Ahad, 23 Ogos 2009

40 tahun Al-AQSA


Assalamualaikum wmt wbt.
Salam Ramadhan,
from akh Ajil (myThullabi)
"Sebagai rakyat Malaysia kita sentiasa mengingati tarikh 31 Ogos
Sebagai Muslim kita hendaklah sentiasa mengingati tarikh 21 Ogos..."
21 Ogos - Hari Palestin Sedunia
digalakkan memakai baju/tshirt palestin atau baju hitam, muffler palestin (scarf corak serban), button badge, dan menampal sticker kereta pada hari tersebut.

1. Cuba kita bayangkan sekiranya Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita.

2.. Ramai yang lupa bahawa genap 40 tahun yang lalu (21 Ogos 1969) Masjidil Aqsa telah dibakar oleh pelampau yahudi bernama Micheal Denise Rohan

3. Aksi biadab tersebut telah memusnahkan lebih sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi. Antara warisan berharga yang musnah ialah Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang dibina sempena kemenangan Salahuddin al-Ayyubi dalam peperangan salib di Palestin ketika pemerintahan Sultan Nuruddin al-Zinki, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

4. Michael Rohan telah ditangkap tetapi telah dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa sebagai perintah dari tuhan. Mahkamah Israel memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke negara asalnya.

5. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

6. Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada hari itu dengan sengaja telah menutup saluran paip air menuju ke Masjid Al-Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancang dapat terus membakar keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

7. Pembakaran Al-Aqsa telah menundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari negara Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur. Para pemimpin negara-negara Islam telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan Organisation of Islamic Conference - OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid Al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya keputusan-keputusan itu semuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan..

8. Pejuang palestin menamakan 21 Ogos setiap tahun sebagai hari Palestin Sedunia

9. Pada 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.

10. 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis Israel dan di dalam Masjid Al-Aqsa mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi mereka.

11. pada September 2000, mantan PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang sangat ketat dari pasukan militari rejim Zionis Israel telah melakukan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Beliau telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa (kebangkitan rakyat Palestin).

USAHA KITA

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:

1. Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid Al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.

2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.

3. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid Al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.

4. Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari Al-Aqsa Sedunia pada 21 Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.

5. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid Al-Aqsa.

6. Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian Al-Aqsa.

7. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

8. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

9. Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan Al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

10. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid Al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

11. sebarkan maklumat ini..

saluran rasmi untuk derma palestin (dijamin sampai Palestin)
http://fast2fund. blogspot. com/ (derma Ramadhan Palestin)
rujukan:

Khamis, 6 Ogos 2009

MAAF..PERASAAN KU ADA PADA DIA...


Assalamualaikum wbt.

"my dearest sister, in my heart, i wish to be with you forever, to witness your growth, to share all your smile and to feel all your tears. But Allah Knows better, that it can spoil and hold us from sharing similar feeling and contact with many more. So, I redha for it is good for us and the Ummah..Assalamualaikum."
Dah lama kami inginkan pertemuan. ziarah Qudama' hari tu, telah membuka ruang silaturrahim buat kami hingga ada yg menitiskan air mata. kenapa? ketika inilah kami berkongsi segala suka dan duka. senyuman dari bibir tidak pernah lekang lantaran menyambut tangan2 baru dan wajah2 yg belum kami kenali. dalam hati kami.." datanglah pada kami. kita kan sama2 beramal dan mengurus ummah. serta beramal untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini dengan aman"

ziarah? setakat ziarah je dik? tak lah. kami berkongsi segalanya dan bersama merancang masa depan Islam kak..

Kebersamaan

pilih lah untuk bersama daripada bersendiri. susah dan senang lebih bermakna dengan adanya ukhwah. "jom awak..kita pergi program ilmu malam esok...mahu?"
"hm....saya xmahu lah. ada kerja. lagipun, malas."
Tersenyum.." xpe awak. nanti kita pergi sama2 ye"

" jom awak. harini saya belanja. kita pergi ifthar. mesti ramai orang yang awak jumpa. lagipun awak puasa kan. rindu la nak makan ngn awak" entah keberapa ratus kali saya mengajak. macam2 cara. tapi muka manis masih saya tunjuk. tentu ada peluang untuk sahabat yang saya sgt cinta ini. masih saya mengambil berat. tentang perasaannya, studynya, masalahnya malah kadang2 meraikan dia dengan menonton bersama2.

" hm..tapi...hm..ok lah"

gembira saya bukan kepalang. walaupun bertemu rakan2 yang lain, dia, tidak pernah saya lupa. agar dia tidak rasa terasing. dengan ramai yang tidak dikenalinya. dari jauh, saya perkenalkan dirinya pada sahabat2 yang lain. mereka smbut dengan ramah. dari tadi, dia tersenyum..

