Jumaat, 31 Oktober 2008

Kenapa Melayu Susah Kahwin??



hmmm…. aku x la expert dlm hal ni… tapi sekadar bagi pendapat tu boleh la… pd yg setuju, trimakasih… pd yg marah, hmmm aku tak paksa korg telan bulat2 pendapat aku ni… so, here it is…
1. persediaan nak kahwin yg terlalu cerewet. betul x? yg lakinye disyaratkan kene ada simpanan beribu2 dlm bank, nak kene ada kete, nak kene ada rumah, nak kene keje yg betul2 stabil…. come on la, zaman dulu pun org kawin awal tau..skang ni lagi patut kawin awal sebb byk ‘pintu2′ maksiat depan mata anak muda..dari susah dorg nak kawin, baik buat je ikut nafsu dorg tu… dah masing2 tak tahan diri.. nak kawin kan susah…ha, tu yg jadi gugur ank, boyot b4 kawin…


2.terlalu mengikut adat melayu yg menyusahkan. mane taknye? kene bersanding, kene ada majlis yg besar, duit hantaran bapakla byk kene sediakan..korang x rasa ke ni membebankan pengantin muda? mana ada org muda yg mampu wat semua ni…lainla kalo org tu anak dato’ or anak jutawan..seelok2nya org islam lebih utamakan yg wajib,ikut alquran n sunnah.. ni yg allah suh, xmau wat.. g wat benda sia2 plak.


wowowo... jgn emo ye, ni la padahnye terlalu menangkan adat merapu... eh silap, adat melayu yg bukan memudahkan tp menyusahkan diri. ingat, kalo kita yg mencampakkan diri kita kelembah kesusahan, pastinya kesusahan jugalah yg kita dpt sbg habuannya..
pikir camni, duit boleh dicari... aku ada kenal sorng budak 19 tahun dah kahwin, (tp blm 'buat' anak lg la..) tp dia tolong bapak dia berniaga, alhamdulillah.. bhagia je dia..
mulanya dia knal sorg ppuan, dia mula berkwan. jumpa ayh ppuan ni, risik nk bertunang. tau ayh ppuan ni ckp ape? " tak payah tunang2 ni, aku tak pcaya budak skang ni. kawin jela lg baik..". 'tp sy baru abis belajar, keje pun dgn ayh, keter, rmh sume belum ada..' balas dia merendah diri..."alah, rezeki tu hak Allah. tu boleh cari kmudian". c?? simple kan? mmg sukar nk lepaskan ank dra. tp kalo simpan sampai tua pun apa faedahnye? tp si ayh tu pun tgk la background laki tu dlu.. bukan ape takot slah pilih..


kalo xyakin gak, buat jela surat aku janji yg mgatakan dia akn jaga istrinya ckup dr segala aspek ikut kmampuan. ni bagi kes ank dra yg xnak laki lain dah.. dah dia nak yg tu, bg jela kalo x kang dia mbeontak lak.. same gak, susah kan? jln terbaik, bg nasihat dlu..bgtau yg pkahwinan ni bg ppuan bia skali je, ni bkn suka2.. tp dgn psgn tu la dia akn hidup bersama hingga ujung nafas hendaknya.. salurkan rs hati dorg ni ke arah yg baik, jgn lwn arus...
kalo tak setuju, sukati korgla…

Khamis, 30 Oktober 2008

terima kasih hati...

terima kasih lah hati..kerana menemani aku dikala berduka..dikala aku goyah dengan peristiwa lalu..dikala terasa aku keseorangan..terima kasihlah hati kerana bila aku jatuh cinta, kau jadi pendamping ku..melayan perasaan yang berbunga seperti sakura yang mekar indah di musim salju..terima kasihlah hati kerana disaat dendam menjelma, kau pujuk aku agar belajar memaafkan..terima kasihlah hati kerana masih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan untuk ditangisi...sungguh! aku hanya punya hati untuk ku kongsi tentang ceritera cinta dan lara ku..terima kasih lah hati...semoga ALLAH beri mu cahaya yg akan menerangi seluruh kehidupanku..dan kita kan merasa kemanisan iman yg teragung buat RABB yg Maha Suci..
terima kasih lah hati...

