Isnin, 23 Februari 2009

Aku Juga Insan Biasa...

malam ku disinari cahaya kasihMu
dalam keterpaksaan aku mengikis luka lalu agar terus terpadam dari diari hidupku
namun ku akui
aku juga insan biasa yang kadang2 rapuh meniti dunia yg sudah tidak seindah dahulu
rapuh mencari alasan dari peristiwa iu untuk kuberpaling dari hidayahMu
kuhulurkan tanganku padaMu
mudah sahaja Kau mendekatiku
tanpa sebarang syarat seperti yg mereka pinta padaku
aku juga insan biasa
yg ingin bersama dalam berkongsi suka dan duka laraku
cerita2 hebat dari sudut serpihan waktuku
aku juga insan biasa yg mengagumi hambaMu
yg tega dalam perjuangan nya
yg indah dalam khusyuk bertasbih memujiMu
yg leka dengan dakwah padaMu
aku juga insan biasa yg ingin jadi pilihan sang Sunan di tingkap keagunganMu
si dia yg meratib butir2 putih atas sejadah tahjudnya
namun, siapalah aku
yg masih disini
mengira batas waktu untuk ku berdiri
mengorak langkah setapak lagi
untuk melamar redhoMu
satu sahaja keyakinanku padaMu tuhan
redhoMu, perhatianMu serta keampunanMu sentiasa ada untukku
andai yg datang itu takdirku, berilah aku keyakinan
andai itu takdirku, berilah aku kekuatan
andai itu takdirku, semoga ia adalah terbaik daripadaMu
wahai Tuhan yg Maha Indah
kerana aku ini insan biasa....

2 nice comments:

Tanpa Nama berkata...

aku juga insan biasa...
punyai fitrah sebagaimana biasa...
usai waktu semuanya biasa...
itu biasa...
ini biasa...
namun..
yg ptg hati...
kuatkan hati...
bulatkan tekad...
pastikan ape yg kita nak...

p/s xmerujuk pada sape2 ye.reply sjk ni je.hehe

shahadah on 27 Februari 2009 pada 1:25 PG berkata...

assalamualaikum cik misery..sungguh misteri dirimu. hehe. terima kasih kerana memberi peringatan...saya akan igt tu..kita punya fitrah yg biasa. yg penting hati :)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template