Jumaat, 31 Oktober 2008

Kenapa Melayu Susah Kahwin??



hmmm…. aku x la expert dlm hal ni… tapi sekadar bagi pendapat tu boleh la… pd yg setuju, trimakasih… pd yg marah, hmmm aku tak paksa korg telan bulat2 pendapat aku ni… so, here it is…
1. persediaan nak kahwin yg terlalu cerewet. betul x? yg lakinye disyaratkan kene ada simpanan beribu2 dlm bank, nak kene ada kete, nak kene ada rumah, nak kene keje yg betul2 stabil…. come on la, zaman dulu pun org kawin awal tau..skang ni lagi patut kawin awal sebb byk ‘pintu2′ maksiat depan mata anak muda..dari susah dorg nak kawin, baik buat je ikut nafsu dorg tu… dah masing2 tak tahan diri.. nak kawin kan susah…ha, tu yg jadi gugur ank, boyot b4 kawin…


2.terlalu mengikut adat melayu yg menyusahkan. mane taknye? kene bersanding, kene ada majlis yg besar, duit hantaran bapakla byk kene sediakan..korang x rasa ke ni membebankan pengantin muda? mana ada org muda yg mampu wat semua ni…lainla kalo org tu anak dato’ or anak jutawan..seelok2nya org islam lebih utamakan yg wajib,ikut alquran n sunnah.. ni yg allah suh, xmau wat.. g wat benda sia2 plak.


wowowo... jgn emo ye, ni la padahnye terlalu menangkan adat merapu... eh silap, adat melayu yg bukan memudahkan tp menyusahkan diri. ingat, kalo kita yg mencampakkan diri kita kelembah kesusahan, pastinya kesusahan jugalah yg kita dpt sbg habuannya..
pikir camni, duit boleh dicari... aku ada kenal sorng budak 19 tahun dah kahwin, (tp blm 'buat' anak lg la..) tp dia tolong bapak dia berniaga, alhamdulillah.. bhagia je dia..
mulanya dia knal sorg ppuan, dia mula berkwan. jumpa ayh ppuan ni, risik nk bertunang. tau ayh ppuan ni ckp ape? " tak payah tunang2 ni, aku tak pcaya budak skang ni. kawin jela lg baik..". 'tp sy baru abis belajar, keje pun dgn ayh, keter, rmh sume belum ada..' balas dia merendah diri..."alah, rezeki tu hak Allah. tu boleh cari kmudian". c?? simple kan? mmg sukar nk lepaskan ank dra. tp kalo simpan sampai tua pun apa faedahnye? tp si ayh tu pun tgk la background laki tu dlu.. bukan ape takot slah pilih..


kalo xyakin gak, buat jela surat aku janji yg mgatakan dia akn jaga istrinya ckup dr segala aspek ikut kmampuan. ni bagi kes ank dra yg xnak laki lain dah.. dah dia nak yg tu, bg jela kalo x kang dia mbeontak lak.. same gak, susah kan? jln terbaik, bg nasihat dlu..bgtau yg pkahwinan ni bg ppuan bia skali je, ni bkn suka2.. tp dgn psgn tu la dia akn hidup bersama hingga ujung nafas hendaknya.. salurkan rs hati dorg ni ke arah yg baik, jgn lwn arus...
kalo tak setuju, sukati korgla…

Khamis, 30 Oktober 2008

terima kasih hati...

terima kasih lah hati..kerana menemani aku dikala berduka..dikala aku goyah dengan peristiwa lalu..dikala terasa aku keseorangan..terima kasihlah hati kerana bila aku jatuh cinta, kau jadi pendamping ku..melayan perasaan yang berbunga seperti sakura yang mekar indah di musim salju..terima kasihlah hati kerana disaat dendam menjelma, kau pujuk aku agar belajar memaafkan..terima kasihlah hati kerana masih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan untuk ditangisi...sungguh! aku hanya punya hati untuk ku kongsi tentang ceritera cinta dan lara ku..terima kasih lah hati...semoga ALLAH beri mu cahaya yg akan menerangi seluruh kehidupanku..dan kita kan merasa kemanisan iman yg teragung buat RABB yg Maha Suci..
terima kasih lah hati...

Rabu, 29 Oktober 2008

bukan cinta yg dikejar, tetapi akhlak indah persis wanita solehah..