Rabu, 29 Oktober 2008

bukan cinta yg dikejar, tetapi akhlak indah persis wanita solehah..

Dari jauh dia sudah tersenyum lebar..hampir tergopoh gapah mendapatkan aku.. "aduh, penatnye sha..camner exam awak tadi? best tak?" dia bertanya. nampak berseri dengan kurung warna merah jambu ditubuh..lesung pipitnya semakin dalam bila dia tersenyum.." awak ni ida, kalau ye pun, rehat la dulu..macam org kene kejar. mesti ada citer best ni.." aku menduga. sememangnya sahabatku yg ini, sentiasa ceria. tangisnya ceria, dukanya ceria, yg gembira, lagi lah ceria. "awk ni macam tahu je. hehe..sebenarnya kan...saya...hehe.." dia senyum panjang. macam sampai ketelinga. geli hati melihat dia begitu. "asal? jumpa kekasih hati ke? atau Suhaimi inteam dh terima awk jadi isteri nombor 2 dia.." aku mengusik..si ida ni, rasanya artis nasyid, mmg dia suka. bila diorg dh kawin, mulalah frust. tapi frust sekadar cmtu je. xdelah nangis2..maklumlah..cinta xberbalas..macam2.. (^_^). "awk ingt is? dia pernah jadi committee waktu pesta konvo haritu..awk ingt x..yg comel je. pendiam.." aku menongkat dagu, cuba mengingat kembali.." is..is..is...hm..budak engineering ke?" "ha'ah!! pandai pn awk..awk tahu kan dia kawan ngn sy..tapi sy nk bgth awk..yg dia......hehe..dia...." ish!! budak ida ni..itulah dia. cakap teragak-agak..rasa geram bila kena teka-teka.." cakap jelah sayangku..dia lamar awk ker?" aku terpaksa teka walaupun tekaan itu macam xsesuai dengan ida yg agak kebudak-budakan tu. ida membetulkan kerusi, mahu betul-betul mengadap aku dihadapannya. sambil mengalihkan beg kesisi, kulihat wajahnya berubah serius.kenapa plak la budak ni..biasa xmacam ni. xkan aku salah cakap kot. "kenapa ida? sy salah teka ke?" aku bersuara memujuk. walaupun dia bukan perajuk.."sha, sy rasa terharu dan bersyukur sgt. selama ni sy kejar lelaki yg baik. walaupun sy xpernah couple dan meluahkan perasaan sy, tapi semua itu agak menganggu hidup sy. sy bimbang andai tiada raja penghias hidup sy nanti..." aku mendekatkan muka. ingin mendengar lagi.."sha, selama ni ada org yg tunggu sy..dan dia mmg seorg yg baik..sy betul-betul xsangka.." hm...aku cuba memahami gelodak perasaan yg ida alami ketika itu.."habis masa sy berfikir, berkawan ngn bukan2 org, habis duit dan waktu..sy rasa macam xlayak untuk org yg setia macam is.."aku genggam tangan ida. aku nmpak wajahnya benar-benar berlainan dari biasa. "ceritakanlah ida pada sy.. apa yg menyebabkan awak rasa cmtu. dan apa yg berlaku.." citerlah..sy xpernah tgk awk begini.." dia mula mengangkat wajah..merenung aku."sha, benarlah kata-kata.... SAMBUNG....

Selasa, 28 Oktober 2008

ISLAM KU TERCINTA

Masih terngiang kebenaran As-Siddiq. Masih terbayang ketegasan Al-Faruq. Masih terkesima pembunuhan Zurunurain yg lemah lembut dan masih terasa ketidakadilan kuasa di zaman Ali bin Abi Talib.

