Rabu, 12 November 2008

TEMAN SEJATI





Hidup ini tak akan lelah andai ditemani teman sejati..segala susah dan senang diharungi bersama.segala cabaran dan kejayaan di orak menjadi satu kenangan yg indah. istilah SAHABAT adalah definisi yg paling tepat untuk menggambarkan teman sejati..keakraban sebuah hubungan yg xpernah putus walaupun berpisah didunia, malah kan bertemu pula diakhirat sana.

hatta, Rasulullah tercinta sendiri mempunyai ramai sahabat yg para ulamak dan sejarawan menafsirkan bahawa, keakraban mereka sehingga tidak sanggup melihat sahabat yg lain susah dan menderita walau sedikit pn. perkara yg baik disokong, yg buruk ditegur..sungguh indah persahabatan yg digambarkan..


nabi Adam AS juga ketika dicipta sebagai manusia pertama disyurga kesunyian tanpa teman disisi. melayan resah dan gembira, mengharung langkah-langkah kehidupan dan berkongsi hati dan jiwa. lantaran itu Allah menjadikan Hawa pendamping setia drpd tulang rusuk baginda, tempat terbitnya segala perasaan iaitu paling hampir dengan hati.


kisah ini bukanlah gambaran tentang kisah cinta yg paling agung di abad manusia, tetapi refleksi kelahiran teman sejati dari dalam diri seseorang yg benar-benar mendambakan teman sejati disisi. teman sejati lahir dri hati yg tulus dan suci serta ketinggian peribadi dan pekerti.


bayangkanlah, tatkala bersendiri mengharungi kesusahan, tertekan dengan pelbagai masalah, siapakah orang pertama yg terbayang dimata kita?org2 yg sekurang2nya apabila mengingatinya dapat mengurangkan beban yg digalah, mengatasi kebuntuan diri.

namun, sukarnya mencari teman sejati ibarat mencari mutiara bernilai dilautan. lalu, bagaimana?jawapannya mudah..lahirnya teman sejati adalah dari peribadi yg mulia. andai baik peribadi dan akhlak kita, maka baiklah teman kita. begitu juga sebaliknya. ibarat menanam benih yg sihat, dibajai dengan akhlak mulia dan disirami dengan keikhlasan, maka hasilnya adalah pohonan rimbun yg begitu byk manfaatnya..maksudnya, memberi lah dahulu dengan ikhlas maka yg diterima juga adalah yg baik2 belaka.


persahabatan itu tinggi nilainya. mereka yg bersahabat saling berkorban antara satu sama lain dan mencintai setulus hati. ia adalah amanah yg terlukis dalam janji Allah bahawa mereka yg saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah serta berpisah keranaNya dijamin lindungan 'Arasy di mahsyar kelak. mereka ini saling nasihat menasihati kearah kebaikan serta saling menjaga sahabatnya agar tidak jatuh kelembah kehinaan.

kesimpulannya, teman sejati itu adalah insan yg lahir dari diri sendiri. yg berada disekeliling kita termasuk ibu, ayah, isteri, suami, adik dan sesiapa sahaja. yg paling penting, mereka adalah yg sering memberi sinar dan menghambat mendung yg merentasi dalam kehidupan. dan mereka juga adalah org2 yg sering mendoakan dan menjalinkan hubungannya dengan kita hanya kerana Allah..


wallahualam..
semoga kita beroleh teman sejati dambaan syurga..amin..

