Sabtu, 24 Oktober 2009

Empayar Minda Melayu di Alaf Baru



Assalamualaikum..rasanya sudah terlalu lama tidak berpeleseran dengan blog ni. banyak kerja kah? mungkin..banyak faktor lain yg membuatkan diri ini sentiasa berserah padaNya dlm setiap urusan. moga2 selalu begitu. sebulan atau dua bulan yg lalu, ayah saya minta untuk dibelikan buku ini . : EMPAYAR MINDA MELAYU DI ALAF BARU. walaupun pada mulanya rasa mcm kemelayuan sgt untuk membelinya, tapi ayah punya pasal, beli lah jugak. tidak dinafikan, nmpaknya buku ini sgt menarik untuk dibaca. ianya berkaitan dengan kajian2 berdasarkan neuro+psikologi+teknologi+engineering, dan segala ilmu lagi yg fokus nya adalah minda. yang menariknya adalah, ia juga mengupas isu minda itu dengan mengaitkan Islam. itu yg telah memberansangkan saya untuk membaca. tapi belum habis pn..insyaallah nnti. buku ni penuh dengan ilustrasi berwarna warni, jadi tidak lah bosan untuk membacanya. kertasnya pula keras dan sgt berkualiti. kamu cubalah. jika untuk memahami bagaimana barat cuba untuk memanipulasi minda org Islam terutamanya MELAYU..maklumlah. jika sebut melayu, pasti ada saja negatif. dimana silap kita? melayu islam yg susah benar untuk maju..jom kita baca (^_^)

Publisher: Hijjaz Record
Penulis: Prof Dato Zubir Yahya
harga : RM29.90
ms : 198 mukasurat

Selasa, 29 September 2009

Sahabat Sejat: Simfoni Kasih buat kalian..



buatmu teman..maafkan segala salah silapku..sungguh aku xpernah untuk melukaimu. walau siapapun dirimu, aku tetap mengenangmu.moga masih ada waktu untuk bertemu. andai kisah silam itu mampu ku ulangi, pastilah seribu satu cinta akan aku titipkan untukmu.
pastiku biar ia menjadi manis semanis madu sehingga tidak akan terluput lagi kenangan kita bersama.
buatmu teman ku, moga dirimu selalu tenang, diberkati ilahi dan mendapat redhoNya
andai kisah ku tidak sepahit ini, tentu saja kita kan jadi teman sejati lagi hingga tiada bandingan didunia ini.
maafkan atas kelemahan ku, sikapku dan segala2 nya tentangku.
walaupun tidak pernah mengucapkan terima kasih padamu, namun kenangan bersama sentiasa membuatkan aku tersenyum.
tatkala kita cuba memahami sikap dan personaliti masing.
tangis dan rajuk, senyum dan tawa sudah sebati dlm diri kita.
dari mula ku melangkah didunia university hingga dakwah kita, hingga kini hampir tamat sudah perjalanan kita sebagai seorang pelajar.
kuharap masih ada waktu untuk ku beritahu..
bahawa aku sangat cintakan kalian..
moga syurga buat kalian dalam memahami ku sebagai insan yg baru bertatih untuk hidup didunia yg pernah aku takuti. terima kasih atas cerita2 suka dan duka kalian. terima kasih atas perkongsian hati2 kalian dengan ku.
terima kasih atas marah kalian bila ku sedikit degil dan nakal.
terima kasih atas prihatin kalian bila aku sakit.
terima kasih atas nasihat2 yg membina motivasiku untuk bangkit kembali.
percayalah, disudut hati ini, aku menyintai kalian.
cuma aku tidak pandai meluahkan nya pada kalian.
moga Allah menyiramkan rahmat dan CintaNya buat kita.
moga persahabatan dan cinta ini adalah kerna Nya yg Maha Sempurna...

simfoni kasih buat : Om, Kakak, Yong, Nisa, Ida, Kak Kathy dan Dayah.

buatmu juga akhawat tercinta..terutama Kak Saiba dan Kak Wardah sayang..

moga bahagia mengiri kalian..

