Jumaat, 6 November 2009

Ingat! Berusaha...Allah pasti tolong..



Bismillahirahmanirahiim...
segala puji bg Allah yg memberi ketenangan buat hati2 yg dlm kegelisahan. segala puji bg Nya yg telah memberi kekuatan, kesabaran serta ketabahan buat hmba2Nya dlm melaksanakan urusan agama Nya. segala puji bg Allah yg telah memberi nikmat hidup yg berwarna warni, dan sekali sekala, melemparkan kesakitan dan derita agar manusia xpernah lupa pada tujuan hidupnya. segala puji bg Tuhan sekalian alam yg Maha Agung, Maha mendengar lagi Maha Mengetahui..moga cinta dan rahmatNya sentiasa mekar dikalangan kita..amin..

exam, exam, exam..selamat menghadapi peperiksaan buat akhwat, ikhwah dan semua teman serta mereka yg berada dlm peperiksaan..

tidak lupa pada kak Aisyah Mazlan..selamat hari lahir, moga ada kekuatan untuk mu untuk menghadapi tesis yg hampir siap disamping mendidik kami, anak2 usrah mu..moga usahamu diberkati.

dalam ruang yg masih bersisa, diri ini masih bertatih, mengubati luka lama yg pernah berdarah. kala itu, dakwah dihadapan mata seakan sirna..hubungan baru terjalin, harapnya mendapat redhoNya. alhamdulilah, Dia masih mengasihi hambaNya yg pernah meninggalkanNya..

harapnya, hari esok, cahaya itu masih bersinar, seperti hari ini, masuk kerelung hati, lalu kesejukan membias ketenangan. buat sahabat ku asma', wasiilah dan yg lain, kuharap, kalian tega dengan ujian dari Dia. tanda, tarbiyahNya yg sebenarnya manis bila di renungin dari mataNya..

hidup bukan dua, tapi satu. namun, adakalanya mengejar hati manusia, kita terlupa. namun, lekaslah berusaha kerana Allah kan mengira usaha mu, bukan natijahnya.

teringat pesanan seorang teman yg tidak sekepala namun, karibnya luar biasa.

"ingat! berusaha! Allah pasti Tolong.."

seringkas itukah pesanan dari seorang dia? namun, ringkasan itu lekas masuk dalam jiwa, meresap dalam sanubari. terima kasih atas segalanya. moga ringkasan itu jadi sebati dlm diri..amin..

kepahitan itu, adalah anugerah..kerna dunia mmg tidak pernah behagia melainkan melihat Islam tertegak dgn keadilan..moga kita, saksikannya, seperti kita saksikan perjuangan Pesuruh Allah yg mulia..

p/s: doa, tahajjud, tilawah, zikir..usaha, tawakal..moga berjaya..

3 nice comments:

missnames on 7 November 2009 pada 11:14 PTG berkata...

sya, kita sering lupa..
syaitan berjaya melupakan kita akan sesuatu yang pada masa dahulu sering kita ingat. sesuatu yang menjadi pegangan kita.

sebagai contoh, yong terlupa dan dilupakan oleh syaitan akan kata2 semangat "go asma', Allah sentiasa tolong".

benar, apa yang perlu kita lakukan adalah terus berusaha dan terus melangkah.

semoga di masa yang kritikal ini, kita masih tabah dan cekal dlm mengharunginya. Allah pasti telah menyediakan sesuatu yang belum kita ketahui di hadapan sana...

all the best!

Warkah Biru on 8 November 2009 pada 4:31 PG berkata...

salam yong..mmg benar, kita sering dilupakan dan adakalanya sengaja melupakan bahawa Allah sentiasa disisi..org letak kat handphone, jadi screen, setiap kali rasa xsemangat, bila baca balik yg Allah akan tolong andai berusaha, terus org semanagat kembali. all da best juga buat mu..rindu..moga bertemu di mukhayyam nnti (^_^)

sha berkata...

salam yong..mmg benar, kita sering dilupakan dan adakalanya sengaja melupakan bahawa Allah sentiasa disisi..org letak kat handphone, jadi screen, setiap kali rasa xsemangat, bila baca balik yg Allah akan tolong andai berusaha, terus org semanagat kembali. all da best juga buat mu..rindu..moga bertemu di mukhayyam nnti (^_^)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template