FAJAR:ABG LONG

Ahad, 9 November 2008

Setiap Kali

setiap kali gelisah, resah mengulit hati dek problem dan masalah...dan setiap kali itu hati ditujah-tujah nafsu dan syaitan. sedangkan, kita sudah sedar malah arif itu adalah ujian dri Tuhan yg MAHA SEMPURNA lagi MAHA MENDENGAR. setiap kali diberi nikamt, kita terlupa untuk bersyukur. terlupa hidup ini sementara dan penuh tipu daya.

setiap kali itu hati dibiar berlumut, berhabuk tanpa zikir dan doa. KITA sering terlupa tatkala Allah perintahkan suruhanNya, setiap kali itu kita mengeluh, seakan terasa terlalu payah mengisi janji yg dibuat ketika di alam roh dulu. setiap kali musibah datang, kita seringkali menyalahkan takdir, terlupa pada Tuhan yg MAHA BIJAKSANA, penyelesai segala masalah.. Ya ALLAH, terlalu payah menagih cintaMu. terlalu sukar menangkis buruk sangka pada setiap dari ketetapan2 Mu..

jarang disedari..nikmat hidup yg diteguk dari rahmat kasih sayangNya bersyaratkan tanggungjawab yg besar..malah dipertikaikan lagi. inilah usaha dan penat lelah kita! masya Allah!

setiap kali sakit datang..merintih merayu agar dipanjangkan umur..meminta agar disembuhkan. dan setiap kali itu, Dia menunaikan permintaan. namun, setiap kali itu janji dimungkiri..astaghfirullah. buaknkah masalah itu medium untuk kita dekatkan diri padaNya serta tergugurnya satu nikmat yg amat ditakuti ttg kekufurannya. lalu hamba yg sepertimana kita?

Ya Allah, singkapkanlah hikmah yg kami tidak ketahui. kelemahan fizikal, kemunduran fikiran serta lemahnya iman..buat kami buta menilai kasih sayangMu Tuhan. kami kejam! kami zalimi diri kami sendiri.kami perlukan Mu setiap kali itu ya ALLAH. agar Engkau Tuham yg Agung redho dan didik kami..

sungguh! kami tidak terdaya menempuh dunia yg penuh dengan persepsi indah yg Engkau tidak redho..sungguh! kami tidak larat untuk mengadap karenah dunia yg penuh dengan angan2 palsu yg Engkau murkai. sungguh! kami tiada kuasa melainkan dgn izinMu.

Allah yg MAHA BESAR! Kau yg MAHA HEBAT! sinarilah ketabahan, hikmah segala ketentuan serta indahnya kesabaran sehingga hidup dan mati kami adalah untuk Mu. meraih cintaMu, merasa hidup bersamaMu.

Kau lah MAHA AGUNG! TIADA TUHAN SELAIN KAU YG MAHA KUAT! terimalah kami ya Tuhan..

"Dia (ALLAH) berfirman" berapa lamanya kamu tinggal dibumi?"

"mereka menjawab, "kami tinggal (dibumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yg menghitung"

"Dia (ALLAH) berfirman, "kamu tinggal (dibumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui"

"aka apakah kamu mengira KAmi menciptakan kamu main2 (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami?"

"maka MAHA TINGGI ALLAH, Raja yg sebenarnya. tiada tuhan (yg berhak disembah)selain Dia, Tuhan (yg memiliki) 'Arsy yg Mulia"

(AL-MUKMINUN : 112-116)


YA ALLAH..hanya padaMu sahaja tempat kami kembali. tujuan hidup ini tidak jelas andai Kau tidak beri hidayah..berilah petunjukMu..

dan buat diriku yg selalu mengeluh tatkala setiap kali dilanda derita, mohonlah ampunanNya. Bersyukurlah wahai diri..sungguh dunia ini sungguh hina untuk ditangisi. panjangkanlah syukur mu setiap kali kau diberi nikmat agar ia jadi pengukur pertemuanmu dengan RABB yg MAHA HEBAT!! YA ALLAH..aku kembali padaMu...

Rabu, 5 November 2008

pasangan hidup


assalamualaikum....cinta yg hakiki adalah cinta kepada Allah, Tuhan yg Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana..Dia lah pencipta cinta dan kunci bgi setiap hati manusia adalah digenggamanNya..pohonlah doa agar dibuka segala hijab dalam memilih pasangan hidup..sungguh! perkahwinan itu adalah yg terindah bila tujuannya adalah syurgawi dan keimanan..lalui lah setiap perhubungan dengan kemanisan iman..
wallahua'lam..