SEHATI SEJIWA, DULU, KINI DAN SELAMANYA

Kubiarkan kalam berbicara*Menghurai maksudnya di jiwa *Agar mudah ku mengerti *Segala yang terjadi *Sudah suratan Ilahi *Ku biarkan pena menulis *Meluahkan hasrat di hati *Moga terubat segala *Keresahan di jiwa *Tak pernah ku ingini *Aku telah pun sedaya *Tak melukai hatimu *Mungkin sudah suratan hidupku *Kasih yang lama terjalin *Berderai bagaikan kaca *Oh teman, maafkanlah diriku

C/O : *Oh Tuhan

Tunjukkan ku jalan *Untuk menempuhi dugaan ini *Teman, maafkan jika ku melukaimu

*Moga ikatan ukhwah yang dibina *Ke akhirnya *Aku tidak kan berdaya *Menahan hibanya rasa *Kau pergi meninggalkan diriku *Redhalah apa terjadi *Usahlah kau kesali *Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
 
UNIC: Sahabat Sejati

Isnin, 31 Ogos 2009

Harini Aku Bertemu Cinta


harini kubertemu dengan cinta
rindu benar aku padanya..rasa tidak puas lagi walaupun berkali kumenangis
aku kagum dengan kesabaranNya dengan hambaNya
dengan sifatNya yg sempurna
dengan sifat pengasih dan penyayangNya
serta keunikan ciptaanNya

harini aku temui jua cinta
yg ada pada si dia yg akan menjadi putera hidupku
cinta ini moga nya bercambah lagi dengan rahmat dan cntaNya
moga semakin padat hati kami dengan taqwa
semakin cerah jiwa kami dengan iman membunga
indah ditaman syurgawi

harini kutemui lagi cinta
seorg pemuda yg sudah bertemu dgn bidadarinya
penyejuk hati relung jiwanya
sudah berakhir penantian itu
lantaran sang bidadari masih segan silu
hanya menunggu suntingan putera dari kamar bonda

hari ni kutemui cnta, Ansar dan Muhajirin
ukhwah mereka umpama kuku dan isi
seperti tentera yg kejatuhan botol airnya
disempadan peperangan dgn Rom yg berkuasa
lalu semua nya mencedok2 sungai mencari botol air sang sahabatnya
berfikir Rom untuk kabur, bagaimana pula andai seorg dri muslim yg terbunuh?
tentu habis kita!

harini kutemui cinta
cinta pada agama yg mulia
setiap detik dan usaha
adalah untuk nya,
ramai lagi mereka yg sedang mnghlur tangan
minta di beri tarbiyah
lalu kuteringat
kisah nabi ibrahim bersama ismail anakanda tercinta
"Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka sorg rasul dri kalangan mereka yg akan membacakan kpd mereka ayat2 Engkau, dan mengajarkan kpd mrk alkitab dan alhikmah serta menyucikan mrk susungguhnya engkaulah yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (2:129)

lalu doa nya baginda terjawab
bersama debunga2 dakwah rasulullah
hingga termateri sebuah janji
untuk membela agama
"Dialah yg mengutus kpd kaum yg buta huruf seorg rasul diantara mrk
yg membacakan ayat2 Nya kpd mereka
menyucikan mrk
dan mengajarkan kpd meraka Kitab dan al Hikmah
sesungguhnya mrk sebelumnya benar2 dlm kesesatan yg nyata" (aljumu'ah :2)

dan dgn doa ini, lahirlah para sahabat yg dari sekolah tarbiyah rasulullah
mendebunga lagi cinta hakiki
dlm diri insan kerdil
moga cinta2 ini
terus mekar bersama iman dan taqwa..
seperti segarnya mentari pagi membias warna pelangi di embunan sepi...

Ahad, 30 Ogos 2009

Sebuah Komentar untuk "Wanita Berkalung Sorban"





Assalamualaikum..
sebelum puasa haritu, saya telah menonton filem ini. sememangnya tidak kurg hebatnya bagaimana wanita ini memperjuangkan kebebasan sebagai seorang wanita dimata seorang Muslim. pelbagai komentar yg diberikan oleh sahabat2 saya yg melihatnya. kbanyakan daripada mereka, menyatakan negatif. pada saya, filem ini memang menunjukkan banyak perkara negatif ttg Islam yg tidak dijelaskan dengan baik di hujung cerita. namun masih ada sudut positif yg terselit di dalamnya.

Pendapat saya, mgkn permulaan kisah itu menyatakan betapa buruknya Islam pada wanita. namun, adegan selepas itu banyak membuka mata bahawa Islam itu tidak jumud. tapi sebenarnya sgt menghargai wanita, apabila Anisah berkahwin pula dengan seorang lelaki yg soleh. dalam babak seterusnya, filem menunjukkan bagaimana peranan seorang lelaki dalam rumah tangga yg dikehendaki dalam Islam. bukan mendesak atau menganggap wanita itu seorang hamba yg boleh disuruh2 sesuka hati.


namun, filem ini masih banyak kekurangan. mgkin pada mereka yg tidak berapa tahu Islam, akan merungut dan jelek melihat babak bagaimana Anisah diperkosa oleh suami sendiri dan terpaksa menahan rasa apabila tempat dia belajar melarang mereka untuk membaca buku2 selain daripada yg diajar. sedih juga melihat bagaimana wanita disitu seolah2 tiada kebebasan, hanya menjadi hamba dibawah kekuasaan lelaki. dan banyak lagi dialog2 yg mungkin mengelirukan mereka yg masih baru2 hendak berjinak dengan Islam. ape2 pun, harapnya penonton dapat membezakan yg mana baik dan buruk agar Islam tidak menjadi fitnah. dibawah ni ade komentar seorang sahabat..sila baca..

