Selasa, 10 Februari 2009

Komen>>>>Perutusan Bekas MB Perak

salam alaikum buat semua...bagi sila ke laman web minda tajdid oleh Dr. Asri
MINDA TAJDID..semoga kita semakin faham apa yang seharusnya kita buat dalam menghadaoi kemelut politik sekarang..wallhualam..

Isnin, 9 Februari 2009

Perutusan Bekas MB Perak

assalamualaikum...saya amik ni dari sahabat saya melalui emel..sementara ni belum sempat sy nak komen..sila lah baca dulu ye...

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin


BismilahirRahmanirR ahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan
kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri
Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara
berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas
upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung
di Istana Iskandariah petang tadi..

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa
perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut
Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM
Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua
undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan
pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan
membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut
peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas
bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan
perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi
menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat
keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan
berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai
kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah
bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan
yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat
kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk
memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan
yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap
istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya
sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri
Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan
terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku
melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3
kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak
berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang
membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana
boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut
undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri
Besar yang baru... Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri
Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan
itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum
berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah
MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat
Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan
TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu.
Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta
oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat
negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini
secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta
tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya
dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang
pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit
menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya
bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata
tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar
yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya
segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak
mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun
menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan
mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi
tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa
kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato'
Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang
menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan
luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri
yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti
dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan
sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang
sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu.
Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi
Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini
dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan
dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini,
saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja
bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang
memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela
rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin
menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara
kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan
adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah
bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut
keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat
pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan
dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

--
http://ultimatum21. wordpress. com

Jumaat, 6 Februari 2009

Islam Solusi: Fiqh Dakwah

Islam Solusi: Fiqh Dakwah

APA YG PENTING? Fikrah atau Jemaah??

assalamualaikum wbt. semoga segala perasaan dan cinta kita hanya pada yang Maha Penyayang. Dia Tuhan sekalian alam sudah memberi kita petunjuk melalui Kitab Mulia ALQURAN dan HADITH nabi SAW. semoga kita sentiasa terdiri daripada mereka yg merasa kemanisan iman. amin..

sedih jugak bila fikir tentang apa lah nak jadi dengan politik Malaysia sekarang. saya pun xberapa faham tentang apa yg berlaku diperak. sama jugak apa yang berlaku di UIA baru2 ni. pilihan raya kampus oleh 3penjuru menjadi sebuah padang persengketaan. pro mahasiswa nya mmg bagus. tapi sedih bila ada adegan saling tuduh menuduh. padahal mereka mempunyai fikrah yang sama. bezanya cuma cara.

apa yang saya nak kongsi disini, bukanlah sapa yang lebih baik. namun teringat apa yang saya belajar dalam subjek ISLAH dan TAJDID (subjek minor-history). mungkin sesetengah org tertanya? PERLUKAH BERJEMAAH? bila sebut usrah je, semua dah buat muka. ILLEGAL kata mereka. ade jugak yang membanding2kan jemaah ini lebih baik dari ini, jemaah ini sesat, jemaah ini ektsrim dan sebagainya.

hadith ade menyebut: "daripada Ibn 'Abbas R.A, Nabi SAW bersabda: 'pertolongan Allah bersama jemaah" (RIWAYAT AL-TARMIZI)

jemaah ni bermaksud: majoroti umat Islam yang mengikut sunnah dibawah satu kepimpinan atau dalam 1 urusan agama. (diambil daripada buku 300 Hadith Bimbingan, Kearah mencari Redho Allah).

sememangnya kita sepatutnya berada dalam jemaah. ini diamalkan oleh Rsulullah sendiri. konsep Tajdid- membawa Islam kepada yang asal, memberikan kesearan kepada umat Islam agar mengikis segala anasir2 yang tidak islamik dan kembali kepangkal jalan. ini dipelopori oleh organisasi dan jemaah malah sesebuah kumpulan dalam satu2 masyarakat. namun, arus tajdid menafikan mana2 jemaah yang terlalu melampaui batas sehingga sanggup meletakkan label kafir atau salah terhadap jemaah yang lain. atau melabelkan jemaah nya lebih syar'ie atau lebih benar. sepatutnya, ia menjadi sumbangan yg positif kepada masyarakat.

selain itu, yg berada dalam jemaah jugak tidak boleh melabelkan yang tidak masuk jemaah sebagai pendirian yang tidak diiktiraf. ini adalah melampau. seperti yang disebut oleh DR. Asri Zainul Abidin. mungkin sahaja yang individu itu lebih baik dari segi sumbangannya kepada Islam daripada mereka yang berada didalam jemaah sehingga yg jemaah ni xhabis2 mencari kesalahan jemaah yang lain. sebagai contoh, tokoh tajdid JAmaludin Hassan Al-Afghani. beliau bergerak tidak terikat dengan mana2 jemaah. nmun idea nya dan pembawakan beliau mngundang kemaslahatan kepada arus tajdid bagi umat Islam. tapi ada jugak keburukannya juka tidak berjemaah. mungkin sahaja kita tidak sekuat mana jika berseorngan dalam berdakwah dan menyebarkan kebaikan.

bukti Allah melarang sikap ekstrim didalam beragama adalah didalam surah al-Maidah ayat 77. "katakanlah: wahai Ahli kitab! janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut nafsu sesuatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia serta (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

kesimpulannya.....tidak perlulah sebuah jemaah itu menganggap jemaah lain itu tidak betul. atau asyik rasa dia je yang betul. yang penting, cukup kita tahu, jemaah itu berpandukan al-Quran dan Al-Sunnah. kalau ade ahli jemaah tu yang lebih mementingkan cakap2 jemaah dari al-Quran, maknenya ade something wrong lah dengan jemaah tuh. apa yg penting??? ISLAM!!

masalah khilafiah, kita berbincang baik2. jangan tuduh menuduh atau terlalu ekstim dengan jemaah sendiri. semua pn sama. beza cuma cara. wallhualam..andai ade salah dan teguran atau pendapat lain..sila lah komen.. (^_^)
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template