Ahad, 22 Mac 2009

Sebab Kepada Sebuah Perjuangan, Bukan Menurut Sahaja apa Orang Lain Kata

Bimillahirahmanirahim..

assalamualaikum sahabat semua. semoga hari2 yg berlalu menjadikan kita hamba Allah yg lebih baik. malah pegangan hidup dan sebab untuk teruskan hidup ini, semakin jelas bila usia semakin menginjak. jgn jadi seperti "pelompat-pelompat parti", atau "penagih2 hiburan". harga sebuah prinsip dan sebab untuk sebuah kehidupan, senang2 tergadai. belum berjuang, dah pun kalah. itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan TAQLID. percaya dan ikut membabi buta. kalau org lain sogokkan dengan perkara yang lebih 'best', mudah sgt berpaling. saya bercakap dalam konteks hidup. prinsip dan sebab untuk berpegang kepada sesuatu kepercayaan.

"Islam Pusaka"...bak kata org. kebanyakan dari kita org Melayu khususnya, mmg ambil Islam dari pusaka. jadi tidak hairanlah kalau orang yg baru memeluk Islam lebih baik dari orang Islam yg sudah berpuluh tahun. sebab apa? sebab mereka sudah jumpa SEBAB kukuh untuk sebuah pegangan. jadi kalau org lain sogokkan apa2 pun atau hentam mereka dengan idea2 yang leh lemahkan jiwa, mereka tidak mudah kalah dan tunduk.

teringat pulak pada adik saya, bila saya katakan padanya yang saya baru je masuk Islam tahun lepas.(sekadar mengambil analogi sebab dah nampak mengapa kita pilih Islam). terkejut dia. seolah2 selama ni saya bukan Islam je. tpi bukan lah sampai begitu. cuma itulah yang saya rasa bila sudah nmpak mengapa Islam tu unggul sampai ke hari ini.

Dalam arus kemodenan kini, kita lihat juga arus Tajdid seiringan bergerak agar Islam tetap unggul. saya rasa, masih ramai yang belum faham, kenapalah sesetengah pakcik, makcik, ustaz, ustazah ni dok ceramah sana, gi kelas agama, siap buat majlis2 agama kat kampung dan pelbagai lagi agenda Islam dimana2. pastu bila masuk kampus, banyak pula program2 yang mendedahkan kepada Islam sebenar. ade seorang sahabat sy kata "alaaa...ko boleh la handle program2 macam tu dan masuk kelas2 agama begitu. ko kan baik. aku malas la" (lebih kurang la ayatnya). saya terfikir pulak. eh? bukankah itu tanggungjawab? seorang Daie(pengajak kepada kebenaran) dan amanah dari Allah?

apa yang kita boleh dapat dari ayat kat atas? sesetengah dari kita belum faham tujuan hidup. belum ada sebab kukuh untuk berpegang kepada Quran dan Sunnah. malah belum cukup tetap dalam merealisasikan setiap detik2 kehidupan dengan Islam sebenar yg dibawa oleh Rasulullah dan rasul2 terdahulu. bimbang2...risau2..takut kalau xnampak sebab, mudah sgt beralih arah.

kat sini, saya cuma cakap tentang mengapa seseorang mudah berpaling dari pegangan yang dia pegang. mgkn sahabat lain ada idea dan cara untuk selesaikan, sila lah kongsi disini. semoga bermanfaat pada orang lain juga..insyaallah.

saya akui, sejak masuk kampus beberapa tahun yang lalu, saya alhmdulilah faham mengapa perlu berdakwah. dan saya faham apa yang ingin pendakwah capai dalam misi dakwah ni. banyak ayat2 Al-Quran yang menerangkan mengapa perlu berdakwah. hukumnya adalah WAJIB. seperti tertera dalam surah An-Nahl:125.

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)
"serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara hak dan batil) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yg lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk".