Daulah Abbasiyah menyaksikan kebangkitan Islam yg terulung selepas kejatuhan Umayyah. Islam bersinar serata dunia. kemewahan dan ilmu dinikmati, maruah dijunjung serta islam dihormati dan diikuti. lahirlah saintis dan para ilmuan muda, mujahid jiwa membara membawa kemegahan LAILAHAILLALLAH!!

Namun, Turki Uthmaniyyah tersungkur di medan penjajahan barat. KEMALISM dibawah Mustafa Kamal Atartuk muncul. azan diharamkan berbahasa arab, sistem khalifah dimusnahkan, dan sufi dikritik dengan kononnya relavan sains oleh si Putih. Sa'id Nursi bersuara saat khalifah tercinta dihancurkan dan Turki dipisahkan dari dunia Islam.

Rashid Ridho dan Muhammad 'Abduh bangkit menetang pengaruh imperialism. Al-Banna si pemikir jauh lahir disaat gelora Islam semakin goyah. Mesir jadi saksi ke atas sekularism pemisahan agama dari dunia. sokongan kepada British semakin membara.

Namun, usrah tempias madrasah Rasulullah menyusul. Reformasi individu muslim menjalar dalam diri ummah. lalu terbentuklah komuniti Islam. Ikhwanul Muslimin merendah diri dan Islam terus disedari.

kesedihan kembali melekat dihati. Al-Banna dirampas dan kekejaman politik Mesir mengganas selepas Nuqrashi dibunuh. Hassan Al-Hudhaybi menjadi saksi sahabatnya Al-Banna ditembak dan dibiar tanpa kasih.

menyapu air mata. teguhkan jiwa dan terus berusaha. jihad, perjuangan Ikhwanul Muslimin sekali lagi bermula. perjanjian membntuk negara Islam termateri. Jamal Abdul Naseer berjanji dan piliharaya menyebelahi.

manusia, kala kuasa dan dunia di depan mata. agama tergadai, nyawa dicintai. ikhwanul Muslimin dipenjara dan diseksa semuanya.

namun, risalah Allah tak kan terhenti. idea dan pemikiran mereka tersebar keseluruh benua. jihad tetap diteruskan. biar bergalang derita, biar hilang nyawa, kalimah ALLAH tetap kan dibela!!

KAMI MUJAHID MUJAHIDAH MU! AKAN BERJUANG!!

Ahad, 26 Oktober 2008

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu

Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. Sahabatku yang sangat aku cintai.. Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq! Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku. Sahabatku yang dikasihi.. Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya. Sungguh aku bersama mu.
Tulus, Sahabatmu tercinta

Sabtu, 25 Oktober 2008

kekasih

kata-kata terucap indah
disepanjang doaku
meratib dosa yang bernanah luka
hidayah menjalar di nadi
merona merah dijantung
keindahan nikmat itu
ketika cintaMu menyapa lembut
dikidung doaku
bagai terasa belaian mesra menyapa dukaku
namun aku...
pencinta yang tidak setia
dikaki maghfirahMu
tuhan, kuatkan aku
agar benar-benar bertapak di bawah naungan rahmat Mu
biar kekal rasa cintaku padaMu
biar kejap meranum disanubariku
teringat segala yg Kau beri untukku
cintaku...ratib dalam bisikan syahdu
buatMu kekasihku...

DERITA SALJU

malam......
aku dengan duniaku
memaut leher senja yang terang
mengail tenang di muara kasih ilahi
siangku terpalit kealpaan
pada sang pengail, perdaya hidupan dilautan kehidupan
kuratib tasbih-tasbih hitam pekat
kuuntai menjadi butir-butir mutiara dihujung sepi
sebuah kubah cinta
ditepian ombak
kegelapan mengheret aku
bahagia, sunyi
terang rembulan
kudengar nafasmu bersatu
di rona wajah sugulku
lembaran siang menyusul kembali
terpaksa kujejaki
mengoyak hamparan senja yang ku galas tadi
andai malam panjang...dan senja pun takkan pulang........

