Isnin, 13 Mei 2019

RAMADHAN INI

Ramadhan ini, satu benda yang aku nak improve pada diri sendiri ialah--
kebergantungan aku pada Allah.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa insecure dengan apa yg orang sekeliling fikir tentang aku.
Sedangkan satu-satunya benda yg patut aku kisahkan ialah pandangan Allah terhadap aku.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa tak cukup.
.
Rasa anak tak cukup hebat,
husband tak cukup romentik,
harta tak cukup banyak,
diri tak cukup cantik,
rumah tak cukup mewah.
.
Sedangkan apa yg Allah bagi selama ni, jauh lebih cukup dari segala apa yg aku angan-angankan.
Ibadah tak cukup, tak pernah pulak kau endahkan? 😑
.
Selama aku hidup --
selalu sangat solat terkejar-kejar.
Ada saje hal urgent yang buat solat jadi tergopoh-gapah.
.
Sedangkan aku lupa, SEMUA urusan yang aku "sibukkan" itu terletak dalam tangan Allah.
Tergamaknya aku, sedangkan Dia, tak pernah sekali pun "lambat" bagi aku nafas baru setiap pagi. 
Tak pernah sekali pun "lupa" untuk jaga degupan jantung aku setiap hari tanpa henti.
.
Selama aku hidup --
selalu sangat rasa bangga bila dipuji,
bila dijadikan inspirasi,
bila diidolakan.
.
Sedangkan aku lupa --
itu semua lojik hanya kerana Allah tutup aib aku.
Baiknya Dia pelihara aku --
yg pasti dipandang jijik jika dibiar aib tertayangkan.
.
Selama aku hidup --
dah banyak kali sangat aku letak kebergantungan aku kepada benda lain dulu, sebelum Allah.
.
Semoga Ramadhan kali ni benar2 menjentik hati aku,
benar2 menundukkan ketaatan aku semula.
.
Macam mana pun kau pentingkan pandangan manusia,
nanti2 kau akan terhegehkan pandangan Allah juga.
Nanti2 kau pasti mengharapkan pertolongan Dia juga.
Nanti2 kau menagih syurga Dia juga.
.
Salam Ramadhan, semua.
Semoga Allah hidupkan semula jiwa2 kita yang dah lama mati.

by anonymous

ramadhan 8 2019

Selasa, 9 Jun 2015

YA ALLAH. AKU INGIN KEMBALI

Disegenap ruang waktu
yg Kau beriku
Hanya sedikit aku merindu
tidak seperti dulu
rindu ku bertalu2 setiap waktu

takdirku
membawa aku menjadi pemuja yg lalai
lalu berkali2 tersungkur didada nafsu
benarlah,
ujian itu pembuka bicara
taubat nasuha
syair perindu ilahi
yg sekian lama menyepi
andai ujian itu menguatkan imanku,
berikanlah. namun, kumohon kekuatan
kerana aku bimbang,
andai aku lebih tersasar
andai dengan ujian,
membuatkan iman ku lebih mantap,
berilah.
namun kumohon ketabahan
Ya Allah,
aku ingin kembali
berikan aku petunjuk
arah mana harus kulalui
aku ingin kembali padaMu
Tuhan yg beriku rezeki
yg memberiku kesembuhan dan ketenangan
yg beriku nikmat yg tak terkira.
terimalah aku
berikan ku jalan
berikan ku kekuatan
amin ya rabb

Isnin, 18 Januari 2010

Terminology yg Melekakan




Assalamualaikum..segala puji bg Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Terima kasih atas nikmat Islam, nikmat Sihat, masa lapang dan nikmat akal yg telah Kau berikan..moga kami jadi hamba yg bertaqwa..

menggarap informasi dengan hati bukan mudah..lantaran ilmu dan pendidkan kita diselaputi idea2 sekularism yg penuh dgn kelesuan dan agenda muslihat bernas. umat Islam mengmbil ilmu2 tersebut tanpa peduli apakah intipati sebuah ilmu yg dihidagkan.

belajar sejarah, ia meliputi segala aspek kehidupan..sy kira org sejarah ni sebenarnya boleh mengubah peradaban. kalau dia faham dengan hati. terminology dlm sejarah, waima subjek apa pun sgt lah penting. apatah lagi concept2 dlm islam yg mmg xleh diubah2 atau di terjemahkan lagi ke dalam bahasa lain kecuali bahasa arab.

