Jumaat, 27 Februari 2009

Analogi Pinggan

assalamualaikum..saya hanya mahu berkongsi sedikit daripada apa yang saya dapat dari seorang sahibah. insyaallah. saya cuma boleh menyimpulkan disini, betapa pentingnya analogi dalam berdakwah. disamping kita bercakap tentang Al=Quran dan hadis, amat mudah untuk menggunakan analogi bagi mad'u yang yang suka atau faham dengan kaedah ni. wallahualam (^_^)

honnney mk: slm ukhti
honnney mk: ape pndpt ukhti, semua org islam akan masuk syurga akhirnya walaupun hidupnya tak pernah melaksanakan ibadat pd Allah?
shada: waalaikumsalam
shada: setuju juga
shada: kerana masuk syurga itu adalah rahmat Allah
shada: memang ada ancaman keatas mereka yang tidak melakukan ibadah pada Allah
shada: iaitu seksaanNya
shada: namun, kasih sayang dan rahmat Allah juga penting
shada: seperti mereka yang baru masuk Islam dan mati selepas itu
shada: dia dikatakan sebagai tidak pernah beribadah kan?
honnney mk: dalilnya?
shada: tpi org sepertinya dijanjikan syurga
shada: dalil?
shada: wallhualam
honnney mk: yg mereka ttp akan msuk syurga...
shada: setakat yg sha tahu
shada: intan lebih tahu
shada: bukankah kalimah LAILAHAILLAH itu adalah kunci syurga?
shada: hadis kan?
shada: salam..andai temui jawapan, jgn lupa kongsikannya
shada: sha nk siap..gi counseling unit.. :)
shada: assalamulaikum



honnney mk: dah jumpe :)
shada: ape?
honnney mk:
Insya Allah semua orang Islam akan masuk syurga selagi
dia tidak mati di dalam syirik atau murtad...

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim.
Hadis no 7638 yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah
akan masuk syurga dan wajib baginya mendapat syurga."

Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari di dalam bab pertambahan iman dan
kekurangannya yang bermaksud:
"Kemudian dikeluarkan dari neraka sesiapa yang telah
mengucapkan Tiada tuhan melainkan Allah dan di dalam
hatinya terdapat kebaikan sebesar biji gandum"
honnney mk: ada analogi pinggan juga
shada: hm..
shada: ceritakan
honnney mk: kalau org pinjam pinggan kite, ada 3 keadaan org akan pulangkan pinggan tu.
pertama, dlm keadaan dah basuh, maka kite terus letak kat tempat pinggan
kedua, dlm keadaan xbasuh lg, maka kite cuci dulu baru letak kat tmpat pinggan
ketiga, dlm keadaan dah pecah, maka kite terus buang dlm tong smpah, xletak kat tmpt pinggan langsung
maksud???
honnney mk: org pertama, dalam keadaan dah basuh, mksdnye dlm keadaan bersih, tiada dosa...
honnney mk: org kedua, ada titik hitam dlm hati, maka Allah cuci dulu dalam api neraka, bila bersih baru masuk syruga
honnney mk: org ketiga, pinggan pecah umpama org yg dah ranap akidahnya (kafir)
honnney mk: nauzubillah....
shada: oh
shada: analogi yg mudah
shada: alhmdulilah
shada: terima kasih intan :)

Isnin, 23 Februari 2009

Aku Juga Insan Biasa...

malam ku disinari cahaya kasihMu
dalam keterpaksaan aku mengikis luka lalu agar terus terpadam dari diari hidupku
namun ku akui
aku juga insan biasa yang kadang2 rapuh meniti dunia yg sudah tidak seindah dahulu
rapuh mencari alasan dari peristiwa iu untuk kuberpaling dari hidayahMu
kuhulurkan tanganku padaMu
mudah sahaja Kau mendekatiku
tanpa sebarang syarat seperti yg mereka pinta padaku
aku juga insan biasa
yg ingin bersama dalam berkongsi suka dan duka laraku
cerita2 hebat dari sudut serpihan waktuku
aku juga insan biasa yg mengagumi hambaMu
yg tega dalam perjuangan nya
yg indah dalam khusyuk bertasbih memujiMu
yg leka dengan dakwah padaMu
aku juga insan biasa yg ingin jadi pilihan sang Sunan di tingkap keagunganMu
si dia yg meratib butir2 putih atas sejadah tahjudnya
namun, siapalah aku
yg masih disini
mengira batas waktu untuk ku berdiri
mengorak langkah setapak lagi
untuk melamar redhoMu
satu sahaja keyakinanku padaMu tuhan
redhoMu, perhatianMu serta keampunanMu sentiasa ada untukku
andai yg datang itu takdirku, berilah aku keyakinan
andai itu takdirku, berilah aku kekuatan
andai itu takdirku, semoga ia adalah terbaik daripadaMu
wahai Tuhan yg Maha Indah
kerana aku ini insan biasa....