DARI CIK ST

Filem ini nak menunjukkan ketidak adilan Islam Jumud mengekang wanita..
Anisah yang jadi mangsa memberontak tapi malangnya dia bangkit atas dasar emosi utk kebebasan..

> Anisah berjuang kerna emosi kerana jika tidak ada larangan untuk dia meunggang kuda dan keluar dari pasenten, tentu saja dia tidak akan terfikir untuk berjuang begitu.

Diakhir filem ini tidak menjelaskan yang Islam yang mereka amalkan salah dan perlu dibetulkan dgn ajaran yang sebenar..
Yang diseru adalah kebebasan yang merupakan asas sekularisme dan demokrasi.
Mereka tak menyeru hak wanita yang telah disediakan oleh Islam.
Seolah2 filem ini nak kata Islam itu perlu di liberate.. Perlu dibebaskan..
Yang mana sepatutnya yg mereka seru adalah agar Islam jumud dibetulkan dgn Islam yang sebenar. Iaitu tajdid.

Kesimpulannya, Dari awal hingga Akhir, filem ini banyak mendatangkan fitnah dan salah faham terhadap Islam.. Walaupun tak dinafikan ada aspek positif yg boleh diambil..

Ada beberapa aspek yg ana perasan mungkin mendatangkan fitnah..

Fitnah yg pertama.

Hukum rejam yang dilaksanakan hanya dibuktikan dengan tudung yang terbuka.
Sebenarnya hukuman hudud hanya blh dilaksanakan oleh negara. Hudud tidak boleh dilaksanakan oleh ketua pesantren, ketua kampung atau siapa jua. Lagi satu dr segi pembuktian, rejam hanya boleh disabit jika ada 2 org saksi melihat "keris masuk dlm sarung".. Ataupun pengakuan. Walaupun ditangkap dlm keadaan berbogel pun tapi tak nampak "keris masuk sarung", tak boleh nk sabitkan hukuman. Ini mengelakkan penganiayaan.
Tapi filem ini menakut2kan orang dengan hukuman Islam. Ianya boleh datangkan fitnah.

Fitnah yang kedua.

Ikhtilat yang tidak terjaga.. Dating seolah2 halal dlm filem ini. Masa anisah kecil2 siap bertepuk tampar lagi dgn Lek (kawan baik Anisah ketika kecil dan akhirnya menjadi suaminya yg kedua).. Padahal umur mcm tu dah baligh dh... Filem ini juga ada nyatakan perempuan haram bermusafir tanpa mahram.. Memang betul pun perempuan haram bermusafir lebih drpd sehari tanpa mahram. Tapi tanpa menjelaskan dengan betul, filem ini seolah2 mengatakan hukum ini tidak adil dan menindas kebebasan wanita.. jdi ianya fitnah yg besar.


Fitnah ketiga..

Scene ustaz tgh bercerita jika isteri menunda2 waktu utk melayan suaminya, laknatullah akan menimpanya.. Then Anisah bertanya kepada ustaz..

"Jika isteri meminta utk ditemani dan suaminya menunda2, apa hukuman bagi suami?"...

"Jika suami menceraikan isterinya walaupun isteri berusaha keras mempertahankan rumahtangga, apa hukuman bt suami?"


Ustaz tu tak dpt jawab.. Then kata tak ada dalil.. dan memerli isteri yg gatal je yg minta berjimak dgn suaminya...

Perkara in tidak dijelaskan dan dibiarkan tergantung.. Jadi apa pandangan org biasa bila tgk? Fitnah lagi kan? Scene ini menunjukkan seolah2 Islam itu menindas wanita..
Patutnya ada scene tambahan yg menjelaskan jika wanita tak dpt nafkah batin, dia boleh kemukakan di mahkamah agar dia boleh menerima haknya.. Dan utk isu peceraian, sememangnya hak suami utk menceraikan isteri walau tanpa sebab. Suami takkan dihukum. Walaubagaimanapun dalam waktu eddah, suami masih boleh merujuk kpd isterinya.. Jadi rumahtangga masih boleh diselamatkan lagi.. Dan isteri yang minta fasakh pun, dia takkan dihukum. Anisah tak sepatutnya mempersoalkan benda ni pun.. Tapi bila dia persoalkan, jadi mcm benda ni buruk dan perlu diliberate. Diubah...

