Isnin, 16 November 2009

Saat Aku Dengan Cinta Mu



Ya Allah..
saat kegelapan menyelubungi,
awan gelap berarak pantas membawa kepulan hitam pekat
dan kilat pun memancar bersama dentuman yang kuat
dalam pada itu, dunia ku jadi gelap, lantaran takut pada siksaanMu yg Maha keras dan dahsyat
saat aku mengigil itu, Kau hadiahkan secebis cahaya dari ufuk
walau sekecil mata cuma, namun ia buat ku sgt bahagia dan tenang

ya Allah, saat aku tersungkur di perdu derita
oleh akar2 besar yg meragut kemanusian ku
lantaran hujan lebat tumpah dari kedua mataku dan dadaku sakit ditikam sembilu,
Kau belai aku, memujuk diribaan kasih Mu
lalu terpana aku dengan cintaMu yg Maha Halus dan Lemah Lembut itu

ya Allah,
saat aku inginkan sesuatu, meminta tak sabar dengan nafsu dunia
lalu terhempas aku di batu harta dan nama yang tak berharga,
Kau bawa aku pada nikmat syurga yang mewah tiak terhingga
lalu ku kais sisa2 infaq dan taqwa di tepi kali duniawi sepi

ya Allah,
namun, bila aku bahagia, dibelai, disentuh dengan cnta Mu, aku jadi alpa
membiar diriku disaluti dosa meratah noda, membaluti hitam jiwa
mazmumah bersarang lebat dlm hati lalu ku terus lupa bahawa aku si pencinta
Tuhan yg Maha Sempurna

ya Allah,
mengapa sekejam ini cintaku padaMu?
membalas susu dengan tuba
tak kenal lagi dosa pahala
lalu terbaring dalam jiwa lara

ya Allah,
aku ingin pulang sekali lagi padaMu
merenungi cinta yg dulu
merasa belaian Mu dalam setiap gerak ku
menangis kerinduan untuk bersamaMu
serta ingin menatap wajah Mu yg Maha Suci dan Mulia itu
terima lah taubat ku..
serta tunjukilah aku jalan redho Mu..amin.. Ya Rabb..

Rabu, 11 November 2009

Renungilah jika....

miszmy06: Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui...



nurul asraar: Renungi diri itu dalam cermin tafakur Bukankah tuhan itu Maha Sempurna Insafi diri itu dengan bersyukur Tanpa rahmat-Nya kita tiada Siapa kita untuk menderhaka? Sedangkan kita tiada saham untuknya Siapa kita untuk terus kufur? Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya Namun masih ada yang leka Seakan mencabar Yang Maha Kuasa Tidakkah kita gerun neraka? Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah Betapa beruntung orang yang bertaqwa Mari bersama mengenal diri Supaya dapat menginsafi Menjadi hamba yang berperibadi Mudah mudahan selamat di dunia akhirat Buat mereka yang mahu berfikir ~

Salahkah si pendosa itu mendapat lelaki baik??



Bismillahirahmanirahim...
segala puji bg Allah yg Maha Mengetahui serta Maha Penyabar dgn karenah hamba2NYa..

pagi yg indah untuk ditatapi..namun, hati masih gundah..fikiran terus berputar..salahkah dia mendapat suami sebaik aliff (bukan nama sebenar)? bimbang saya dipersalahkan bila menjadi org tengah buat sahabat tercinta. ahh..dia itu baik. yg berbeza adalah masa silamnya..

subuh itu, kami berjemaah. tidak pernah2 dia bangun awl untuk bersolat subuh. jadi, inilah masanya! saya menangkap maksud subuh itu. ada hati yg sedang lembut untuk didekati. mgkn baru mengenali saat itu, saya banyak bertanya perasaannya dipagi itu.

sungguh! dia asyik menitiskan air mata. kesal, sedih, bercambur dgn gembira yg saya kira tidak lah sebanyak sedih itu. "saya putus tunang kak. saya xleh lupakan dia..dah banyak kami buat perkara bersama"..dia membisik perlahan. namun, sayup2 saya masih dapat menangkap luahannya.