Terminology

terminology adalah ilmu berkaitan dgn term atau konsep yg menggambarkan sesuatu perkataan yg digunakan pada sesuatu keadaan atau tempat. contohnya jihad. jihad ialah keadaan dimana jihad itu adalah berjuang kerana Allah (fisabilillah) untuk menegakkan kalimah Allah. (lihat sini : JIHAD). kebanyakan hadith Rasulullah adalah mengatakan bahawa jihad itu berperang dan berjuang. cumanya bahasa arab mendefinisikan jihad sbg bersungguh2. dari konsep Islam sendiri, jihad itu adalah turun untuk memerangi org kafir.(lihat sini: hadith2 Jihad Fisabilillah). contoh lain adalah term khalifah. khalifah dalam definisi Islam terbahagi kepada 2 iaitu khalifah Allah :

 وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً...

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”
term khalifah yg lagi satu adalah pemerintah Islam. khalifah yg memerintah empire Islam tika Khilafah itu ada. ini juga dipanggil khalifah.dan banyak lagi terminology yg adakalanya Org Islam mengambil pandang sebelah mata dari sudut kacamata seorang orientalist barat.

Terminology berdasarkan Al-Quran

Al-quran dan hadith telah menjadi sumber kehidupan org Islam didunia dan akhirat. namun, cmpurtangan barat telah menggugah keyakinan kita terhadap beberapa aspek hukum dalam Islam sehingga kita menganggap nya hanya satu perkara yg remeh. contohnya jihad. umat Islam dilebih2kan dalam perkataan jihad bahawasanya jihad itu memberi ceramah, studi bersungguh2, jihad ekonomi dan sebagainya. dan kesannya umat Islam terleka untuk mencintai JIHAD fisabilillah seperti para sahabat dahulu. sehingga mereka merasa aman dari untuk berperang dan menegakkan kalimah LAILAHAILLAH. lalu, jadilah kita umat Islam yg tidak mencintai jihad dan kematian kerana Allah.

bagaimana pula term khalifah? khalifah yg difahami hanya khalifah Allah. lalu umat Islam tidak tahu atau tidak sedar bahawa perlu nya ada khalifah Islam untuk memerintah negara. lalu semangat memperjuangkan kembali sistem khilafah yg telah memberi Islam era gemilang tika zaman Abbasiyah, kini pudar ditelan zaman. kenapa? kerana kita pelajar Islam disogokkan dgn terminology berdasarkan concept semata2. ditmabah lagi dgn idea2 barat yg jauh dari kehendak Quran dan sunnah. lalu bagaimana? belajarlah dengan hati serta berhati2 dengan setiap istilah yg diberikan pada sistem2 dalam Islam agar kita tidak mudah terleka lagi.

mari mencintai Jihad dan bersemangat untuk melihat sistem Islam tertegak lagi dengan adanya khilafah. dan kala itu, empayar Islam kan jadi Ustaziatul Alam yg hebat disisi manusia malah juga disisi Allah. insyaallah..


p/s: lagi cerita ttg jihad di: JIHAD

Khamis, 17 Disember 2009

GILA!!


sekadar gambar hiasan




Salam Tahun Baru..moga yg lepas itu berlalu..namun yg datang, manfaatkan..mgkin terlalu general ucapan ini..namun sudah cukup memandangkan blogger lain dah ramai yg bercakap ttg hijrah dan perubahan..saya sekadar mahu bercakap ttg gila..