Hidup lebih indah andai dapat memberi, walau balasan tak seindah pemberiannya. Cukuplah Allah hadiah terbaik di syurga..



Tanda si dia teman sejiwaAdakah si dia wanita atau lelaki impian yang dicari selama ini?



SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya? Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan.

Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan. Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka.Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal.Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.

*** Membaca tanda
Penantian seribu penyeksaan.
Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka.Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin.

Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya. Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu. Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu? Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan. Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

~ petikan KoSmo~ cahayakuiman: 'Apa pun akhirnya sebuah pertemuan itu, pohonkanlah jalan yang terbaik hanya kepada Allah, DIA Maha Tahu segalanya'

bengkoknya wanita

http://www.iluvislam.com/

KaZuDo

editor: NuurZaffan


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?""Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.""Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.""Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.""Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?""Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`.

Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat." "Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim.""Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." "Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

P/s: amik dari www.iluvislam.com
Coretan editor: Penulis asal artikel ini tidak dapat dikenal pasti. Apa yang pasti artikel ini sudah pun dipaparkan di laman web yang lain. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan huraian lanjut berkaitan tulang rusuk yang bengkok, anda boleh melayari laman web ini. Sila KLIK----->
al-ahkam.net

Selasa, 4 November 2008

tulis, hilang nota, tulis lagi.

Terdetik difikiran tentang perasaan yg bakal ku tempuhi nanti. akan tiba rasa bosan atau tiada rasa keseronokan selepas berumah tangga. Sering juga terdengar orang berkata yang kemanisan perkahwinan itu akan mula tawar selepas 6 bulan. Datang lagi bahagia sementara ketika lahirnya cahaya mata yang jadi idaman semua pasangan suami isteri. Namun, risau kembali apabila aku mula 'berjinak' dengan beban yang semakin bertambah atau lebih tepat lagi, tanggungjawab yang harus kupikul.



Adapun takrif kahwin itu berkongsi hidup dan ia mendidikku supaya belajar bertanggungjawab, atau entahla... adakah aku terlalu mentah untuk menilai erti sebenar perkahwinan itu sendiri sungguhpun aku bakal menempuhnya satu saat nanti.. Aku harap jawapannya akan ku temui segera sebelum aku melabuhkan tirai remaja bujang yang penuh lara ini. Aku juga tahu, dihadapanku menanti bermacam lagi situasi susah, takut disamping bahagia yang biasanya kurang kusedari dek kerana kelemahanku yang tidak bersyukur nikmat tak berbayar dari Allah yang Maha Agung dan Maha Luas kerajaannya..



Tertanya aku pada diri, apa sebenarnya matlamat aku berkahwin? adakah tuntutan nafsu remaja semata-mata? "eh, taklah!" pantas aku menafikan persoalan sendiri yang sebenarnya telah punya jawapan itu.. apa aku dapat bertahan selamanya bersama isteriku? atau aku yang pergi meninggalkan dia atas rasa marah hasil pertelingkahan yang tiada penyelesaian? atau aku yang akan ditinggalkan untuk bertemankan 'kesepian'? ah... kenapa perlu aku negatif tentang perkara yang belum pasti? aku mesti bangun, mesti kuat. biar sekuat mana bah kebencian yang terjun dari gunung kemarahan, pastinya empangan kesabaran lah yang harus kupertahankan untuk mengekang perkara yang tak sanggup kulalui tatkala ku lemas dalam banjir kepiluan lantaran kelemahan diri.