Ahad, 22 Februari 2009

hish,,Betul ke Blogger macam tu???

....KALIAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN...

....wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.


................................

Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai penulis blog? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis. Buat check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis. Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai Reminder untuk lebih menjaga akhlak. Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita harus memberi kesan dengan iman yang sentiasa ditingkatkan .
- dari saya yang mahu juga menasihati diri-

SILA BACA ENTRI PENUH DI "kerana shahadah aku daie"



Rabu, 18 Februari 2009

GAZA: sahabat dan saudara kita hidup melarat


assalamualaikum...semoga Allah terus membuka mata hati kita. seperti celiknya mentari pagi disiang hari..semoga..perasaan dan segala tingkah laku serta perbuatan kita adalah untukNya, TUHAN yg MAHA Agung. insyaalah.amin.

dalam kesibukan assignment, kerja, studi dan sebagainya, kita merasa apa yg berlaku di Palestinseperti sudah aman. tentera Israel telah berundur dari membedil saudara kita di Gaza. namun, hakikatnya, mereka hidup melarat. kehilangan tempat tinggal malah orang2 yg mereka sayangi. bayi baru lahir tidak sempat melihat ibu dan ayahnya. adik2 kita disana entah sudah boleh terima dengan takdir bahawa mereka telah kehilangan famili atau tidak.

sahabatku...buka lah mata, celikkan hati. perjuangan bukan sebentar cuma. ia ibarat hidup yg panjang tanpa noktah akhir bg sebuah kerehatan. dakwah dan islah mesti berterusan. mohon dengan sangat agar hati2 kita merasa sensitif dengan isu dunia Islam. sensitif dengan dosa.insyaallah..

berita pagi ni memuatkan bagaimana beribu-ribu penduduk Gaza hanya beratapkan khemah yg kecil. sempit dan tidak mampu untuk melindungi mereka dari kesejukan di waktu malam..ya Allah..betapa kami mementingkan diri. Islam apakah namanya andai tidak pernah terfikir untuk mengambil berat ttg saudara seagama. renungan buat diriku jua.

mereka tiada air bersih dan sisten tandas yg bersih. mereka terdedah pada penyakit yg berjangkit. teruskan doa2 mu sahabatku. teruskan usaha2 mu untuk membantu mereka. teruskan. jangan berhenti selagi diri masih gagah.

generasi kita generasi bermaruah. mendokong Islam agar terus terserlah. benarlah! tiada kerehatan didunia selain kita menemui Tuhan yg Satu di akhirat kelak..semoga kita terus tabah.terus celik mata hati dan fikiran..

ya Allah. bersihkan hati kami dari mazmumah dan dosa. berilah hidayah dan jangan kau balikkan hati kami setelah kami merasa bahagia bersama Islam..berilah kekuatan jiwa agar kami xmudah kalah pada nafsu dan bisikan syaitan. berilah Gaza dan Palestin kemenangan. berilah mereka kesenangan dan kebahagiaan..amin...

Selasa, 17 Februari 2009

HATIKU MILIKMU-FATIMAH SYARHAH

Hatiku Milikmu

Selasa, 10 Februari 2009

Komen>>>>Perutusan Bekas MB Perak

salam alaikum buat semua...bagi sila ke laman web minda tajdid oleh Dr. Asri
MINDA TAJDID..semoga kita semakin faham apa yang seharusnya kita buat dalam menghadaoi kemelut politik sekarang..wallhualam..

Isnin, 9 Februari 2009

Perutusan Bekas MB Perak

assalamualaikum...saya amik ni dari sahabat saya melalui emel..sementara ni belum sempat sy nak komen..sila lah baca dulu ye...

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin


BismilahirRahmanirR ahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan
kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri
Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara
berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas
upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung
di Istana Iskandariah petang tadi..

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa
perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut
Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM
Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua
undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan
pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan
membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut
peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas
bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan
perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi
menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat
keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan
berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai
kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah
bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan
yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat
kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk
memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan
yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap
istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya
sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri
Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan
terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku
melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3
kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak
berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang
membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana
boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut
undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri
Besar yang baru... Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri
Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan
itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum
berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah
MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat
Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan
TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu.
Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta
oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat
negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini
secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta
tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya
dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang
pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit
menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya
bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata
tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar
yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya
segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak
mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun
menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan
mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi
tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa
kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato'
Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang
menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan
luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri
yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti
dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan
sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang
sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu.
Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi
Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini
dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan
dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini,
saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja
bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang
memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela
rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin
menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara
kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan
adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah
bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut
keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat
pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan
dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