topic2 yg kami bincangkan dalam kelas, xpernah lari dari perkataan2 gila, schozophrenia, paranoid dan penyakit2 abnormalities yg lain. penyebabnya juga banyak. namun xpernah ada bukti 100% untuk sebuah sebab..kerana, gila itu adalah manusia. yg complicated dan penuh ragam. nasib baik ada cross cultural psychology. ia membincangkan kepelbagaian penyakit psikologi yg berbeza2 mengikut cultural bases.Gila maksudnya abnormal. benda yg tak biasa berlaku. itu gila..

sekitar era ini, TERLALU banyak kegilaan. dalam diam2 saya,saya berfikir. bagaimana mungkin seorang bapa membunuh anak, kawan bunuh kawan, kekasih bunuh kekasih, remaja perempuan dirogol beramai2 dan ada jugak yg rela 'diratah' oleh lima lelaki sekaligus. itu saya xdapat bayangkan..apa ini semua? ini kerja GILA. manusia normal buat mcm tu ke? tidak!

saya tercari2 juga..mana tahu saya jumpa kes studi yg membicarakan bagaimana seorang manusia itu ada keberanian tahap maksima begitu untuk membunuh dan merogol..(kerna membunuh itu, saya kira perbuatan paling berani). saya hanya jumpa kerana seseorang itu stress, depress, salah didikan dan pelbagai lagi sebab yg diilhamkan oleh org2 barat.namun, apa pula punca stress, salah didikan dan sebagainya itu?

NAFSU

membelek2 buku yg saya beli kira2 di matrikulasi dulu. tajuknya RAHSIA MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH. saya kira time ni saya beli ketika hati benar2 sesak dengan cultural shock yg xhabis2 di situ. banyak membantu........

seorang manusia itu boleh jadi lebih baik dri malaikat, atau lebih teruk dari syaitan..hanya satu sebab yg saya kira, pakar psikologi perlu tahu. iaitu NAFSU yg memujuk. dia umpama seseorang yg memakai mahkota kegelapan bersama senyuman paling indah dan bersuara lunak, lemah lembut dan penuh pujukan. dia itu meminta2 untuk REHAT, REHAT, REHAT, dan yg INDAH2 belaka.

org yg punya hasad dengki, tidak lain tidak bukan kerana pujukan nafsunya. yg merayu agar dipenuhi kehendaknya. membuat fitnah dan iri hati. malah menjadi panas baran tanpa sebab hanya kerana nafsu. mereka yg pergi bekerja, lalu mengumpul harta dan disimpan daripada memberi infaq di jalan Allah hanya kerana nafsunya. membujuk rayu agar harta itu disimpan kerna nafsu menyukainya. yg mahu kerehatan dan bertangguh2 dalam buat kebaikan hanya kerana nafsunya merayu agar dipenuhi kehendaknya, agar dia jadi peneman untuk berehat bersama2. semuanya kerna nafsu..

ADAB

sebagai seorang muslim, bukan setakat mengamalkan yg halal dan avoid yg haram. tapi muslim yg baik adalah yg tidak mengikut nafsunya. nafsu itu yg membuatnya GILA. bersangka buruk, biadab, tidak bersopan santun, mengeluh dan meremehkan agama dan mengkhianati janji, itu semua GILA. kerna apa? sbb itu xbiasa. namun, xbiasa itu dari sudut pandangan Allah. jika mengharapkan pandangan org sekarang, mereka akan kata, " ALAH..BIASALAH TU"...biasa kan? maknenye, kebiasaan itu dibolehkan.

menutup aurat, biarlah yg terbaik. bila bercakap, jadilah org yg bercakap yg benar2 baik. bila belajar, jadi juga org yg benar2 berhemah dalam belajar. bukan cukup2 makan. kalau jadi org yg melakukan, buat betul2. moga2 yg terbaik itu, walau tidak wajib, akan dipandang Allah..

semoga tahun yg menghembus derita jahiliyah pergi, lalu sinar mentari hidayah terang disanubari..

p/s: dah setahun lebih semua tu..masa untuk tinggalkan nya..
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template