Rabu, 5 November 2008

pasangan hidup


assalamualaikum....cinta yg hakiki adalah cinta kepada Allah, Tuhan yg Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana..Dia lah pencipta cinta dan kunci bgi setiap hati manusia adalah digenggamanNya..pohonlah doa agar dibuka segala hijab dalam memilih pasangan hidup..sungguh! perkahwinan itu adalah yg terindah bila tujuannya adalah syurgawi dan keimanan..lalui lah setiap perhubungan dengan kemanisan iman..
wallahua'lam..

Hidup lebih indah andai dapat memberi, walau balasan tak seindah pemberiannya. Cukuplah Allah hadiah terbaik di syurga..



Tanda si dia teman sejiwaAdakah si dia wanita atau lelaki impian yang dicari selama ini?



SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya? Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan.

Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan. Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka.Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal.Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.

*** Membaca tanda
Penantian seribu penyeksaan.
Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka.Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin.

Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya. Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu. Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu? Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan. Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

~ petikan KoSmo~ cahayakuiman: 'Apa pun akhirnya sebuah pertemuan itu, pohonkanlah jalan yang terbaik hanya kepada Allah, DIA Maha Tahu segalanya'

bengkoknya wanita

http://www.iluvislam.com/

KaZuDo

editor: NuurZaffan


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?""Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.""Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.""Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.""Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?""Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`.

Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat." "Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim.""Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." "Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

P/s: amik dari www.iluvislam.com
Coretan editor: Penulis asal artikel ini tidak dapat dikenal pasti. Apa yang pasti artikel ini sudah pun dipaparkan di laman web yang lain. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan huraian lanjut berkaitan tulang rusuk yang bengkok, anda boleh melayari laman web ini. Sila KLIK----->
al-ahkam.net

Selasa, 4 November 2008

tulis, hilang nota, tulis lagi.

Terdetik difikiran tentang perasaan yg bakal ku tempuhi nanti. akan tiba rasa bosan atau tiada rasa keseronokan selepas berumah tangga. Sering juga terdengar orang berkata yang kemanisan perkahwinan itu akan mula tawar selepas 6 bulan. Datang lagi bahagia sementara ketika lahirnya cahaya mata yang jadi idaman semua pasangan suami isteri. Namun, risau kembali apabila aku mula 'berjinak' dengan beban yang semakin bertambah atau lebih tepat lagi, tanggungjawab yang harus kupikul.



Adapun takrif kahwin itu berkongsi hidup dan ia mendidikku supaya belajar bertanggungjawab, atau entahla... adakah aku terlalu mentah untuk menilai erti sebenar perkahwinan itu sendiri sungguhpun aku bakal menempuhnya satu saat nanti.. Aku harap jawapannya akan ku temui segera sebelum aku melabuhkan tirai remaja bujang yang penuh lara ini. Aku juga tahu, dihadapanku menanti bermacam lagi situasi susah, takut disamping bahagia yang biasanya kurang kusedari dek kerana kelemahanku yang tidak bersyukur nikmat tak berbayar dari Allah yang Maha Agung dan Maha Luas kerajaannya..



Tertanya aku pada diri, apa sebenarnya matlamat aku berkahwin? adakah tuntutan nafsu remaja semata-mata? "eh, taklah!" pantas aku menafikan persoalan sendiri yang sebenarnya telah punya jawapan itu.. apa aku dapat bertahan selamanya bersama isteriku? atau aku yang pergi meninggalkan dia atas rasa marah hasil pertelingkahan yang tiada penyelesaian? atau aku yang akan ditinggalkan untuk bertemankan 'kesepian'? ah... kenapa perlu aku negatif tentang perkara yang belum pasti? aku mesti bangun, mesti kuat. biar sekuat mana bah kebencian yang terjun dari gunung kemarahan, pastinya empangan kesabaran lah yang harus kupertahankan untuk mengekang perkara yang tak sanggup kulalui tatkala ku lemas dalam banjir kepiluan lantaran kelemahan diri.

Aku redha, aku telah lebihkan berserah kepada mu tuhan yang Maha Kaya dan Maha Penyayang.. ku akur dalam mendaki puncak cinta yang kau hamparkan dengan jalan berduri bagi hamba yang kau kasihi ya tuhan...jalan lebar yang licin pula bagi hamba yang kau murkai.. bukan pepatah 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' yang dimaksudkan tapi itulah hakikat betapa payah dalam mencari redha mu yang sering buat ku tertanya... " adakah aku hamba yang kau kasihi yang mensyukuri nikmatmu? atau hanya makhluk yang jijik kotor lagi belum puas menelan buah dosa...?'

"Ya Allah, redhakanlah perhubungan ku bersama isteriku.. sekiranya aku tersilap pilihan, doaku padamu..ubahlah takdirmu untukku supaya dia benar-benar menjadi jodohku agar segala yang duka itu menjadi suka...dan peliharalah setiap umat islam dari dosa yang akhirnya menghancurkan diri mereka sendiri...sinarilah hati kami dengan cahaya iman, ampuni kami ya Allah, ampuni kami... ampunilah kami.... amin."

Sabtu, 1 November 2008

bidadariku

MUNIF AHMAD-BIDADARI

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Ulang
chorus

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
~Surah Ar-Rahman, 56&57~
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template