lama2 selepas itu, kami jadi semakin rapat. mgkin kerana sikapnya yg peramah, buat kami jadi mudah mesra. banyak cerita nya saya tahu. cerita dosa dan pahala. dosa? itu dulu! sekarang dia wanita yg baru. dia mahu, terlalu untuk jadi seorang muslimah..yg dipandang mulia oleh manusia. dia mahu dibimbing dan mahu disayangi kerana Allah..

ada seorang jejaka sedang mengintai baitul muslim. dia meminta saya dan seorang lagi sahabat untuk jadi org tengah. ada beberapa orang yg saya kira2 boleh jadi calonnya. tapi entah mengapa akhirnya, kerana tiada yg bersedia, hati saya terdetik untuk beri wanita ini. sungguh! untuk sebuah keinginan aliff si daie hebat itu, wanita ini tiada apa2. dia ibarat wanita yg kosong. namun dia pernah mengikuti tarbiyah. pernah memakai tudung labuh wlu dia bukan sekolah agama. dia pernah semua itu. cuma hanya kerana kesedihan yg terlalu, dia pulang kejalan lama. tapi sekarang, dia mahu berubah. dan sudah berubah. salahkah untuk nya dapat lelaki sebaik aliff??

hati masih tertanya. moga2 segalanya yg terbaik. saya serahkan saja pada Allah..kerna yg mengizinkan semua perkara terjadi, adalah Allah....

Jumaat, 6 November 2009

Ingat! Berusaha...Allah pasti tolong..



Bismillahirahmanirahiim...
segala puji bg Allah yg memberi ketenangan buat hati2 yg dlm kegelisahan. segala puji bg Nya yg telah memberi kekuatan, kesabaran serta ketabahan buat hmba2Nya dlm melaksanakan urusan agama Nya. segala puji bg Allah yg telah memberi nikmat hidup yg berwarna warni, dan sekali sekala, melemparkan kesakitan dan derita agar manusia xpernah lupa pada tujuan hidupnya. segala puji bg Tuhan sekalian alam yg Maha Agung, Maha mendengar lagi Maha Mengetahui..moga cinta dan rahmatNya sentiasa mekar dikalangan kita..amin..

exam, exam, exam..selamat menghadapi peperiksaan buat akhwat, ikhwah dan semua teman serta mereka yg berada dlm peperiksaan..

tidak lupa pada kak Aisyah Mazlan..selamat hari lahir, moga ada kekuatan untuk mu untuk menghadapi tesis yg hampir siap disamping mendidik kami, anak2 usrah mu..moga usahamu diberkati.

dalam ruang yg masih bersisa, diri ini masih bertatih, mengubati luka lama yg pernah berdarah. kala itu, dakwah dihadapan mata seakan sirna..hubungan baru terjalin, harapnya mendapat redhoNya. alhamdulilah, Dia masih mengasihi hambaNya yg pernah meninggalkanNya..

harapnya, hari esok, cahaya itu masih bersinar, seperti hari ini, masuk kerelung hati, lalu kesejukan membias ketenangan. buat sahabat ku asma', wasiilah dan yg lain, kuharap, kalian tega dengan ujian dari Dia. tanda, tarbiyahNya yg sebenarnya manis bila di renungin dari mataNya..

hidup bukan dua, tapi satu. namun, adakalanya mengejar hati manusia, kita terlupa. namun, lekaslah berusaha kerana Allah kan mengira usaha mu, bukan natijahnya.

teringat pesanan seorang teman yg tidak sekepala namun, karibnya luar biasa.

"ingat! berusaha! Allah pasti Tolong.."

seringkas itukah pesanan dari seorang dia? namun, ringkasan itu lekas masuk dalam jiwa, meresap dalam sanubari. terima kasih atas segalanya. moga ringkasan itu jadi sebati dlm diri..amin..

kepahitan itu, adalah anugerah..kerna dunia mmg tidak pernah behagia melainkan melihat Islam tertegak dgn keadilan..moga kita, saksikannya, seperti kita saksikan perjuangan Pesuruh Allah yg mulia..

p/s: doa, tahajjud, tilawah, zikir..usaha, tawakal..moga berjaya..
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template