Surah Ali Imran:110


كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)
"kamu (Umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah org2 yang fasik"

surah Al-Baqarah: 143


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ ...........
" dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul (Nabi Muhammad SAW) menjadi saksi atas perbuatan kamu. .............."

Allah menjadikan kita umat pertengahan, yang sederhana agar layak untuk berdakwah pada yg lain. Allah menjadi saksi kepada dakwah Rasulullah dan Rasulullah menjadi saksi atas dakwah kita kepada ummah.


sudah terbukti bahawa, mengajak kepada kebenaran dan mencegah keburukan adalah wajib. namun, apa aim kita? apa target kita? objektif dalam berdakwah dan mengajak kepada kebenaran? semata2 TAAT pada perintah Allah sahajakah? tidak...kita memang DENGAR dan TAAT. tapi kita mahu Islam unggul, pesat, bersih dari anasir yg tidak Islam malah menjadi pujaan dan budaya semua makhluk dalam dunia ni.

saya percaya sahabat2 yg lain sudah maklum dengan ISK. INI SEJARAH KITA. kenapa kita kene belajar sejarah Islam? apa relevan nya? sebab sejarah itu akan berulang. cumenya watak dan masa yang berbeza. kalau kat sekolah dulu, kita belajar sejarah sikit2 je. xnampak seluruhnya dan kaitannya dengan Islam. tpi sebagai umat Islam, carilah sejarah kita yang semakin kita lupakan. kerana Islam pernah menjadi tamadun. kiranya mcm tamadun barat sekarang la. semua orang pun nak ikut budaya Islam pada masa tu. di zaman Abbasiyah, umat Islam adalah umat yg kaya raya. orang miskin tidak ada. ilmu pun orang barat pinjam dari kita. malah pakaian dan segala macam infrastruktur, kita yang menjadi idola. so....dakwah, dakwah juga. objektif dan aim, jgn lupa. target nya, dapat tamadun Islam. insyaallah. waktu tu, iman dan Islam menjadi penggerak ummmah dan rakyat. dah xde rasuah. dah xde rompakan dan pembunuhan. dah xde orang miskin hidup melarat sebab sedekah banyak sgt dan sebagainya. bayangkan, letakkan dalam hati dan masukkan impian ini dibawah minda sedar sahabat2 sekalian. mesti jadi realiti. insyaallah. haih..hidup pn aman je nak beribadah (^_^)

so? kesimpulannya apa? hehe..jika anda mahu percaya sesuatu, carilah sebabnya. sebab yang kukuh untuk sebuah kepercayaan. so, nanti kalau orang hentam kita, kita boleh la debat balik. silap2, dia pulak yang ikut kita. tapi biarlah kerana Allah sebabnya. dan kerana Islam tercinta.

nasihat buat saya juga..kalau buat sesuatu, fikirkan apa faedahnya. kalau ade sebab yang baik, buat lah, moga nya takkan sia2. tapi kalau mcm samar2 je kesannya, susah jugak nak berpegang pada amalan tuh.. semoga terus mencari dan istiqamah dalam Islam.

kalau ade kawan2 yang ade idea macam mana nak selesaikan masalah xde sebab dalam berpegang dengan sesuatu perkara nih, jgn lupa kongsikan tau! (^_^)V (peace!)

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

Minda Tajdid: Dr. MAZA

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, pihak Mingguan Malaysia tidak menyiarkan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu ini yang bertajuk: Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua.

Artikel ini sebenarnya mustahak dibaca terutama menjelang pemilihan dalam perhimpunan agong UMNO kali ini. Dinasihati para pemimpin UMNO dan perwakilan membaca artikel ini sebelum meneruskan perjuangan atau membuat pemilihan mereka.

Pihak DRMAZA.COM amat berdukacita kerana artikel ini tidak dapat dibaca melalui Mingguan Malaysia, maka dengan itu mereka yang melayari internet tidak memperolehinya. Pohon jasa baik pembaca mengedarkan artikel tersebut.


Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.

Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.

Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.

Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.

Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.

Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.

Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.

Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.

Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.

Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)

“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.

Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.

Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.

Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”

Isnin, 16 Mac 2009

Bagaimana Mendepani Stress Ketika Menghadapi Peperiksaan

Sumber: imotivasi.com

by :Syukri Abdullah


Memang kita sedia maklum betapa stressnya bila berdepan peperiksaan atau lebih tepatnya lagi, final exam. Kekadang rasa nak give up, penat, tak tahan lama. Belajar dan terus belajar dengan sungguh-sungguh, tapi rasa nak give up tu masih terus tegar, kuat menggoda di minda sebab kita berdepan dengan sesuatu yang belum pasti. Jika Anda sedang mengalami situasi di atas, itu tandanya fikiran negatif sedang menguasai diri Anda.

Anda lupa apa impian anda dan Anda dah tak ingat apa matlamat Anda. Selain itu, Anda kuat berusaha, tapi tak kuat seronokkan diri. Kesannya, Anda jadi tertekan. Stamina mental Anda menghilang, sebab minda Anda jauh dari mengingat matlamat Anda.

Untuk kuat berdepan stress ketika menghadapi exam, beritahu diri Anda biarlah Anda kerja keras kali ni sebab Anda akan bersuka ria bila exam tu dah habis. Jadi, kita balun hari ni, esok kita akan berhepi-hepi. Kita study betul-betul hari ni, nanti lepas paper habis, baru kita relaks betul-betul. Tidur ke, jenjalan ke, borak-borak ke, apa-apa sajalah yang kita mahu.

Stress akan timbul bila kita asyik menumpu pada belajar dan terus belajar tanpa pernah memikirkan untuk menikmati sedikit keseronokan dalam proses menyiapkan diri menghadapi exam. Kita akan jadi tertekan, sebab tak nampak sebab untuk kita berusaha keras (tanpa pernah terfikir ada peluang untuk berseronok selepas itu). itulah sebabnya jika Anda tak mengingatkan diri apa impian Anda dan membaca matlamat Anda.

Rasa bahagia dan gembira memberi kuasa lebih kuat dari rasa tertekan. Ketenangan yang muncul dari rasa gembira membuat Anda konsisten berusaha, konsisten belajar untuk bersedia menghadapi exam nanti. Amalkan ‘work hard in smart way’.

Dalam kita kerja keras, kita seronokkan diri sendiri. Baru ada keseimbangan. Jangan seronoknya pulak yanng lebih, konpom haru biru Anda nanti.

Anda, jangan terlalu tertekan study. Anda sepatutnya tak perlu tertekan. Carilah cara bagaimana Anda boleh menggembirkan diri sendiri untuk 10 minit selepas 1 jam memerah otak untuk study. Kita usaha kuat, bergembira pun kena kuat walaupun bergembira sekadar 10 minit saja. Pentingkan kualiti dari kuantiti.

Baca banyak kali matlamat Anda supaya Anda bersemangat sentiasa. Fikirkan masa depan Anda, keluarga dan orang-orang yang Anda sayangi. Dedikasikan pencapaian Anda untuk mereka, moga mereka bangga dengan Anda. Biar kita susah dulu, supaya kita senang kemudian.

Rabu, 11 Mac 2009

JEMPUTAN KHAS UNTUK KALIAN!!

NURIZZ

JEMPUTAN KHAS UNTUK KALIAN!!


Jemputan khas daripada Jawatankuasa Pelaksana Program Maulid Nabi UIAM:

12.MAC.2009
MAIN AUDI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
8.30 pm-11.00 pm

100 tetamu pertama akan mendapat special door gift!!
Terbuka kepada pelajar UIA dan pengunjung luar
Anjuran : Persatuan Pelajar Undang-undang UIAM
*mohon disebarkan

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template