indah dengan setiap ciptaanNya. semoga hati2 kami terbias cinta hakiki Mu.semoga hati2 kami hanya menangis kerana syukur dan berharap keampunanMu..sungguh, tiada apa yg lebih berharga daripada merasa kehadiranMu dlm hati kami..

sejak ini peristiwa di Palestin kembali menggamit memori. bukan lah tidak pernah ingat langsung. namun kisah nya semakin duhimpit derita dan sengsara. tadi baca blog seorg sahabat. dia menceritakan betapa hati nya juga merasa kesedihan kerana kehilangan ramai saudara kita di Palestin. malah juga di mana2 sahaja.

sy juga merasa perkara yg sama. rumah dan keluarga yg dicintai musnah tanpa sebarang kata. kemanusiaan hilang sekelip mata. kdg2 kita terfikir.mengapa Allah tidak terus membantu mereka. mereka itu umat islam yg sejati.

beristighfarlah sahabat. mereka itu saudara kita. dan mereka itu ujian bagi kita. Allah mahu menguji kita. adakah kita mahu membantu. adakah kita merasa dan mengambil iktibar daripada apa yg terjadi.

semalam sy lihat video conference ttg pembantahan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. org2 ini adalah bukan Islam. mereka bercakap ttg hak beragama dan kedamaian dunia. ade juga yg mengutarakan pendapat bahawa masa depan dunia terletak ditangan remaja dan belia. mereka bimbang sekiranya satu hari nnti sekelip mata sahaja dunia berubah kerana pmberontakan dan naiknya semangat org Islam. subhanallah. hanya Allah yg tahu..

sorg sahabat sy kata: kita boleh kalahkan yahudi dan nasara. Allah telah letakkan perasaan gerun dalam hati mereka!! kita mesti perangi mereka!..

betul sahabatku. namun janji Allah itu adalah ketika umat Islam tidak cintakan dunia dan takutkan mati..

dua perkara ini ada disebutkan dalam hadith nabi..

marilah kita muhasabah diri. tarbiyah lah hati agar merasa tidak selesa dengan dunia yg sementara ini dan merindukan akhirat yg abadi. tanamkan dalam hati agar rindukan syahid serta jadikannya cita2 kita yg tertinggi. insyaallah..

semoga Allah bantu kita. amin............

buat diriku yg selalu alpa, kembali lah pada Allah..

Khamis, 1 Januari 2009

PALESTIN DALAM HATI

Assalamualaikum sahabatku sekalian. marilah kita merasa keperitan dan ketabahan saudara kita di Palestin dan di mana sahaja mereka berada. mereka ditindas oleh Kuffar durjana. kalau xsolat hajat pun, tadah lah tangan dan mohon agar mereka selamat, tabah dalam menghadapi ujian itu serta selalu mendapat ketenangan walau apa keadaan pun .kita juga berdoa agar segala ketabahan mereka akan meningkatkan lagi iman serta kekuatan jiwa kita untuk berhadapan dengan yg kejam ini. untuk hadapi bahawa dunia ini tiada apa untuk ditatapi..untuk menghadapi bahawa, dunia ini hanya sekejap cuma. insyaallah..

Ya Allah, jadikan hati kami ini hati yg mudah menerima kebenaran. yg mudah merasa kemurkaan Mu. yg mudah merasa nikmat dan rahmat kasih sayangMu. ya Allah, jadikan hati2 kami ini tertaut hanya kerana Mu. berdakwah dan berkorban hanya untuk Mu. semoga kami tergolong dalam golongan org2 yg Kau redhoi..amin....

DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ

شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Solat Hajat

Raka’at pertama selepas doa iftitah, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Kafirun sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali).

Pada raka’at yang kedua, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali).

3. Menderma kepada Palestin melalui saluran-saluran yang ada.

P/S: sila sebarkan..

Ayuh, bertindak segera..!
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template