Jumaat, 17 Oktober 2008

MASA SILAM?

assalamualaikum...
semoga harini lebih baik dari yg semalam...
semoga hari ini, Allah masih berkenan untuk pelihara kita daripada terbiar sepi tanpa bimbingan..
semoga hari ini juga kita masih diberi peluang untuk terus beramal..dan semoga juga, Allah kurniakan kita hati yg tetap dalam menyintaiNya, takut padaNya dan mengharap dengan tulus ikhlas...


masa silam...
sy percaya bahawa setiap insan itu mempunyai masa silam nya masing2. dosa dan noda serta kegagalan hari semalam adakalanya menghambat perasaan yg sudah tenang ketika ini. ada juga hari semalam adalah penganiyaan dari manusia yg kejam..lalu harga diri rebah ditangan insan yg tidak bertanggungjawab..

dalam meniti hari, perasaan dan hatinya sering tergugat..
tertekan, marah, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yg timbul..sememangnya hati itu adalah organ yg mempunyai memori..
bukan mudah nk lupa semua tu. bagi mereka yg kuat pegangan agamanya, mgkn akan kembali pada Allah. kerana Allah la sebaik2 tempat mengadu dan berharap. segala keperitan dicurahkan.
terasa ada embun dingin menitis tatkala Allah beri ketenangan. terasa tangan Allah membelai lembut lalu pergilah derita itu...namun mgkn sebentar..atau mgkn selamanya rasa itu pergi.
namun xkurang juga yg terus berserah pada nasib..
Ahh!! biarlah..
nak buat macam mana..dah nasib..
aku dah buat dosa..xde sape yg nak terima aku..aku dah pernah gagal..mana ada orang nak hormati aku lagi..biarlah..alang2 jadi jahat dan bodoh, baik teruskan...

sedih..mgkn ada yg begitu..

namun yakinlah..
Allah itu sempurna dan Dia tidak akan rugi apa2 hanya kerana masa silam kita yg sudah berlalu itu.
sy teringat pesanan seorg sahabat..
Allah tidak pernah melihat cerita semalam. tapi Dia melihat bagaimana kita bersungguh2 untuk keluar dari situ. tujuannya ada..iaitu menuju kebaikan..tapi sejauh mana kesungguhannya, Allah sahaja yg menilai..
ibarat memandu kereta..terus lihat kedepan..tapi jangan pula lupa untuk pandang cermin sisi dan belakangnya..
ibaratnya, hidup ini perlu diteruskan..tapi sekali sekala, pandang lah jg kebelakang, agar yg SILAM itu tidak berulang. dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk masa hadapan..

Allah, ALLAH, Allah........
itulah sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolngan..

"segala puji bagiMu Tuhan sekalian alam..

yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..


Tuhan yg Memiliki hari pembalasan...


hanya pada MU kami sembah..


dan hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan..


tunjukkanlah kami jalan yg lurus..


jalan yg Kau beri nikmat pada mereka..


bukan mereka yg Kau murkai..


dan bukan jua mereka yg sesat.."

AL-FATIHAH (1-7)

0 nice comments:

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template