Rabu, 22 Oktober 2008

along..

semoga dirimu berada dalam rahmat kasih sayangNya..
semoga dikau jadi lelaki penyelamat ummah dimasa hadapan..
semoga jadi ayah yg akan melahirkan zuriat soleh seperti salahuddin al-Ayubi dan Muhammad Al-fateh..
semoga segalanya yg terbaik untukmu...
ikhlas dari dik chu..

Ahad, 19 Oktober 2008

CINTA DAN WAKTU

bismillahirahmanirahim...

WAKTU DAN CINTA

Alkisah di suatu pulau kecil,
tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, Kecantikan dan Waktu.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.
Namun suatu ketika,
datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik
dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat > kebingungan sebab ia tidak dapat berenang
dan tak mempunyai perahu.
Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.
Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta.
Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta.
"Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan,
perahuku telah penuh dengan harta bendaku.
Aku tak dapat membawa-mu serta, nanti perahu ini tenggelam.
Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."
Lalu Ke kayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.
Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.
"Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta.
Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik.
Tak lama lewatlah Kecantikan.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta.
"Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini."
sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya.
Ia mulai menangis terisak-isak.
Saat itu lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta.
"Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja" kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelam-kannya.
Pada saat k ritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!"
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya.
Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu.
Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu,
siapa sebenarnya orang tua itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu." kata orang itu.
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku" tanya Cinta heran.
"Sebab," kata orang itu,
" hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu ..."

P/S: Jangan bazirkan masa bercinta dengan orang yangbukan milikmu yang sah! MASIH PUNYA WAKTU... (^_^)
ALLAHUA'LAM

Jumaat, 17 Oktober 2008

MASA SILAM?

assalamualaikum...
semoga harini lebih baik dari yg semalam...
semoga hari ini, Allah masih berkenan untuk pelihara kita daripada terbiar sepi tanpa bimbingan..
semoga hari ini juga kita masih diberi peluang untuk terus beramal..dan semoga juga, Allah kurniakan kita hati yg tetap dalam menyintaiNya, takut padaNya dan mengharap dengan tulus ikhlas...


masa silam...
sy percaya bahawa setiap insan itu mempunyai masa silam nya masing2. dosa dan noda serta kegagalan hari semalam adakalanya menghambat perasaan yg sudah tenang ketika ini. ada juga hari semalam adalah penganiyaan dari manusia yg kejam..lalu harga diri rebah ditangan insan yg tidak bertanggungjawab..

dalam meniti hari, perasaan dan hatinya sering tergugat..
tertekan, marah, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yg timbul..sememangnya hati itu adalah organ yg mempunyai memori..
bukan mudah nk lupa semua tu. bagi mereka yg kuat pegangan agamanya, mgkn akan kembali pada Allah. kerana Allah la sebaik2 tempat mengadu dan berharap. segala keperitan dicurahkan.
terasa ada embun dingin menitis tatkala Allah beri ketenangan. terasa tangan Allah membelai lembut lalu pergilah derita itu...namun mgkn sebentar..atau mgkn selamanya rasa itu pergi.
namun xkurang juga yg terus berserah pada nasib..
Ahh!! biarlah..
nak buat macam mana..dah nasib..
aku dah buat dosa..xde sape yg nak terima aku..aku dah pernah gagal..mana ada orang nak hormati aku lagi..biarlah..alang2 jadi jahat dan bodoh, baik teruskan...

sedih..mgkn ada yg begitu..

namun yakinlah..
Allah itu sempurna dan Dia tidak akan rugi apa2 hanya kerana masa silam kita yg sudah berlalu itu.
sy teringat pesanan seorg sahabat..
Allah tidak pernah melihat cerita semalam. tapi Dia melihat bagaimana kita bersungguh2 untuk keluar dari situ. tujuannya ada..iaitu menuju kebaikan..tapi sejauh mana kesungguhannya, Allah sahaja yg menilai..
ibarat memandu kereta..terus lihat kedepan..tapi jangan pula lupa untuk pandang cermin sisi dan belakangnya..
ibaratnya, hidup ini perlu diteruskan..tapi sekali sekala, pandang lah jg kebelakang, agar yg SILAM itu tidak berulang. dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk masa hadapan..

