Selasa, 4 November 2008

tulis, hilang nota, tulis lagi.

Terdetik difikiran tentang perasaan yg bakal ku tempuhi nanti. akan tiba rasa bosan atau tiada rasa keseronokan selepas berumah tangga. Sering juga terdengar orang berkata yang kemanisan perkahwinan itu akan mula tawar selepas 6 bulan. Datang lagi bahagia sementara ketika lahirnya cahaya mata yang jadi idaman semua pasangan suami isteri. Namun, risau kembali apabila aku mula 'berjinak' dengan beban yang semakin bertambah atau lebih tepat lagi, tanggungjawab yang harus kupikul.



Adapun takrif kahwin itu berkongsi hidup dan ia mendidikku supaya belajar bertanggungjawab, atau entahla... adakah aku terlalu mentah untuk menilai erti sebenar perkahwinan itu sendiri sungguhpun aku bakal menempuhnya satu saat nanti.. Aku harap jawapannya akan ku temui segera sebelum aku melabuhkan tirai remaja bujang yang penuh lara ini. Aku juga tahu, dihadapanku menanti bermacam lagi situasi susah, takut disamping bahagia yang biasanya kurang kusedari dek kerana kelemahanku yang tidak bersyukur nikmat tak berbayar dari Allah yang Maha Agung dan Maha Luas kerajaannya..



Tertanya aku pada diri, apa sebenarnya matlamat aku berkahwin? adakah tuntutan nafsu remaja semata-mata? "eh, taklah!" pantas aku menafikan persoalan sendiri yang sebenarnya telah punya jawapan itu.. apa aku dapat bertahan selamanya bersama isteriku? atau aku yang pergi meninggalkan dia atas rasa marah hasil pertelingkahan yang tiada penyelesaian? atau aku yang akan ditinggalkan untuk bertemankan 'kesepian'? ah... kenapa perlu aku negatif tentang perkara yang belum pasti? aku mesti bangun, mesti kuat. biar sekuat mana bah kebencian yang terjun dari gunung kemarahan, pastinya empangan kesabaran lah yang harus kupertahankan untuk mengekang perkara yang tak sanggup kulalui tatkala ku lemas dalam banjir kepiluan lantaran kelemahan diri.

Aku redha, aku telah lebihkan berserah kepada mu tuhan yang Maha Kaya dan Maha Penyayang.. ku akur dalam mendaki puncak cinta yang kau hamparkan dengan jalan berduri bagi hamba yang kau kasihi ya tuhan...jalan lebar yang licin pula bagi hamba yang kau murkai.. bukan pepatah 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' yang dimaksudkan tapi itulah hakikat betapa payah dalam mencari redha mu yang sering buat ku tertanya... " adakah aku hamba yang kau kasihi yang mensyukuri nikmatmu? atau hanya makhluk yang jijik kotor lagi belum puas menelan buah dosa...?'

"Ya Allah, redhakanlah perhubungan ku bersama isteriku.. sekiranya aku tersilap pilihan, doaku padamu..ubahlah takdirmu untukku supaya dia benar-benar menjadi jodohku agar segala yang duka itu menjadi suka...dan peliharalah setiap umat islam dari dosa yang akhirnya menghancurkan diri mereka sendiri...sinarilah hati kami dengan cahaya iman, ampuni kami ya Allah, ampuni kami... ampunilah kami.... amin."

1 nice comments:

syahid on 10 November 2008 pada 8:07 PTG berkata...

assalamualaikum. ayat yg sgt menusuk kalbu..
semoga bahagia ye :)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template