--
http://ultimatum21. wordpress. com

Jumaat, 6 Februari 2009

Islam Solusi: Fiqh Dakwah

Islam Solusi: Fiqh Dakwah

APA YG PENTING? Fikrah atau Jemaah??

assalamualaikum wbt. semoga segala perasaan dan cinta kita hanya pada yang Maha Penyayang. Dia Tuhan sekalian alam sudah memberi kita petunjuk melalui Kitab Mulia ALQURAN dan HADITH nabi SAW. semoga kita sentiasa terdiri daripada mereka yg merasa kemanisan iman. amin..

sedih jugak bila fikir tentang apa lah nak jadi dengan politik Malaysia sekarang. saya pun xberapa faham tentang apa yg berlaku diperak. sama jugak apa yang berlaku di UIA baru2 ni. pilihan raya kampus oleh 3penjuru menjadi sebuah padang persengketaan. pro mahasiswa nya mmg bagus. tapi sedih bila ada adegan saling tuduh menuduh. padahal mereka mempunyai fikrah yang sama. bezanya cuma cara.

apa yang saya nak kongsi disini, bukanlah sapa yang lebih baik. namun teringat apa yang saya belajar dalam subjek ISLAH dan TAJDID (subjek minor-history). mungkin sesetengah org tertanya? PERLUKAH BERJEMAAH? bila sebut usrah je, semua dah buat muka. ILLEGAL kata mereka. ade jugak yang membanding2kan jemaah ini lebih baik dari ini, jemaah ini sesat, jemaah ini ektsrim dan sebagainya.

hadith ade menyebut: "daripada Ibn 'Abbas R.A, Nabi SAW bersabda: 'pertolongan Allah bersama jemaah" (RIWAYAT AL-TARMIZI)

jemaah ni bermaksud: majoroti umat Islam yang mengikut sunnah dibawah satu kepimpinan atau dalam 1 urusan agama. (diambil daripada buku 300 Hadith Bimbingan, Kearah mencari Redho Allah).

sememangnya kita sepatutnya berada dalam jemaah. ini diamalkan oleh Rsulullah sendiri. konsep Tajdid- membawa Islam kepada yang asal, memberikan kesearan kepada umat Islam agar mengikis segala anasir2 yang tidak islamik dan kembali kepangkal jalan. ini dipelopori oleh organisasi dan jemaah malah sesebuah kumpulan dalam satu2 masyarakat. namun, arus tajdid menafikan mana2 jemaah yang terlalu melampaui batas sehingga sanggup meletakkan label kafir atau salah terhadap jemaah yang lain. atau melabelkan jemaah nya lebih syar'ie atau lebih benar. sepatutnya, ia menjadi sumbangan yg positif kepada masyarakat.

selain itu, yg berada dalam jemaah jugak tidak boleh melabelkan yang tidak masuk jemaah sebagai pendirian yang tidak diiktiraf. ini adalah melampau. seperti yang disebut oleh DR. Asri Zainul Abidin. mungkin sahaja yang individu itu lebih baik dari segi sumbangannya kepada Islam daripada mereka yang berada didalam jemaah sehingga yg jemaah ni xhabis2 mencari kesalahan jemaah yang lain. sebagai contoh, tokoh tajdid JAmaludin Hassan Al-Afghani. beliau bergerak tidak terikat dengan mana2 jemaah. nmun idea nya dan pembawakan beliau mngundang kemaslahatan kepada arus tajdid bagi umat Islam. tapi ada jugak keburukannya juka tidak berjemaah. mungkin sahaja kita tidak sekuat mana jika berseorngan dalam berdakwah dan menyebarkan kebaikan.

bukti Allah melarang sikap ekstrim didalam beragama adalah didalam surah al-Maidah ayat 77. "katakanlah: wahai Ahli kitab! janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut nafsu sesuatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia serta (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

kesimpulannya.....tidak perlulah sebuah jemaah itu menganggap jemaah lain itu tidak betul. atau asyik rasa dia je yang betul. yang penting, cukup kita tahu, jemaah itu berpandukan al-Quran dan Al-Sunnah. kalau ade ahli jemaah tu yang lebih mementingkan cakap2 jemaah dari al-Quran, maknenya ade something wrong lah dengan jemaah tuh. apa yg penting??? ISLAM!!

masalah khilafiah, kita berbincang baik2. jangan tuduh menuduh atau terlalu ekstim dengan jemaah sendiri. semua pn sama. beza cuma cara. wallhualam..andai ade salah dan teguran atau pendapat lain..sila lah komen.. (^_^)
 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template