Aku redha, aku telah lebihkan berserah kepada mu tuhan yang Maha Kaya dan Maha Penyayang.. ku akur dalam mendaki puncak cinta yang kau hamparkan dengan jalan berduri bagi hamba yang kau kasihi ya tuhan...jalan lebar yang licin pula bagi hamba yang kau murkai.. bukan pepatah 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' yang dimaksudkan tapi itulah hakikat betapa payah dalam mencari redha mu yang sering buat ku tertanya... " adakah aku hamba yang kau kasihi yang mensyukuri nikmatmu? atau hanya makhluk yang jijik kotor lagi belum puas menelan buah dosa...?'

"Ya Allah, redhakanlah perhubungan ku bersama isteriku.. sekiranya aku tersilap pilihan, doaku padamu..ubahlah takdirmu untukku supaya dia benar-benar menjadi jodohku agar segala yang duka itu menjadi suka...dan peliharalah setiap umat islam dari dosa yang akhirnya menghancurkan diri mereka sendiri...sinarilah hati kami dengan cahaya iman, ampuni kami ya Allah, ampuni kami... ampunilah kami.... amin."

Sabtu, 1 November 2008

bidadariku

MUNIF AHMAD-BIDADARI

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Ulang
chorus

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
~Surah Ar-Rahman, 56&57~

DUA ORANG KAYA DAN PEMANDUNYA

DUA ORANG KAYA DAN PEMANDUNYA


Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

kucupan pertama




'Ai'sha, kau sudah hidup didunia baru. kuatkanlah dirimu dengan takwa. minta tolonglah dengn solat dan kesabaran. dan layanilah suamimu denagn sebaik2nya. ridho suamimu adlh syurgamu'', suara makcik sarah terdengar parau.


mereka lalu beransur keluar. satu persatu meninggalkan pintu. terakhir pakcik iqbal memeluk diriku sambil berkata''fahri, kau tentu ingat pelajaran hadith di kuliah, Rasulullah bersabda (org pilihan diantara kalian adalah yg paling berbuat baik kepada perempuan-isterinya-)kumohon muliakanlah isterimu. bawalah dia hidup di jalan yg diredhoi ALLAH!''


mereka telah meninggalkan kami berdua. kami salah tigkah. wajah aisha merona. tubuhku panas dingin. kami merasa sama2 canggung mahu berbuat apa. tapi kami rasa itulah indahnya.

''kita belum solat maghrib'', lirih aisha.

ia masih berdiri jauh didepanku dengn wajah menunduk. aku tersedar, waktu sudah sempit, aku harus segera memberanikan diri melakukan sesuatu.

ada sunnah Rasulullah yg harus aku amalkan ketika pertama kalinya berada dalam satu bilik atau satu rumah dengan pengantinku. aku bergerak mendekati aisha dan menggamit tangannya.


''bilik kita dimana sayang?''tanyaku.


''sini'', aisha menjawab sambil melangkah. pintuku buka. gelap.lampu dinyalakan, tmpaklah bilik pengntin yg berhias indah, wangi dan sangat romantik. kuajak aisha duduk dikatil. aku membaca basmalah. lalu kupegang ubun2 kepala aisha dengan penuh kasih sayang sambil berdoa seperti yg diajarkan oleh rasulullah:

''Allahumma, inni asaluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha, wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha! (ya Allah, sesungguhnya ku mohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan wataknya. dan aku mohon perlindunganMu dari kejahatannya dan kejahatan wataknya..amin..)

Kulihat aisha memejamkan matanya dan dari mulutnya terdengar amin...amin...amin..., berkali-kali. ia sudah mengerti bagaimana memasuki malam zafaf agar pernikahan penuh berkah. setelah itu kulanjutkan dgn doa yg diriwayatkan oleh imam Nawawi dlm kitab Al-Adzkaar..


