Rabu, 12 November 2008

TEMAN SEJATI





Hidup ini tak akan lelah andai ditemani teman sejati..segala susah dan senang diharungi bersama.segala cabaran dan kejayaan di orak menjadi satu kenangan yg indah. istilah SAHABAT adalah definisi yg paling tepat untuk menggambarkan teman sejati..keakraban sebuah hubungan yg xpernah putus walaupun berpisah didunia, malah kan bertemu pula diakhirat sana.

hatta, Rasulullah tercinta sendiri mempunyai ramai sahabat yg para ulamak dan sejarawan menafsirkan bahawa, keakraban mereka sehingga tidak sanggup melihat sahabat yg lain susah dan menderita walau sedikit pn. perkara yg baik disokong, yg buruk ditegur..sungguh indah persahabatan yg digambarkan..


nabi Adam AS juga ketika dicipta sebagai manusia pertama disyurga kesunyian tanpa teman disisi. melayan resah dan gembira, mengharung langkah-langkah kehidupan dan berkongsi hati dan jiwa. lantaran itu Allah menjadikan Hawa pendamping setia drpd tulang rusuk baginda, tempat terbitnya segala perasaan iaitu paling hampir dengan hati.


kisah ini bukanlah gambaran tentang kisah cinta yg paling agung di abad manusia, tetapi refleksi kelahiran teman sejati dari dalam diri seseorang yg benar-benar mendambakan teman sejati disisi. teman sejati lahir dri hati yg tulus dan suci serta ketinggian peribadi dan pekerti.


bayangkanlah, tatkala bersendiri mengharungi kesusahan, tertekan dengan pelbagai masalah, siapakah orang pertama yg terbayang dimata kita?org2 yg sekurang2nya apabila mengingatinya dapat mengurangkan beban yg digalah, mengatasi kebuntuan diri.

namun, sukarnya mencari teman sejati ibarat mencari mutiara bernilai dilautan. lalu, bagaimana?jawapannya mudah..lahirnya teman sejati adalah dari peribadi yg mulia. andai baik peribadi dan akhlak kita, maka baiklah teman kita. begitu juga sebaliknya. ibarat menanam benih yg sihat, dibajai dengan akhlak mulia dan disirami dengan keikhlasan, maka hasilnya adalah pohonan rimbun yg begitu byk manfaatnya..maksudnya, memberi lah dahulu dengan ikhlas maka yg diterima juga adalah yg baik2 belaka.


persahabatan itu tinggi nilainya. mereka yg bersahabat saling berkorban antara satu sama lain dan mencintai setulus hati. ia adalah amanah yg terlukis dalam janji Allah bahawa mereka yg saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah serta berpisah keranaNya dijamin lindungan 'Arasy di mahsyar kelak. mereka ini saling nasihat menasihati kearah kebaikan serta saling menjaga sahabatnya agar tidak jatuh kelembah kehinaan.

kesimpulannya, teman sejati itu adalah insan yg lahir dari diri sendiri. yg berada disekeliling kita termasuk ibu, ayah, isteri, suami, adik dan sesiapa sahaja. yg paling penting, mereka adalah yg sering memberi sinar dan menghambat mendung yg merentasi dalam kehidupan. dan mereka juga adalah org2 yg sering mendoakan dan menjalinkan hubungannya dengan kita hanya kerana Allah..


wallahualam..
semoga kita beroleh teman sejati dambaan syurga..amin..

FAJAR:ABG LONG

1 nice comments:

alhakim on 14 November 2008 pada 12:05 PG berkata...

kadang2... sahabat tu datang dari jauh, kadang2 dia datang tanpa kita sangka waktu dan tempat asalnya.. tahu2 saja, kita dah jumpa sahabat yang serasi atau mungkin sejati berbanding sahabat yang lain.. kan?? sengaja Allah pertemukan 2 insan, agar kita saling berkenalan dan tolong menolong dalam kebaikan dan cegah kejahatan.

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template