Ahad, 23 Ogos 2009

40 tahun Al-AQSA


Assalamualaikum wmt wbt.
Salam Ramadhan,
from akh Ajil (myThullabi)
"Sebagai rakyat Malaysia kita sentiasa mengingati tarikh 31 Ogos
Sebagai Muslim kita hendaklah sentiasa mengingati tarikh 21 Ogos..."
21 Ogos - Hari Palestin Sedunia
digalakkan memakai baju/tshirt palestin atau baju hitam, muffler palestin (scarf corak serban), button badge, dan menampal sticker kereta pada hari tersebut.

1. Cuba kita bayangkan sekiranya Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita.

2.. Ramai yang lupa bahawa genap 40 tahun yang lalu (21 Ogos 1969) Masjidil Aqsa telah dibakar oleh pelampau yahudi bernama Micheal Denise Rohan

3. Aksi biadab tersebut telah memusnahkan lebih sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi. Antara warisan berharga yang musnah ialah Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang dibina sempena kemenangan Salahuddin al-Ayyubi dalam peperangan salib di Palestin ketika pemerintahan Sultan Nuruddin al-Zinki, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

4. Michael Rohan telah ditangkap tetapi telah dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa sebagai perintah dari tuhan. Mahkamah Israel memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke negara asalnya.

5. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

6. Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada hari itu dengan sengaja telah menutup saluran paip air menuju ke Masjid Al-Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancang dapat terus membakar keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

7. Pembakaran Al-Aqsa telah menundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari negara Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur. Para pemimpin negara-negara Islam telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan Organisation of Islamic Conference - OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid Al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya keputusan-keputusan itu semuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan..

8. Pejuang palestin menamakan 21 Ogos setiap tahun sebagai hari Palestin Sedunia

9. Pada 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.

10. 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis Israel dan di dalam Masjid Al-Aqsa mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi mereka.

11. pada September 2000, mantan PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang sangat ketat dari pasukan militari rejim Zionis Israel telah melakukan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Beliau telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa (kebangkitan rakyat Palestin).

USAHA KITA

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:

1. Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid Al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.

2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.

3. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid Al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.

4. Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari Al-Aqsa Sedunia pada 21 Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.

5. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid Al-Aqsa.

6. Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian Al-Aqsa.

7. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

8. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

9. Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan Al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

10. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid Al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

11. sebarkan maklumat ini..

saluran rasmi untuk derma palestin (dijamin sampai Palestin)
http://fast2fund. blogspot. com/ (derma Ramadhan Palestin)
rujukan:

2 nice comments:

rahman bashri on 27 Ogos 2009 pada 4:24 PTG berkata...

sakit mata nak baca...hehehehe...

shahadah on 28 Ogos 2009 pada 3:16 PG berkata...

hehe..dah tukar font.aku ciplak template ko..

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template