Isnin, 16 Mac 2009

Bagaimana Mendepani Stress Ketika Menghadapi Peperiksaan

Sumber: imotivasi.com

by :Syukri Abdullah


Memang kita sedia maklum betapa stressnya bila berdepan peperiksaan atau lebih tepatnya lagi, final exam. Kekadang rasa nak give up, penat, tak tahan lama. Belajar dan terus belajar dengan sungguh-sungguh, tapi rasa nak give up tu masih terus tegar, kuat menggoda di minda sebab kita berdepan dengan sesuatu yang belum pasti. Jika Anda sedang mengalami situasi di atas, itu tandanya fikiran negatif sedang menguasai diri Anda.

Anda lupa apa impian anda dan Anda dah tak ingat apa matlamat Anda. Selain itu, Anda kuat berusaha, tapi tak kuat seronokkan diri. Kesannya, Anda jadi tertekan. Stamina mental Anda menghilang, sebab minda Anda jauh dari mengingat matlamat Anda.

Untuk kuat berdepan stress ketika menghadapi exam, beritahu diri Anda biarlah Anda kerja keras kali ni sebab Anda akan bersuka ria bila exam tu dah habis. Jadi, kita balun hari ni, esok kita akan berhepi-hepi. Kita study betul-betul hari ni, nanti lepas paper habis, baru kita relaks betul-betul. Tidur ke, jenjalan ke, borak-borak ke, apa-apa sajalah yang kita mahu.

Stress akan timbul bila kita asyik menumpu pada belajar dan terus belajar tanpa pernah memikirkan untuk menikmati sedikit keseronokan dalam proses menyiapkan diri menghadapi exam. Kita akan jadi tertekan, sebab tak nampak sebab untuk kita berusaha keras (tanpa pernah terfikir ada peluang untuk berseronok selepas itu). itulah sebabnya jika Anda tak mengingatkan diri apa impian Anda dan membaca matlamat Anda.

Rasa bahagia dan gembira memberi kuasa lebih kuat dari rasa tertekan. Ketenangan yang muncul dari rasa gembira membuat Anda konsisten berusaha, konsisten belajar untuk bersedia menghadapi exam nanti. Amalkan ‘work hard in smart way’.

Dalam kita kerja keras, kita seronokkan diri sendiri. Baru ada keseimbangan. Jangan seronoknya pulak yanng lebih, konpom haru biru Anda nanti.

Anda, jangan terlalu tertekan study. Anda sepatutnya tak perlu tertekan. Carilah cara bagaimana Anda boleh menggembirkan diri sendiri untuk 10 minit selepas 1 jam memerah otak untuk study. Kita usaha kuat, bergembira pun kena kuat walaupun bergembira sekadar 10 minit saja. Pentingkan kualiti dari kuantiti.

Baca banyak kali matlamat Anda supaya Anda bersemangat sentiasa. Fikirkan masa depan Anda, keluarga dan orang-orang yang Anda sayangi. Dedikasikan pencapaian Anda untuk mereka, moga mereka bangga dengan Anda. Biar kita susah dulu, supaya kita senang kemudian.

4 nice comments:

Unknown on 16 Mac 2009 pada 7:50 PTG berkata...

kalau final exam aku jarang stress...orang yang selalu stress ini selalunye tidak membuat persediaan lebih awal...ape-ape pun good job my freind...

shahadah on 16 Mac 2009 pada 8:09 PTG berkata...

salam man. hm..betul la tu. org yg stress sgt nih sbb xprepare awl2. so in case kalau yg ade, diorg leh maintain stress tu kalau baca nih. hehe. ke sbb ko org pndai.huhu

Tanpa Nama berkata...

salaam... skrang ni pun sdg stress, byk keje yg menunggu utk di settlekn.. tp kalo dipk kn blik, actually, stress ni dtg ble kite x proper plan mse kite... so, lesson heer is mange ur time wisely....

shahadah on 19 Mac 2009 pada 1:08 PG berkata...

salam nur_mirwana. betul tu. student yg baik kene manage masa dengan betul tpi mgkn ada sesetengah perkara yg buat kita tertangguh. mcm personal problem. tpi insyaallah. biar sikit2 tpi kerap itu lebih baik daripada banyak2 tpi sekali gus. kan? (^_^)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template