Selasa, 28 Oktober 2008

ISLAM KU TERCINTA

Masih terngiang kebenaran As-Siddiq. Masih terbayang ketegasan Al-Faruq. Masih terkesima pembunuhan Zurunurain yg lemah lembut dan masih terasa ketidakadilan kuasa di zaman Ali bin Abi Talib.

Daulah Abbasiyah menyaksikan kebangkitan Islam yg terulung selepas kejatuhan Umayyah. Islam bersinar serata dunia. kemewahan dan ilmu dinikmati, maruah dijunjung serta islam dihormati dan diikuti. lahirlah saintis dan para ilmuan muda, mujahid jiwa membara membawa kemegahan LAILAHAILLALLAH!!

Namun, Turki Uthmaniyyah tersungkur di medan penjajahan barat. KEMALISM dibawah Mustafa Kamal Atartuk muncul. azan diharamkan berbahasa arab, sistem khalifah dimusnahkan, dan sufi dikritik dengan kononnya relavan sains oleh si Putih. Sa'id Nursi bersuara saat khalifah tercinta dihancurkan dan Turki dipisahkan dari dunia Islam.

Rashid Ridho dan Muhammad 'Abduh bangkit menetang pengaruh imperialism. Al-Banna si pemikir jauh lahir disaat gelora Islam semakin goyah. Mesir jadi saksi ke atas sekularism pemisahan agama dari dunia. sokongan kepada British semakin membara.

Namun, usrah tempias madrasah Rasulullah menyusul. Reformasi individu muslim menjalar dalam diri ummah. lalu terbentuklah komuniti Islam. Ikhwanul Muslimin merendah diri dan Islam terus disedari.

kesedihan kembali melekat dihati. Al-Banna dirampas dan kekejaman politik Mesir mengganas selepas Nuqrashi dibunuh. Hassan Al-Hudhaybi menjadi saksi sahabatnya Al-Banna ditembak dan dibiar tanpa kasih.

menyapu air mata. teguhkan jiwa dan terus berusaha. jihad, perjuangan Ikhwanul Muslimin sekali lagi bermula. perjanjian membntuk negara Islam termateri. Jamal Abdul Naseer berjanji dan piliharaya menyebelahi.

manusia, kala kuasa dan dunia di depan mata. agama tergadai, nyawa dicintai. ikhwanul Muslimin dipenjara dan diseksa semuanya.

namun, risalah Allah tak kan terhenti. idea dan pemikiran mereka tersebar keseluruh benua. jihad tetap diteruskan. biar bergalang derita, biar hilang nyawa, kalimah ALLAH tetap kan dibela!!

KAMI MUJAHID MUJAHIDAH MU! AKAN BERJUANG!!

0 nice comments:

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template