Allah, ALLAH, Allah........
itulah sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolngan..

"segala puji bagiMu Tuhan sekalian alam..

yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..


Tuhan yg Memiliki hari pembalasan...


hanya pada MU kami sembah..


dan hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan..


tunjukkanlah kami jalan yg lurus..


jalan yg Kau beri nikmat pada mereka..


bukan mereka yg Kau murkai..


dan bukan jua mereka yg sesat.."

AL-FATIHAH (1-7)

Khamis, 16 Oktober 2008

Orang Mukmin itu bersih hatinya..


Assalamualaikum...
manusia itu lemah hatinya..ujian menimpanya berbentuk penderitaan dan keseronokan nafsu...saat penyesalan menyelubungi jiwa, hatinya merintih sesal, melirih halus meminta kekuatan..lalu air mata xterbendung lagi..kali ini, hatinya sesak. hari semalam seakan baru berlaku..dia sujud pada yg Esa. tuhan yg maha Sempurna.."tuhan, aku datang padaMu, tatkala aku tiada lagi daya menanggung semua ini. tatkala aku sendiri menanggung rasa..tuhan, aku lemah. izinkan aku baring diribaan kasih sayangMu, agar aku merasa tanganMu membelaiku penuh keampunanMu..sungguh aku xterdaya"...
namun, org mukmin itu akan jadi mukmin sejati jika dia kuat mengharungi segala ujian..buat saudaraku, mintalah agar dibersihkan hatimu..agar engkau menjadi org yg merasa hikmah ujian buatmu..semoga aku, engkau dan mereka diberi hidayahNya...

Bersihkan jiwamu dan tersenyumlah dengan nikmat Allah yang ada disisimu...

Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…

Orang yang bersih hatinya
sentiada rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan
hatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…

Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang

Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan

Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan…

Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..

Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…

Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..


P/s: diambil dr blog shbt cahayaiman

kepahitan hari ini adalah semangat untuk hari esok..

SEGALANYA KIAN BERERTI....

Aku pergi semalam

sewaktu keringatmu masih bercucuran

mengejar mimpi kelmarin

yang kecundangan

melangkah dalam redha,

biar digalang payah yang merantai

jua hamparan mimpi yang berkecai

dan rindu yang sering mengejar

di kala aku mula mengerti

dan melangkah sendiri

aku tinggalkan jua teratak gemulah ayah,

biar batin meratap

menjejak angan yang ku lakar sepanjang keremajaan

meredah dalam sukar

biar dipaut duka yang merentap

jua lukisan pengalaman nan kelam

dan silam ku yang sering menekan

di waktu aku mula berlari

dan mengejar mimpi...

aku berdiri jua biar sendiri

bertatih jua biar tempang membelenggu

ku gagahkan jua senyumku

biar sakitnya tersungkur semalam –

masih mendera

ku tabahkan jua langkahku

biar darah merah yang mengalir –

belum berhentiku pandang dada langit

yang masih menguntum

sinarku kenang wajah ibu

yang setia merangkai doa

dan ku tatap luka yang mula berparut

sepanjang perjuangan yang panjang ini...

segalanya membuat aku kian yakin...

kembara ini akan berhasil jua

dengan senyuman yang lebih bermakna



hasil nukilan..

Faizul Mohamad

Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin,

Universiti Malaya,

26 Januari 2006



 

cahayahatiku Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template