Khamis, 6 Ogos 2009

MAAF..PERASAAN KU ADA PADA DIA...


Assalamualaikum wbt.

"my dearest sister, in my heart, i wish to be with you forever, to witness your growth, to share all your smile and to feel all your tears. But Allah Knows better, that it can spoil and hold us from sharing similar feeling and contact with many more. So, I redha for it is good for us and the Ummah..Assalamualaikum."
Dah lama kami inginkan pertemuan. ziarah Qudama' hari tu, telah membuka ruang silaturrahim buat kami hingga ada yg menitiskan air mata. kenapa? ketika inilah kami berkongsi segala suka dan duka. senyuman dari bibir tidak pernah lekang lantaran menyambut tangan2 baru dan wajah2 yg belum kami kenali. dalam hati kami.." datanglah pada kami. kita kan sama2 beramal dan mengurus ummah. serta beramal untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini dengan aman"

ziarah? setakat ziarah je dik? tak lah. kami berkongsi segalanya dan bersama merancang masa depan Islam kak..

Kebersamaan

pilih lah untuk bersama daripada bersendiri. susah dan senang lebih bermakna dengan adanya ukhwah. "jom awak..kita pergi program ilmu malam esok...mahu?"
"hm....saya xmahu lah. ada kerja. lagipun, malas."
Tersenyum.." xpe awak. nanti kita pergi sama2 ye"

" jom awak. harini saya belanja. kita pergi ifthar. mesti ramai orang yang awak jumpa. lagipun awak puasa kan. rindu la nak makan ngn awak" entah keberapa ratus kali saya mengajak. macam2 cara. tapi muka manis masih saya tunjuk. tentu ada peluang untuk sahabat yang saya sgt cinta ini. masih saya mengambil berat. tentang perasaannya, studynya, masalahnya malah kadang2 meraikan dia dengan menonton bersama2.

" hm..tapi...hm..ok lah"

gembira saya bukan kepalang. walaupun bertemu rakan2 yang lain, dia, tidak pernah saya lupa. agar dia tidak rasa terasing. dengan ramai yang tidak dikenalinya. dari jauh, saya perkenalkan dirinya pada sahabat2 yang lain. mereka smbut dengan ramah. dari tadi, dia tersenyum..

"sungguh aku bersyukur, dia sudah semakin mahu jalan ini"

"saya pun tak kenal sgt mereka ni. tapi buat poyo je. hehe" sengaja tidak mahu sekali lagi dia terasing bila saya menegur yang lain.

saya mulakan tarbiyah juga dengan ukhwah. kalau x, xmampu mahu pergi program yang mcm2 ni. tpi alhmdulilah. rindunya tentang ukhwah, sanggup juga kaki melangkah. penat, jauh. tapi bila menatap wajah2 mereka, hilang semua lelah. itulah rahmatnya ukhwah.

" jika melayan orang lain, layanlah dengan penuh kasih sayang. berilah salam dan seyumlah. itulah Islam. biar dia rasa, dia bersama kita. tidak rendah dan tidak tinggi dari kita"

"kalau dia tidak mahu sekarang, bukan dia tidak mahu nanti. sabar sahaja lah. kejap lagi, tentu dia mahu..niat..doa"

Tidak Judgmental

judgmental? ye...berburuk sangka..jangan begitu jika mahu seorang daie..

manusia itu logam. keras, tahan lasak dan baik. tapi mudah juga dilentur. ikut saja acuannya. tapi biarlah acuannya itu Islam.

maksudnya? Manusia itu boleh diubah. namun hidayahnya tetap pada Allah.

teruskan usahamu. teruskan lagi. jangan cepat putus asa. kata ikut cara Rasulullah. rasulullah tidak pernah berfikir yang bukan2 tentang orang yang diajaknya. tapi masih bersangka baik. tetap hemah dan santunnya. boleh jadi mcm Rasulullah? boleh..doa lah..

Perasaan ini Milik Dia

ada hujan semalam. pelik..kenapa bila hujan je ada perasaan yang sgt asyik? bila hujan saja ada memori yg bermain di minda.

bila petir, rasa takut. gelap, hujan lebat, suram..

bila nampak bulan, walaupun sedih, entah mengapa rasanya tenang pula dengan kecantikan cahayanya..

malam dan siang..perasaanya lain. mengapa?

kerana perasaan itu milik ALLAH. Dia yang beri perasaan itu. cinta, sayang, rindu, benci dan semuanya. jadi? jadi..andai sedih menerpamu, sengsara menyelubungimu dan derita ada disekelilingmu, serahkan perasaan itu pada Allah. Doa, tawakal dan redho. jadikan perasaan itu satu pertalian untuk kita sentiasa mengingati Allah. kerana Dia, kita merasa.

takut exam? rasa susah buat assignment? itu juga perasaan...mintalah padaNya. pandanglah rahmat dan kasih sayangNya. susah itu moga Dia kan jadikan indah. takut itu, biar Dia jadikan rasa dilindungi. Sedih itu biar Dia beri rasa dibelai diribaanNya. ya..itu lah Dia. Tuhan yg Maha Mnedengar lagi Maha Mnegetahui..

jadikan kami orang2 yang sabar. yang besar dimata Mu dan manusia disekeliling kami. namun kecil dimata kami. bantulah kami untuk mentaati Mu serta meninggalkan segala dosa besar dan kecil agar kami jadi hambaMu yang bertaqwa. sampaikanlah kami kepada kebaikan. dan jauhkanlah kami dari keburukan. ampunilah kami...amin..

2 nice comments:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* on 6 Ogos 2009 pada 8:18 PTG berkata...

salam kak sha..
huwaaaa! perasaan itu memang milik Dia.
dan kita juga yang putuskan untuk merasa gimana. sedih, gembira, marah, keluh-kesah, damai atau apa-apa lagi.
alhamdulillah terserempak dengan post akak ni. mengingatkan ana pada satu pelajaran yang ana dapat dulu tapi dah terlupa pula dek masa. hu.
semoga jalan ini dipermudahkan untuk akak dan kita semua.
ameen..

-syaimaa'-

Syada on 7 Ogos 2009 pada 4:12 PG berkata...

alhmdulilah sya'ma' semuanya kehendak Allah. sekecil2 perkara pn pn Dia yg berkuasa. cuma kita yg boleh pilih. untuk apa kita memilih perkara tu. moga yg kita pilih selalunya untuk Allah (^_^)

 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template