"Barakallahu likulli waahidin minna fi shaahibihi. semoga Allah memberkati masing2 diantara kita terhadap teman hidupnya''


lalu kukucup ubun2nya sambil menangis dan mengulang doa itu berkali2. aisha terus mengucapkn amin..amin.., dengan airmatanya mengalir di pipi.


barulah kuajak aisha untuk mengambil wuduk dan solat maghrib berjamaah. setelah solat, membaca zikir, solat sunat, wirid dan doa rabithah. selesai solat. membaca doa agar pernikahan lebih berkah.


''Alahumma baarik li fi ahli, wa baarik lahum fiyya. Allahumma ijma' bainana ma jama'ta bikhair, wa farriq bainana idza farraqta ila khair. Ya allah, berkatilah bagiku, keluargaku, dan berilah berkat mereka padaku. y Allah, kumpulkan antara kami apa yg engkau kumpulkan dgn kebaikan, dan pisahkan antara kami jika engkau memisahkan menuju kebaikan. amin''

selesai solat. aku menghadap aisha. kulihat dia teresak2. kupegang kepala aisha dgn kedua tangaku. kupandangi betul2 wajahnya yg jelita. kuseka air mata yg mengalir dipipinya.

''fahri, aku mencinaimu'' ia mengucapkannya penuh kesungguhan.

''aku juga mencintaimu, aisha'', jawabku sambil mengucup keningnya penuh cinta. ini untuk pertama kalinya aku mengucup seorang perempuan. suasana begitu indah dan suci..


''kucupan pertama xkan pernah kulupa'', lirih aisha.


aku tersenyum. hatiku sgt bahagia mendengar suara indah aisha yg sgt membuat diriku merasa menjadi seorang mnusia paling beruntung di dunia..

adaptasi daripada novel AYAT-AYAT CINTA-habiburrahman El Shirazy
buat sahabatku hakim..
semoga bahagia mu atas redho ilahi..
03:48 am

hadith

Berhak atas cinta-Ku yaitu orang2 yg saling mengunjungi karena-Ku. Berhak atas cinta-Ku yaitu orang2 yang saling mencintai karena-Ku. berhak atas cinta-Ku yaitu orang2 yang saling memberi karena-Ku. dan berhak atas cinta-Ku yaitu orang2 yang saling menolong karena-Ku

(HR Ahmad dan al Hakim)

cintaku..

aku mencintaimu dari segenap jiwaku..aku merinduimu dgn seluruh hatiku..kuingin kau jadi pendampingku, setiap ketika lara dan duka serta suka. kuingin kau jadi pengobar semangatku agar aku bisa bergerak lebih jauh kehadapan..kuingin kau selalu menasihati aku dengan kata-kata RABB yg Maha Tinggi..

ketika ku ingin lena, kuingin kau mendodoikan aku dengan kalimah suci dari kitab teragung..aku ingi kau dengar cerita-cerita hebat dalam hidup ku..aku ingin kau setia menemaniku melayani kisah silamku yg ingin kutinggalkan..aku ingin kau memahamiku dgn sepenuh hatimu..aku ingin kau mengingini aku sebagai wanita yg baik..dan menghormati aku seprti permaisuri dalam hidupmu..aku mahu kau selalu jadi lelaki yg memahami bahawa aku punyai satu akal dan sembilan nafsu..

kekasihku..sekian lama dendam cinta ini kupendam menjadi bara..menunggumu saban hari..dalam pada itu, aku bertemu seorang pemuda..aku merenungnya..adakah dia adalah engkau?kekasih yg kurindui selama ini? aku tersalah..dia menganiyai aku..dia tidak memahamiku seperti kau memahamiku..dia tidak mencintaiku seprti kau mencintaiku..

malam ini, aku benar2 merinduimu..namun ku tidak tahu, mungkin kah sudah bertemu dengan org yg lebih baik dariku? aku tahu...andai dirimu adalah yg baik, tentu saja aku relakan kau pergi pada yg lebih baik..dan aku, masih mencintaimu sepeti dulu..kan menunggumu..walau disyurga kelak..kerana hanya kau yg kurindu...
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template