Dari jauh dia sudah tersenyum lebar..hampir tergopoh gapah mendapatkan aku.. "aduh, penatnye sha..camner exam awak tadi? best tak?" dia bertanya. nampak berseri dengan kurung warna merah jambu ditubuh..lesung pipitnya semakin dalam bila dia tersenyum.." awak ni ida, kalau ye pun, rehat la dulu..macam org kene kejar. mesti ada citer best ni.." aku menduga. sememangnya sahabatku yg ini, sentiasa ceria. tangisnya ceria, dukanya ceria, yg gembira, lagi lah ceria. "awk ni macam tahu je. hehe..sebenarnya kan...saya...hehe.." dia senyum panjang. macam sampai ketelinga. geli hati melihat dia begitu. "asal? jumpa kekasih hati ke? atau Suhaimi inteam dh terima awk jadi isteri nombor 2 dia.." aku mengusik..si ida ni, rasanya artis nasyid, mmg dia suka. bila diorg dh kawin, mulalah frust. tapi frust sekadar cmtu je. xdelah nangis2..maklumlah..cinta xberbalas..macam2.. (^_^). "awk ingt is? dia pernah jadi committee waktu pesta konvo haritu..awk ingt x..yg comel je. pendiam.." aku menongkat dagu, cuba mengingat kembali.." is..is..is...hm..budak engineering ke?" "ha'ah!! pandai pn awk..awk tahu kan dia kawan ngn sy..tapi sy nk bgth awk..yg dia......hehe..dia...." ish!! budak ida ni..itulah dia. cakap teragak-agak..rasa geram bila kena teka-teka.." cakap jelah sayangku..dia lamar awk ker?" aku terpaksa teka walaupun tekaan itu macam xsesuai dengan ida yg agak kebudak-budakan tu. ida membetulkan kerusi, mahu betul-betul mengadap aku dihadapannya. sambil mengalihkan beg kesisi, kulihat wajahnya berubah serius.kenapa plak la budak ni..biasa xmacam ni. xkan aku salah cakap kot. "kenapa ida? sy salah teka ke?" aku bersuara memujuk. walaupun dia bukan perajuk.."sha, sy rasa terharu dan bersyukur sgt. selama ni sy kejar lelaki yg baik. walaupun sy xpernah couple dan meluahkan perasaan sy, tapi semua itu agak menganggu hidup sy. sy bimbang andai tiada raja penghias hidup sy nanti..." aku mendekatkan muka. ingin mendengar lagi.."sha, selama ni ada org yg tunggu sy..dan dia mmg seorg yg baik..sy betul-betul xsangka.." hm...aku cuba memahami gelodak perasaan yg ida alami ketika itu.."habis masa sy berfikir, berkawan ngn bukan2 org, habis duit dan waktu..sy rasa macam xlayak untuk org yg setia macam is.."aku genggam tangan ida. aku nmpak wajahnya benar-benar berlainan dari biasa. "ceritakanlah ida pada sy.. apa yg menyebabkan awak rasa cmtu. dan apa yg berlaku.." citerlah..sy xpernah tgk awk begini.." dia mula mengangkat wajah..merenung aku."sha, benarlah kata-kata.... SAMBUNG....

Selasa, 28 Oktober 2008

ISLAM KU TERCINTA

Masih terngiang kebenaran As-Siddiq. Masih terbayang ketegasan Al-Faruq. Masih terkesima pembunuhan Zurunurain yg lemah lembut dan masih terasa ketidakadilan kuasa di zaman Ali bin Abi Talib.

Daulah Abbasiyah menyaksikan kebangkitan Islam yg terulung selepas kejatuhan Umayyah. Islam bersinar serata dunia. kemewahan dan ilmu dinikmati, maruah dijunjung serta islam dihormati dan diikuti. lahirlah saintis dan para ilmuan muda, mujahid jiwa membara membawa kemegahan LAILAHAILLALLAH!!

Namun, Turki Uthmaniyyah tersungkur di medan penjajahan barat. KEMALISM dibawah Mustafa Kamal Atartuk muncul. azan diharamkan berbahasa arab, sistem khalifah dimusnahkan, dan sufi dikritik dengan kononnya relavan sains oleh si Putih. Sa'id Nursi bersuara saat khalifah tercinta dihancurkan dan Turki dipisahkan dari dunia Islam.

Rashid Ridho dan Muhammad 'Abduh bangkit menetang pengaruh imperialism. Al-Banna si pemikir jauh lahir disaat gelora Islam semakin goyah. Mesir jadi saksi ke atas sekularism pemisahan agama dari dunia. sokongan kepada British semakin membara.

Namun, usrah tempias madrasah Rasulullah menyusul. Reformasi individu muslim menjalar dalam diri ummah. lalu terbentuklah komuniti Islam. Ikhwanul Muslimin merendah diri dan Islam terus disedari.

kesedihan kembali melekat dihati. Al-Banna dirampas dan kekejaman politik Mesir mengganas selepas Nuqrashi dibunuh. Hassan Al-Hudhaybi menjadi saksi sahabatnya Al-Banna ditembak dan dibiar tanpa kasih.

menyapu air mata. teguhkan jiwa dan terus berusaha. jihad, perjuangan Ikhwanul Muslimin sekali lagi bermula. perjanjian membntuk negara Islam termateri. Jamal Abdul Naseer berjanji dan piliharaya menyebelahi.

manusia, kala kuasa dan dunia di depan mata. agama tergadai, nyawa dicintai. ikhwanul Muslimin dipenjara dan diseksa semuanya.

namun, risalah Allah tak kan terhenti. idea dan pemikiran mereka tersebar keseluruh benua. jihad tetap diteruskan. biar bergalang derita, biar hilang nyawa, kalimah ALLAH tetap kan dibela!!

KAMI MUJAHID MUJAHIDAH MU! AKAN BERJUANG!!
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template