"sungguh aku bersyukur, dia sudah semakin mahu jalan ini"

"saya pun tak kenal sgt mereka ni. tapi buat poyo je. hehe" sengaja tidak mahu sekali lagi dia terasing bila saya menegur yang lain.

saya mulakan tarbiyah juga dengan ukhwah. kalau x, xmampu mahu pergi program yang mcm2 ni. tpi alhmdulilah. rindunya tentang ukhwah, sanggup juga kaki melangkah. penat, jauh. tapi bila menatap wajah2 mereka, hilang semua lelah. itulah rahmatnya ukhwah.

" jika melayan orang lain, layanlah dengan penuh kasih sayang. berilah salam dan seyumlah. itulah Islam. biar dia rasa, dia bersama kita. tidak rendah dan tidak tinggi dari kita"

"kalau dia tidak mahu sekarang, bukan dia tidak mahu nanti. sabar sahaja lah. kejap lagi, tentu dia mahu..niat..doa"

Tidak Judgmental

judgmental? ye...berburuk sangka..jangan begitu jika mahu seorang daie..

manusia itu logam. keras, tahan lasak dan baik. tapi mudah juga dilentur. ikut saja acuannya. tapi biarlah acuannya itu Islam.

maksudnya? Manusia itu boleh diubah. namun hidayahnya tetap pada Allah.

teruskan usahamu. teruskan lagi. jangan cepat putus asa. kata ikut cara Rasulullah. rasulullah tidak pernah berfikir yang bukan2 tentang orang yang diajaknya. tapi masih bersangka baik. tetap hemah dan santunnya. boleh jadi mcm Rasulullah? boleh..doa lah..

Perasaan ini Milik Dia

ada hujan semalam. pelik..kenapa bila hujan je ada perasaan yang sgt asyik? bila hujan saja ada memori yg bermain di minda.

bila petir, rasa takut. gelap, hujan lebat, suram..

bila nampak bulan, walaupun sedih, entah mengapa rasanya tenang pula dengan kecantikan cahayanya..

malam dan siang..perasaanya lain. mengapa?

kerana perasaan itu milik ALLAH. Dia yang beri perasaan itu. cinta, sayang, rindu, benci dan semuanya. jadi? jadi..andai sedih menerpamu, sengsara menyelubungimu dan derita ada disekelilingmu, serahkan perasaan itu pada Allah. Doa, tawakal dan redho. jadikan perasaan itu satu pertalian untuk kita sentiasa mengingati Allah. kerana Dia, kita merasa.

takut exam? rasa susah buat assignment? itu juga perasaan...mintalah padaNya. pandanglah rahmat dan kasih sayangNya. susah itu moga Dia kan jadikan indah. takut itu, biar Dia jadikan rasa dilindungi. Sedih itu biar Dia beri rasa dibelai diribaanNya. ya..itu lah Dia. Tuhan yg Maha Mnedengar lagi Maha Mnegetahui..

jadikan kami orang2 yang sabar. yang besar dimata Mu dan manusia disekeliling kami. namun kecil dimata kami. bantulah kami untuk mentaati Mu serta meninggalkan segala dosa besar dan kecil agar kami jadi hambaMu yang bertaqwa. sampaikanlah kami kepada kebaikan. dan jauhkanlah kami dari keburukan. ampunilah kami...amin..

Khamis, 28 Mei 2009

ELAIKA (MUHAMMAD UBAID)


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).


(antara bait2 syair Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)

Tarbiyah Mendidik Manusia

assalamualaikum..dah terlalu lama x update blog nih..semoga masih ada kekuatan untuk terus jadi yg terbaik...amin..

untuk membina diri, kumulai dngan tarbiyah yg diajar oleh Rasulullah..buat sahabat handai dan diriku, tarbiyah lah diri mu dengan bersungguh2. bukan hanya sekadar di mulut, namun biarkan segala amalan fardi itu sebati sehingga begitu resahnya dirimu tatkala kau meninggalkannya...wahai diri..BERJIHAD LAH!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.

Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian :

*Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)

*Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)

*Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)

*Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)

*Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)

*Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)

*Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)

*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.

Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi bagi Allah ia bukan perkara baik.

Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.

Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :

1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.

2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.

3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitan agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati, penyakit dan rawatannya.

4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.

5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.

6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.

7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.

8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.

9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.

10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon keampunan daripada-Nya.

11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.

12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.

Agenda harian ‘Tarbiyah Ruhiyyah’

Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang alpa dari berzikir kepada-Nya.

Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya. Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita perhatikan konsep ‘Tarbiyah Ruhiyyah’ atau pendidikan jiwa untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati Allah SWT.

1- Memelihara solat-solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat.

2- Memelihara amalan-amalan sunnat qabliyyah dan ba’diyyah.

3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.

4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu “Astaghfirullah” sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap Allah.

5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta merenung dan bertadabbur (memerhati) isi-isi kandungannya.

6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat qiyamullail.

7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar hanya kepada Allah SWT.

8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada ditimpa bala Allah.

9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.

10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.

Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu ‘Alam.

source: VF
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template