Fitnah keempat..

Suami pertama anisah ada affairs dgn perempuan lain smpai megandung. Tapi solution yg diberi oleh kiai tu adalah kawin dgn perempuan tu. Ini bukan solution Islam.. Tapi tidak dijelaskan.. Jadi mungkin org biasa akan fikir itulah solutionnya...
Dan filem ini juga menakut2kan dgn scene isteri yang teraniaya bila dipoligami.. Dan isteri itu tak boleh nk buat apa2... menunjukkan betapa buruknya poligami.
Dalam Islam, wanita yang dilayan tak adil oleh suami yg berpoligami, boleh report di mahkamah.. Dan harta suami dirampas dan dia diisytihar muflis.. Hartanya diberi kepada isteri yg teraniaya.. Jadi mmg berat tanggungjawap berpoligami ini. Jika hukuman ini dilaksanakan, suami pasti akan fikir 800 kali sebelum berpoligami. Dan hak isteri pasti terjaga..
Tapi benda ini tak didedahkan.. ang didedahkan hanya yg mengundang fitnah bahawa Islam agama yg tak adil..


Fitnah kelima

Anisah masa kecik2 tak boleh jadi ketua kelas dgn alasan Dalam Islam perempuan tak boleh jadi pemimpin. Satu lagi fitnah kepada Islam. Padahal Islam hanya mengharamkan perempuan jadi pemimpin negara.. itupun yang berkaitan dengan pentadbiran negara.. Selain dr itu, perempuan blh jd pemimpin.. tak kisahlah samaada ketua kelas, dan lain2..


Ucapan terakhir anisah, "Allah juga memberikan manusia kebebasan.."
Ayat ni sekali dengar mcm tiada apa yang salahnya... Betul tak?
Tapi sedar atau tak ayat ni boleh mengundang kepada fitnah yang besar juga..
Fitnah yang membahayakan umat Islam..

Antara propaganda barat utk melemahkan umat Islam dan agar umat Islam berkiblatkan dan mengikut telunjuk mereka, adalah idea kebebasan..
Mereka mahu umat Islam mengakui Islam juga sama seperti mereka (sekular) iaitu memperjuangkan kebebasan..
Agar dengan perlahan2 idea dan budaya barat dapat masuk kedalam budaya orang Islam..
Kewujudan Islam liberal dan Sister in Islam membuktikan strategi mereka berjaya..

Kebebasan yang mereka perjuangkan sebenarnya hanyalah ilusi..
Sekularisma dan Demokrasi yang diperjuangkan juga sebenarnya tidak bebas.
Secara lumrah dunia pun, kebebasan tak wujud..
Sebab jika ada sekelompok orang yang bebas, pasti akan ada sekelompok orang yang ditindas.
Contohnya, adalah kebebasan mat rempit nak merempit.. Mereka rasa mereka bebas merempit.. Tapi tindakan mereka akan mengakibatkan pemandu2 lain tak bebas kerana nyawa mereka terancam dijalanraya..

Sebenarnya yang patut diperjuangkan adalah hak..
Hak yang diataur dengan sistem kehidupan dan undang2 yang adil..
Siapa lagi yang paling layak untuk menetapkan sistem kehidupan yang adil untuk manusia sejagat selain pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah swt.
Hanya Allah yang tahu akan hak lelaki, hak perempuan, hak seorang anak, hak ibubapa, hak jiran tetangga, hak sebuah negara, dan lain2...
Jika hak2 ini diatur dengan apa yang ditentukan oleh Allah, Takkan ada penindasan.. Takkan ada org yang rasa mereka tak bebas dan perlu kebebasan.. Hidup manusia akan aman kerana hak2 mereka terpenuhi..

Disebabkan itu yang perlu diperjuangkan adalah untuk mengembalikan Islam agar hak-hak yang sepatutnya dikembalikan.. Bukan kebebasan yang diperjuangkan..


Ehm.. tu pandangan ana dr ilmu yang tak seberapa..
ana faham mmg ada kebaikan yang boleh diekstract dr filem ini..
Terutamanya bagaimana Lek melayan anisah dlm hubungan suami isteri..
Tapi daripada kebaikan yang ditunjukkan, keburukan yang boleh bawa fitnah juga banyak..
Dan yang paling parah ketidakadilan Islam yang ditunjukkan diakhiri dgn penyelesaian kebebasan..
Bukan diselesaikan dgn penjelasan Islam yang sebenar..
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template