Khamis, 17 Disember 2009

GILA!!


sekadar gambar hiasan




Salam Tahun Baru..moga yg lepas itu berlalu..namun yg datang, manfaatkan..mgkin terlalu general ucapan ini..namun sudah cukup memandangkan blogger lain dah ramai yg bercakap ttg hijrah dan perubahan..saya sekadar mahu bercakap ttg gila..

topic2 yg kami bincangkan dalam kelas, xpernah lari dari perkataan2 gila, schozophrenia, paranoid dan penyakit2 abnormalities yg lain. penyebabnya juga banyak. namun xpernah ada bukti 100% untuk sebuah sebab..kerana, gila itu adalah manusia. yg complicated dan penuh ragam. nasib baik ada cross cultural psychology. ia membincangkan kepelbagaian penyakit psikologi yg berbeza2 mengikut cultural bases.Gila maksudnya abnormal. benda yg tak biasa berlaku. itu gila..

sekitar era ini, TERLALU banyak kegilaan. dalam diam2 saya,saya berfikir. bagaimana mungkin seorang bapa membunuh anak, kawan bunuh kawan, kekasih bunuh kekasih, remaja perempuan dirogol beramai2 dan ada jugak yg rela 'diratah' oleh lima lelaki sekaligus. itu saya xdapat bayangkan..apa ini semua? ini kerja GILA. manusia normal buat mcm tu ke? tidak!

saya tercari2 juga..mana tahu saya jumpa kes studi yg membicarakan bagaimana seorang manusia itu ada keberanian tahap maksima begitu untuk membunuh dan merogol..(kerna membunuh itu, saya kira perbuatan paling berani). saya hanya jumpa kerana seseorang itu stress, depress, salah didikan dan pelbagai lagi sebab yg diilhamkan oleh org2 barat.namun, apa pula punca stress, salah didikan dan sebagainya itu?

NAFSU

membelek2 buku yg saya beli kira2 di matrikulasi dulu. tajuknya RAHSIA MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH. saya kira time ni saya beli ketika hati benar2 sesak dengan cultural shock yg xhabis2 di situ. banyak membantu........

seorang manusia itu boleh jadi lebih baik dri malaikat, atau lebih teruk dari syaitan..hanya satu sebab yg saya kira, pakar psikologi perlu tahu. iaitu NAFSU yg memujuk. dia umpama seseorang yg memakai mahkota kegelapan bersama senyuman paling indah dan bersuara lunak, lemah lembut dan penuh pujukan. dia itu meminta2 untuk REHAT, REHAT, REHAT, dan yg INDAH2 belaka.

org yg punya hasad dengki, tidak lain tidak bukan kerana pujukan nafsunya. yg merayu agar dipenuhi kehendaknya. membuat fitnah dan iri hati. malah menjadi panas baran tanpa sebab hanya kerana nafsu. mereka yg pergi bekerja, lalu mengumpul harta dan disimpan daripada memberi infaq di jalan Allah hanya kerana nafsunya. membujuk rayu agar harta itu disimpan kerna nafsu menyukainya. yg mahu kerehatan dan bertangguh2 dalam buat kebaikan hanya kerana nafsunya merayu agar dipenuhi kehendaknya, agar dia jadi peneman untuk berehat bersama2. semuanya kerna nafsu..

ADAB

sebagai seorang muslim, bukan setakat mengamalkan yg halal dan avoid yg haram. tapi muslim yg baik adalah yg tidak mengikut nafsunya. nafsu itu yg membuatnya GILA. bersangka buruk, biadab, tidak bersopan santun, mengeluh dan meremehkan agama dan mengkhianati janji, itu semua GILA. kerna apa? sbb itu xbiasa. namun, xbiasa itu dari sudut pandangan Allah. jika mengharapkan pandangan org sekarang, mereka akan kata, " ALAH..BIASALAH TU"...biasa kan? maknenye, kebiasaan itu dibolehkan.

menutup aurat, biarlah yg terbaik. bila bercakap, jadilah org yg bercakap yg benar2 baik. bila belajar, jadi juga org yg benar2 berhemah dalam belajar. bukan cukup2 makan. kalau jadi org yg melakukan, buat betul2. moga2 yg terbaik itu, walau tidak wajib, akan dipandang Allah..

semoga tahun yg menghembus derita jahiliyah pergi, lalu sinar mentari hidayah terang disanubari..

p/s: dah setahun lebih semua tu..masa untuk tinggalkan nya..

0 nice comments:

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template